Media Hiburan merupakan sebuah jenama majalah hiburan terkenal tanah air. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama ini terus subur dalam versi laman web dan juga di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok.
Dengan lebih 7.5 juta jumlah bacaan sebulan di laman web, jenama ini terus memacu khusus berita-berita hiburan tanah air dalam juga luar negara.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen anda.
Bermula dalam versi digital, rancangan ini berjaya mencecah jutaan tontonan di platform digital dan kini ia diangkat sebagai rancangan waktu perdana di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Ads
Dihoskan oleh Radin, rancangan ini akan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan.
Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi.
Ads
Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini.
Bayangkan apabila photoshoot mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar
Ads
Gegak gempita juga set apabila mereka dikejutkan dengan cerita-cerita lama. Kalau nak tahu apa yang berjaya team Media Hiburan korek dari arkib sepanjang 35 tahun lalu, jangan lupa saksikan rancangan ini!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya, suatu masa semua orang akan berkedut juga tetapi sekurang-kurangnya anda ada usaha untuk elak wajah cepat tua daripada umur. Bukan habiskan duit beribu untuk cucuk sana sini tetapi cukup 3 langkah ini sahaja.
Elak Wajah Cepat Tua, Pakar Kulit Kata Cukup 3 Langkah Ini
Menurut sumber tentang kecantikan wajah, ada tiga produk siang hari yang pakar dermatologi jelaskan ada cara yang berkesan untuk meminimumkan kesan penuaan mengikut jenis kulit masing-masing.
Ingat ya, anda wajib melakukan rutin secara konsisten di bawah ini pakar dermatologi memecah tiga produk yang anda perlu lakukan dalam harian.
1. Pembersih yang lembut
Cuci lah muka tu walau cuma sekali sehari. Tetapi jika anda jenis pakai mekap tebal, pastikan dua kali cucian dibuat, itu paling selamat untuk elakkan jerawat muncul.
Pastikan bersihkan wajah dengan sabun lembut dan tidak keringkan kulit, ini penting untuk mengeluarkan sisa produk yang telah anda gunakan seharian.
2. Serum antioksidan dengan vitamin C dan asid ferulik
Mencipta penghalang untuk melindungi kulit daripada radikal bebas adalah kunci. Pakar mencadangkan menggunakan serum yang mengandungi kedua-dua vitamin C dan asid ferulik hasil gabungan kuasa antioksidan dan keupayaan untuk membawa sinaran pada kulit.
Vitamin C pada kepekatan sekitar 12 peratus membantu dengan pigmentasi dan menyokong sintesis kolagen. Selain menjadikan vitamin C tersebut lebih berkesan, asid ferulik juga akan membantu meningkatkan ketegasan kulit sambil melembapkan dan memberikan kesan anti-radang. Dan jika kulit anda sangat kering? Cari formula dengan vitamin E.
3. SPF yang cukup
Kalau dah pakai pencuci dan pelembap, pastikan anda ada juga sunscreen untuk melindungi kulit pula! Inilah anti penuaan paling utama, guna yang ada SPF tetapi persoalannya, adakah anda perlu menggunakan pelembap juga sebelum sapu sunscreen? Ia bergantung pada kulit anda.
Sebagai contoh, menggunakan SPF spektrum luas dan bukannya pelembap, sama ada untuk menggunakan krim tambahan bergantung pada perasaan kulitnya setiap pagi. Jika anda menggunakan pelembap, pastikan mengandungi asid hyaluronik atau seramida dan letakkannya selepas serum anda tetapi sebelum SPF.
Hah, dah tahu cara macam mana nak elak wajah cepat tua dari umur anda, maka amalkan tip ini ya!
Perasan atau tidak jika tidur bersama pasangan akan kedengaran bunyi berdengkur sebaik saja si dia melelapkan mata.
Jika dengkuran terlalu lama pastinya akan membuatkan tidur anda terganggu. Dan akan menjadi masalah besar sekiraya keadaan ini berterusan.
Apa sebenarnya penyebab masalah dengkur ini dan adakah ada rawatan terbaik mengatasinya.
