Tapai menjadi antara hidangan pencuci mulut yang agak popular terutama ketika ada kenduri kendara.
Namun perasan atau tidak ada kalanya kita dapat tapai yang telah berubah warna merah.
Ada mendakwa kerana ia dikaitkan dengan si pembuat yang sedang datang bulan atau haid.
Benarkan dakwaan ini dan logik atau tidak jika dikaitkan dengan pembuatan tapai.
Rentetan posting tular berkenaan, Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr. Fatimah Salim tampil memberi reaksi balasnya.
Tulisnya di laman Facebook, proses pembuatan tapai adalah sensitif kerana ia melibatkan fermentasi (penapaian) oleh mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebenarnya, terang beliau, tapai secara tradisional dihasilkan melalui penapaian yis (biasanya jenis Saccharomyces cerevisiae dan Schizosaccharomyces pombe) dengan pelbagai sumber kanji seperti beras putih, pulut, ubi kayu dan keledek.
“Proses ini bermula dengan memasak sumber kanji, disejukkan dan dicampurkan dengan ragi (sumber yis) sehingga sebati.
Ads
“Kemudiannya, ia akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun getah, daun rambai atau daun pisang. Setiap daun pembungkus ini akan menghasilkan aroma dan rasa yang berlainan disebabkan oleh kelainan bahan-bahan kimia semula jadi pada daun-daun ini,” tambah beliau.
Menurut Dr Fatimah lagi, tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam bekas besar yang ditutup rapi.
“Proses penapaian ini merupakan proses anaerobic (tanpa kehadiran gas oksigen atau udara).
“Setelah diperam selama tiga hari, barulah boleh dimakan. Pada ketika ini, tapai akan mengeluarkan air yang sangat manis,” katanya.
Apakah proses kimia yang berlaku semasa penapaian?
Ads
Jawab Dr Fatiman, yis akan menghasilkan enzim glucoamylase yang berfungsi menukarkan karbohidrat (daripada makanan berkanji tadi) kepada glukosa.
“Penghasilan glukosa ini yang menyebabkan tapai menjadi manis dan proses ini dikenali sebagai saccharification.
“Yis tadi kemudiannya menukarkan glukosa kepada ethanol dan gas karbon dioksida dan apabila dibiarkan lebih lama, rasanya akan menjadi masam disebabkan oleh pengoksidaan ethanol kepada asid etanoik (asid asitik),” jelasnya.
Pun demikian, dalam beberapa keadaan, tapai boleh menjadi pahit atau bertukar warna lain (contoh merah).
“Ini disebabkan oleh proses penapaian ini telah dikontaminasi oleh mikroorganisma lain, selain daripada yang sepatutnya terdapat dalam ragi.
Ads
“Mikroorganisa lain akan menghasilkan bahan-bahan kimia (produk penapaian) berlainan yang menyumbang kepada kepelbagaian warna, bau dan rasa tapai itu.
“Jadi, mikroorganisma ini datangnya daripada persekitaran, peralatan atau tangan kita sendiri semasa proses pengendalian dan bukan disebabkan oleh period (datang bulan) ya,” tambahnya lagi.
Semakin suka tengok imej pelakon, Datin Lisa Surihani, dengan menutup kemas auratnya dan sesekali keluar tanpa secalit mekap, auranya tetap ‘manis’.
Nampak begitu ikhlas ibu kepada tiga cahaya mata ini membawa diri dalam perubahan imejnya. Namun selebriti ini sedaya upaya tak mahu terlalu bercerita dan berkongsi secara umum tentang perjalanannya berubah ke arah yang lebih baik.
Imej Lisa Surihani Sejukkan Mata Memandang, Pilih Kekalkan Tutup Apa Yang Wajib
Menerusi portal Utusan Malaysia, pemegang tiga trofi Festival Filem Malaysia ini menganggap, setiap manusia yang istiqamah berubah mempunyai perjalanan masing-masing dan dia juga punya cerita yang mahu disimpan untuk diri sendiri.
“Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi setiap orang ada cerita dan perjalanan sendiri. Apatah lagi, jika berkait rapat dengan aspek kerohanian.
“Mungkin ada sedikit rasa dalam diri ini, tetapi bagi saya, ia tidak perlu diceritakan,” katanya.
Join Majlis Ilmu Agama
Isteri kepada pengarah dan pelakon tersohor, Datuk Yusry Abdul Halim menjawab isu segelintir netizen yang mendakwa majlis ilmu dihadiri ramai selebriti sebagai acara menunjuk-nunjuk, Lisa berkata, dia menerima jemputan untuk berkongsi dan menambah ilmu agama.
“Setakat ini, saya belum pernah nampak komen sebegitu. Tetapi, menjawab persoalan itu, saya dan rakan selebriti lain dijemput untuk berkenalan dan berkongsi ilmu.
“Itu adalah majlis pengisian untuk kita belajar ilmu agama. Setiap bulan, kita akan bertukar-tukar tuan rumah. Alhamdulillah, ia majlis ilmu yang baik,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Datin Lisa dilihat cukup aktif dalam perniagaannya menerusi produk penjagaan rambut jenama sendiri yang diberi nama Suri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Namun waktu pandemik ini, ramai yang cuba menahan diri dari bersin di tempat awam atau ramai orang kerana akan menyebabkan orang di sekeliling merasa tidak selesa.
Maklumlah bimbang sekiranya cecair yang keluar akan berjangkit pada orang lain. Walaupun begitu, sebenarnya tabiat menahan bersin ini memberi kesan tidak baik pada kesihatan.
Menurut kajian dilakukan American Journal of Rhinology & Allergy, menahan bersin memberi tekanan sebanyak 20 kali lebih besar berbanding melepaskannya.
Perkara ini boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan seseorang dan ini antaranya;
1. Sakit Dada
Menahan bersin boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada kerana ia menekan bahagian diafragma dan otot di dada yang membantu seseorang bernafas.
Tidak hanya itu, ketika seseorang menahan bersin, ia juga akan memberi tekanan kepada tulang rusuk.
2. Gegendang Telinga Rosak
Meskipun jarang berlaku, tetapi tabiat itu boleh memberi kesan kepada gegendang telinga memandangkan hidung dan telinga terhubung melalui saluran eustaschius.
Ketika menahan bersin, ada kemungkinan terjadi peningkatan tekanan di hidung yang kemudian mengalir ke telinga melalui saluran tersebut yang boleh menyebabkan trauma kepada telinga anda.
3. Jangkitan Telinga
Ketika seseorang mengalami demam, bersin boleh menyebabkan virus atau bakteria yang ditahan keluar akan mengalir ke bahagian telinga melalui saluran eustachius dan menyebabkan jangkitan telinga.
Bersin boleh mengeluarkan banyak tekanan dan ketika berusaha menahan bersin, perkara ini boleh menyebabkan masalah pembuluh darah pada bahagian mata, hidung dan gegendang telinga.
5. Masalah Lain
Pada 2015, sebuah laporan menunjukkan tabiat menahan bersin boleh menyebabkan keretakan tulang di bahagian tekak namun keadaan ini jarang sekali terjadi.
Atas sebab itu, jangan sesekali untuk ada cuba menahan bersin dan lepaskan sahaja agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kelak.
Seperti yang diumumkan rakyat di negara kita akan menerima vaksin Covid-19 dalam masa terdekat bagi menangani virus merbahaya ini.
Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam perkognsian status di twitter memberitahu kaedahnya untuk orang awam mendaftar.
5 kaedah untuk orang awam mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,YB @Khairykj berkata,pendaftaran secara sukarela itu akan dibuka Mac ini.
Sementara itu Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassindilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu, sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
Pada 8 Januari lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Kredit: Pexel.com
Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.
Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.