Tidak dinafikan ramai menyukai kucing dan menjadikan ia sebagai binatang peliharaan. Tetapi sepanjang memelihara haiwan, ini adakah anda pernah terkena cakaran yang boleh membawa infeksi merbahaya.

Perkongsian di laman sosial twitter, Pakar Optometrist, Puan Amira Nadia Raup berkongsi sejenis penyakit mata akibat cakaran kucing atau disebut sebagai Cat-scratch Neuroretinis atau Ocular Bartonellosis.

Terkena Jangkitan Mata Akibat Cakaran Kucing, Pakar Optometrist Ini Jelaskan Bahayanya Boleh Hilang Penglihatan

Terkena Jangkitan Mata Akibat Cakaran Kucing, Pakar Optometrist Ini Jelaskan Bahayanya Boleh Hilang Penglihatan

Menurutnya jika terkena penyakit ini pesakit akan mengadu kabur penglihatan yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata / walaupun pada asalnya tidak rabun langsung.

“Penyebabnya ialah jangkitan dari bakteria “Bartonella Henselae” yang dipindahkan dari cakaran, gigitan mahupun dari air liur kucing yang dijangkiti.

“Keadaan yang kronik dan lambat dikesan akan mengakibatkan kehilangan penglihatan. Situasi ini di mana diska optik akan mengalami edema kronik dan boleh merebak ke kawasan makula di mana kawasan penglihatan terang akan terjejas,” jelasnya.

Terkena Jangkitan Mata Akibat Cakaran Kucing, Pakar Optometrist Ini Jelaskan Bahayanya Boleh Hilang Penglihatan

IKLAN

Tambahnya lagi, jika terkena masalah ini rawatan antibiotik akan diberikan segera untuk menghentikan jangkitan.

Kena Lakukan Fundus Photo

“Jika dapat dikesan lebih awal,  penglihatan boleh diselamatkan. Tetapi jika terlambat jangkitan yang merebak akan meninggalkan parut kekal pada retina.

“Apa optometris akan lakukan jika seseorang pesakit mengalami tanda tanda cat scratch disease ini?

“Biasaya saringan awal akuiti visual menunjukkan penurunan penglihatan,  ujian warna gagal dan pemeriksaan refleks mata adalah RAPD Positive menunjukkan ada gangguan berlaku di retina/saraf

“Dengan melakukan pemeriksaan Fundus Photo serta ujian saringan makula dapat mengesan perubahan yang berlaku di belakang mata. Serta dapat tahu berapa peratus kawasan penglihatan yang terjejas.

IKLAN

“Setelah itu, rujukan segera dilakukan ke Oftalmologis memandangkan rawatan antibiotik dan ujian fluorescein angiography hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai oftalmologis,” tambah lagi.

Selain itu:  "Ayah Stabil Tapi Ibu 'Dikomakan' Di ICU" - Tasha Manshahar Mohon Doakan Ibu Bapa Positif Covid-19

Terkena Jangkitan Mata Akibat Cakaran Kucing, Pakar Optometrist Ini Jelaskan Bahayanya Boleh Hilang Penglihatan

Walau bagaimanapun prognosis / jangkaan pulih antibiotik bergantung pada tahap severe.

Wanita Hamil Kena Tahu

Ini kerana antibiotik hanya bertindak menghadkan tindakbalas bakteria sahaja / merencatkan disebabkan “self limiting”. Beliau juga turut memberi peringatan kepada ibu bapa dan wanita hamil.

“Manakala untuk ibu bapa, perhatikan jika anak anak terkena cakaran kucing,  terutamanya jenis kucing terbiar dan terdedah dengan pelbagai penyakit.

IKLAN

“Kepada ibu mengandung pula,sila jauhi kucing/ najis kucing kerana anda terdedah dengan jangkitan parasit kucing toxoplasma gondii yang boleh menjangkiti pada mata bayi, dan memberi kesan parut yang merebak pada retina. Dan risiko hilang penglihatan,” katanya lagi memberitahu kesan bahaya yang akan dialami.

Terkena Jangkitan Mata Akibat Cakaran Kucing, Pakar Optometrist Ini Jelaskan Bahayanya Boleh Hilang Penglihatan

Terkena Jangkitan Mata Akibat Cakaran Kucing, Pakar Optometrist Ini Jelaskan Bahayanya Boleh Hilang Penglihatan

#MedTweetMy

Artikel Berkaitan:

Selain Rajin Buat Senaman Kardio, Gadis Ini Kongsi Tip Berjaya Kurus & Langsing Tanpa Tinggalkan Nasi

Lepas 2 Tahun Buat Pembedahan Pintasan Usus, Aishah Berjaya Lenyapkan 33Kg. Kini Boleh Kawal Nafsu Makan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI