Apple cider

Ambil Masa 2 Bulan, Gadis Ini Kongsi Cara Guna Apple Cider Untuk Cerahkan Ketiak. Selalunya kaum wanita hanya akan menjaga bahagian wajah saja berbanding anggota badan lain.

Namun begitu, bahagian lain seperti ketiak juga perlukan penjagaan rapi kerana ia mencerminkaan keperibadian seseorang.

Dalam satu perkongsiam di IIUM Confessions gadis ini yang menggunakan nama samaran ‘Si Cantik Hitam Manis’ mengakui sebelum ini tidak pernah ambil peduli dengan penjagaan ketiaknya.

Namun kemudiannya barulah dia perasan warna ketiaknya tidak sama seperti orang lain.

Ambil Masa 2 Bulan, Gadis Ini Kongsi Cara Guna Apple Cider Untuk Cerahkan Ketiak
Gambar sekadar hiasan.

Dia juga turut ditanya rakan lelaki bagaimana cara dia menjaga bahagian bawah lengan supaya tidak hitam.

Tetapi akhirnya dia berjaya menjadikan bahagian itu cerah dan putih hanya dalam masa dua bulan.

IKLAN

Ini yang dilakukan oleh gadis ini yang berkata hasil atas usaha dilakukan sangat memuaskan hatinya.

1. Setiap hari, dua hari sekali iaitu pagi dan malam, korang boleh try skrub ketiak dengan menggunakan scrub muka St. Ives Apricot. Caranya tak perlu basahkan dengan air. Terus picit skrub tersebut dan sapu pada ketiak.

Gosok sampai puas hati tapi jangan kasar sangat sebab kulit bawah lengan ni lembut. Nanti jadi luka dan pedih. Kalau nak puas hati lagi, boleh skrub lagi dengan Bathing Controller yang boleh beli di Miniso atau Yubiso.

2. Lepas skrub, jangan lupa sapu pelembap yang ada kandungan vitamin E. Boleh juga sapu aloe vera gel untuk membantu proses pencerahan.

IKLAN
Ambil Masa 2 Bulan, Gadis Ini Kongsi Cara Guna Apple Cider Untuk Cerahkan Ketiak
Gambar sekadar hiasan.

3. Setiap hari, anda juga boleh sapu ketiak dengan apple cider yang dah dicampur dengan air bagi membantu proses pencerahan.

4. Cabut bulu ketiak dengan cara waxing. Jangan cukur sebab bercukur boleh menjadikan ketiak anda hitam.

Selain itu:  Berjaya Sarung Baju Saiz M, Melly Goeslaw Dedah Rahsia Jadi Kurus Tanpa Guna Produk

5. Elak pakai deodoran kerana pemakaiannya akan membuatkan ketiak menjadi gelap. Oleh kerana badannya tidak berbau, jadi tidak menggunakan sebarang deodoran. Sebagai ganti, dia akan menyapu aloe vera gel dan apple cider.

IKLAN
Ambil Masa 2 Bulan, Gadis Ini Kongsi Cara Guna Apple Cider Untuk Cerahkan Ketiak
Gambar sekadar hiasan.

Artikel Berkaitan:

Bahaya Pakai Kosmetik Luput Tarikh Boleh Sebabkan Cela Wajah, Ini Caranya Kenal Pasti Expired Date!

Selain Ikut Nasihat Doktor, Gadis Ini Kongsi Rutin Penjagaan Rawat Ekzema

Rupanya, Penyakit Tiroid Boleh Sebabkan Kemandulan. Kena Tahu Komplikasi Lain & Rawatannya!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI