Pelbagai cara untuk seseorang itu mendapatkan berat ideal. Salah satunya daripada perkongsian menarik wanita ini yang menggunakan diet menggunakan cara tersendiri.
Ibu kepada tiga anak ini berjaya mendapat berat ideal dan caranya adalah hanya ‘diet pisang’ di mana dia mengamalkan pemakanan 5 biji pisang sehari
Perkongsian sebelum ini oleh Sophia Sufian boleh dijadikan sumber insirasi buat wanita-wanita, terutamanya ibu-ibu untuk mendapatkan berat ideal.
Dari berat 90 kg hingga berjaya mencecah 42 kg, wanita ini berjaya mengurangkan sebanyak 48 kg dalam masa 8 bulan sahaja yang pastinya boleh dijadikan ikutan semua.
Foto terbaru.
Menariknya, dia mengamalkan diet pisang untuk mengurangkan rasa lapar. Jenis pisang yang digunakan adalah jenis Cavendish, dan paling sesuai dimakan ketika berdiet.
Pisang ini bertindak sebagai sumber tenaga kerana kandungan karbohidrat sederhananya cukup untuk mengganjalkan perut seseorang itu.
Siapa sini yang badan jenis rangka besar dan tinggi (163cm) lebih kurang macam saya cuba mengaku. Takpe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90 kilo ke atas pun.
Hilang 42KG Dalam Tempoh 8 Bulan
“KALAU NIAT DAN SEMANGAT NAK KURUS, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH! TAK NAK JANGAN BUAT TERUS.”
DALAM TEMPOH 8 BULAN ni akak dah berjaya loose dari waist 36 to 27 inch, dari 90 kilo to 48 kilogram.
TOTAL WEIGHT LOSS 42 KILOGRAM DALAM 8 BULAN, 27 KILO DALAM 3 BULAN PERTAMA.
Meh saya share sikit tips macam mana korang boleh start diet ini.
Ads
1st step: WAJIB ADA “GENG KURUS” (Cara mudah ajak BFF kurus bersama).
2nd step: (sila baca penerangan di bawah)
DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2).
Jenis pisang: Cavendish.
Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer akak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya…
BANGUN PAGI:
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidaklah mengejut buah pinggang awak tiba-tiba nak kena proses air manis dulu).
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rasa macam kembang je dalam perut tu sebab pisang kaya dengan fiber).
3. Sarapan pagi boleh apply diet Atkins jika perlu. Akak pulak selang-selikan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo.
TENGAHARI:
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari).
Ads
2. Boleh apply diet Atkins jika perlu. (Tapi akak ni anak dah 3 ada anak kecil lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi akak boleh menggigil. Jadi akak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar).
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM.
1. Boleh apply diet Atkins jika perlu (akak pulak petang-petang macam ni akak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang aakak stop makan biskut. Ataupun petang-petang akak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh-bolehnya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.
Macam tu lah yang akak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my God! Menjadi babe, reduce 5 kilo siapa nak kasi!”
Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni akak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.
TIPS PERUT KEMPIS:
Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Ads
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami).
Selamat mencuba!
Foto terbaru.
cc: Thanks to my lovely BFF dunia akhirat, Anas Ashikin yang menjadi PUNCA UTAMA kenapa akak boleh diet sampai sekarang. Kalau takde geng kurus bersama pun tak jalan jugak, betul tak geng? So nak kurus mesti kena ada kawan, baru semangat nak kurus menjadi-jadi.
Tips Tambahan
Tahukah anda kulit pisang boleh jadikan kulit wajah sihat, bersih dan bersinar?
Ni lah untungnya bila anda amalkan Diet Pisang, lepas makan buah pisang solid, kulitnya jangan terus dibuang, sapu pada seluruh wajah selama 5 minit kemudian bilas dan lihat hasilnya dalam 7 hari kulit anda semakin cerah dan glowing!
Tak percaya? Cuba lakukan sekarang, anda dapat perhatikan kulit anda instant cerah, tegang dan glowing sesudah anda bilas wajah. Ini bukan janji TAPI PASTI!
Sebelum ‘kemaskan’ perut pada waktu pagi, anda patut memilih menu sarapan terbaik untuk keselesaan dan rasa kenyang yang lama. Tak ada lah kes tetiba sakit perut selepas makan, jom baca kejap!
Tahukah anda, sesetengah menu sarapan pagi boleh menyebabkan rasa ketidakeselesaan pada perut khususnya untuk mereka yang sudah mempunyai masalah perut berangin dan Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd).
3 Menu Sarapan Yang Patut Anda Elakkan Demi Kesihatan Perut
Sebagai makluman, Gerd adalah sejenis penyakit refluks apabila kandungan perut melimpah ke esofagus sehingga menyebabkan rasa pedih ulu hati.
Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang pempengaruh kesihatan dikenali sebagai Zack Kinrara menjelaskan tiga juadah sarapan pagi yang tidak digalakkan demi kesihatan perut.
1. Karipap
Menurut Zack, karipap diperbuat daripada tepung gandum, dan di dalam tepung gandum ada kandungan gluten.
Pengambilan gluten dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan leaky gut atau usus bocor sehingga menimbulkan rasa sakit pada bahagian perut.
2. Roti canai
Roti canai, seperti karipap juga, diperbuat daripada tepung gandum yang di dalamnya terkandung gluten.
“Jika boleh dielak, sangat bagus. Kalau tidak boleh, cuba kurangkan mengambil hidangan roti canai,” ujar Zack.
3. Donut
Donut juga diperbuat tepung gandum, selain mempunyai kandungan gula yang banyak.
“Daripada gluten dalam tepung gandum ini, ia boleh menyebabkan anda rasa susah nak bernafas, berdebar-debar dan jantung berdegup laju.
“Lepas tu perut berangin. Bagi mereka yang langsung tak ada masalah perut, boleh je nak makan karipap, roti canai dan donut semua ni, tapi biarlah berpada-pada,” kata Zack. – Zack Kinrara
Jadi selepas ini sebaiknya anda pilih menu sarapan yang terbaik. Selagi boleh elak, cuba teruskan. Sebab kalau dah kena gerd, memang tak selesa. Lebih mudah jika makan menu sihat yang membantu ‘cantikkan’ penampilan anda dengan berat idaman!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular bahaya penyakit Kawasaki setelah anak kepada pelakon Amyra Rosli diserang penyakit ini hingga dimasukkan ke hospital.
Justeru itu, ramai ibu-ibu di luar sana mulai bimbang dengan penyakit ini, terutama yang baru pertama kali mendengarnya.
Penjelasan Dr Izzar Anwari memberitau apa penyebab penyakit Kawasaki ini dan sejauh mana bahayanya boleh menganggu anak-anak kecil.
Dari perkongsian media sosial pelakon amyra Rosli mengenai keadaan anaknya baru-baru ini.
Penyakit Kawasaki / Kawasaki Disease
Penyakit Kawasaki adalah suatu penyakit demam akut yang menyebabkan keradangan (inflammation) pada salur darah di jantung dan selalunya berlaku pada kanak2 berumur bawah 5 tahun, lelaki dan berketurunan dari asia.
Punca kanak2 tu mendapat Penyakit Kawasaki tu masih BELUM DIKETAHUI lagi.
GEJALA-GEJALA Penyakit Kawasaki ialah:
-Demam tinggi (melebihi 39C) lebih 5 hari -Ruam di badan -Bengkak tangan dan kaki -Bengkak kelenjar (di leher) -Mata menjadi amat merah -Keradangan di mulut, bibir dan tekak -Lidah amat merah (macam strawberi)
Penyakit Kawasaki menyerang jantung anak dan menyebabkan komplikasi pada salur darah, otot, dan injap jantung kalau dibiar lama.
Berita baik. Penyakit Kawasaki ni ada rawatannya.Tapi yang penting, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor dengan segera kalau demam dah tinggi tu. Janganlah tunggu lama2. Amat penting rawatan diterima dalam tempoh 10 hari demam. Jaga diri semua #drizzarshares @ayshaarsylia
Bagi mereka yang baru berkahwin sering dikaitkan dengan masalah kedatangan haid yang tidak teratur.
Situasi ini sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan terutama bagi mereka yang sangat menginginkan kehadiran cahayamata.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor dapat mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Antaranya umur, kehamilan dan berat badan.
Perkongsian Pakar Obstrerik dan Ginekologi Dr Anna Liza Roslani, mengulas lebih lanjut mengenai berat badan dan kitaran haid tidak teratur.
Ayuh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.
“Doktor, sebelum kahwin haid saya elok teratur. Selepas dah kahwin, jadi tak teratur.”
Saya tidak tahu berapa kali saya sudah mendengar ungkapan ini. Kerap sangat sehingga tidak terkira!
Saya juga kurang faham maksud ayat ini. Adakah wanita itu hanya mengatakan apa yang dia perhati (observation)? Atau adakah wanita tersebut mempercayai bahawa dengan berkahwin (iaitu melakukan hubungan kelamin dengan suami) boleh menyebabkan haid bermasalah? Maknanya, mungkinkah dia mengalami penyakit akibat daripada penyakit kelamin?
Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan saya seterusnya kepada wanita itu ialah ‘Berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’
Biasanya, jawapannya ialah ‘Berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’
Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.
Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin! Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!
Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).
Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.
Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon.
Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.
Dr Anna Liza Roslani, Pakar Obstetrik & Ginekologi