Perkongsian bebenang di laman sosial twitter Dr. Iskandar Mirza menjelaskan masalah dengkur ini.
Berdengkur adalah bunyi yang kuat dan garau berlaku semasa udara melalui bahagian sempit saluran pernafasan di bahagian tekak dan menyebabkan bahagian tersebut bergetar semasa bernafas. Sesetengah pesakit boleh mendapat masalah dengkur kronik.
Simptom berdengkur
Berdengkur kebiasaan berkait rapat dengan masalah obstructive sleep apnea (OSA). Jika anda ada masalah OSA, anda perlu berjumpa doctor untuk pemeriksaan dan doctor akan bertanyakan soalan seperti -Tersedar pernafasan berhenti semasa tidur – Terlalu mengantuk pada waktu pagi – Susah untuk memberi perhatian – Sakit kepala pada waktu pagi – Sakit tekak semasa bangun tidur – Tidur yang tidak berkualiti – Terasa tercekik atau mengah pada waktu malam – Tekanan darah tinggi – Berdengur terlalu kuat sehingga mengganggu tidur pasangan anda
Bila untuk berjumpa doktor? Jika ada simptom yang disenaraikan di atas.
Penyebab berdengkur
1) Anatomi mulut -> palate lembut (lelangit) yang tebal dan rendah boleh menyempitkan ruangan pernafasan anda 2) Mengambil alkohol -> mengambil alkohol sebelum tidur akan membuat otot di tekak menjadi lemah dan merendahkan sistem pertahan semulajadi untuk melawan masalah salur pernafasan sempit. 3) Masalah nasal -> masalah selsema yang kronik atau masalah nostril yang tidak normal boleh menyebabkan berdengkur 4) Tidur yang tidak mencukupi-> akan menyebabkan otot di tekak menjadi lemah 5) Posisi tidur -> Apabila tidur dalam posisi baring melintang, kesan graviti adalah paling tinggi terhadap tekak dan menyebabkan bahagian pernafasan menyempit.
Risiko untuk mendapat masalah berdengkur
-Lelaki -Obes -Masalah anatomi pernafasan -Meminum alcohol -Masalah nasal -Sejarah keluarga untuk sakit OSA
Komplikasi berdengkur
-Mengantuk pada waktu pagi -Selalu berasa hampa atau marah -Susah untuk memberi perhatian -Risiko tekanan darah tinggi -> stroke -Risiko untuk berlaku kemalagan jalan raya kerana terlalu mengantuk
Diagnosis
Doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan akan melakukan pengimejan diagnostik dan melakukan ujian tidur
Rawatan berdengkur
Lifestyle changes -Kurangkan berat badan -Mengelak mengambil alkohol sebelum tidur -Merawat masalah selsema kronik -Elak dari kurang tidur -Elak dari tidur melintang
Rawatan berdengkur
Jika anda ada OSA 1) Oral appliances -> dapat membuat salur pernafasan sentiasa terbuka semasa tidur
Rawatan berdengkur
Jika anda ada OSA 2) Continuous positive airway pressure (CPAP) -> pressure dari CPAP boleh membuka ruangan sempit di bahagian tekak semasa tidur. 3) Upper airway surgery -> dilakukan oleh pakar bedah ENT
Biasalah apabila masuk bulan puasa pelbagai keinginan dan selera memuncak untuk menikmati pelbagai sajian enak ketika berbuka.
Apatah lagi jika yang rajin pergi ke bazar Ramadan, jadi rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual.
Dan apabila masuk waktu berbuka, akan makan semua makanan dibeli dek kerana selera berpuasa ini hingga menyebabkan ada sesetengah akan mengalami masalah kembung perut.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika berlaku pada diri kita. Dalam satu pertanyaan di laman sosial Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan jika berlaku situasi begini.
MENGELAKKAN KEMBUNG PERUT SELEPAS BERBUKA DI BULAN RAMADHAN
Soalan:
“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”
Jawapan:
Kembung perut berpunca dari pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.
Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara :
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.
4. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.