Tidak dinafikan setiap dari kita pasti pernah berdepan dengan penyakit ulser mulut yang sangat tidak menyenangkan, terutama untuk mengunyah makanan pedas.

Ulser mulut yang selalunya berupa bintik-bintik kecil berwarna putih tumbuh dalam mulut dan kesannya amat menyakitkan.

Tahukah kita punca sebenarnya berlakunya ulser atau popular dengan gelaran mata ikan.

Perkongsian Dr Rahim memberitahu apa penyebab ulser mulut dan cara rawatan terbaik menanganinya.

Tak Tahan Diserang Ulser, Bintik Kecil Macam Nanah Kat Mulut. Ini Cara Rawatan Terbaik Disyorkan Doktor!

 

Punca Ulser Mulut & Cara Rawatannya

“Pernah anda kena penyakit “MATA IKAN” dlm mulut anda? ulser mulut / sawan mulut/aphthous ulcer? Apa rawatannya? Bahaya tak?”

Ulcer dlm rongga mulut ni orang kampung  panggil sebagai “Mata Ikan” atau kudis mulut. Orang macam doc panggil ulser mulut / sawan mulut/aphthous ulcer. 

IKLAN

Kerap jadi diusia 10 tahun keatas. Ulcer ini berbentuk tompokan bulat kecil 2-5mm putih/kuning pucat macam nanah. Bordernya merah & bengkak. Ia jadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Teramat menyakitkan. Kesakitan bila nak bercakap, gelak, senyum, berus gigi, berkumur, makan & minum. 

Kesakitan berkurangan selepas 3-4 hari tapi ambil masa 7-14 hari untuk sembuh sendirinya. Tak ada tinggalkan parut. Ia tak berjangkit. Ada Ulcer ini yang jenis ganas memakan berminggu untuk baik & tinggalkan parut. 

Tak Tahan Diserang Ulser, Bintik Kecil Macam Nanah Kat Mulut. Ini Cara Rawatan Terbaik Disyorkan Doktor!

 

Punca Penyebabnya Terjadi:

* Punca utama tak diketahui.
*Kecederaan / tergigit.
*Kurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
*Punyai alahan.
*Jangkitan kulat, virus, bakteria.
*Kesan samping radioterapi & chemoterapi.
*Kecederaan dengan berus gigi atau gigi palsu.
* Perubahan tahap hormon sebelum haid atau menopause.
*Genetik keturunan.
*Stress, Tension atau Khaplah!!
*Kesan samping ubat-ubatan spt ibuprofen, aspirin, Alendronate, Nikotik, kokain dll.
*Ada pada insan yang ada penyakit Crohn, syphilis atau jangkitan HIV.

IKLAN

Tak Tahan Diserang Ulser, Bintik Kecil Macam Nanah Kat Mulut. Ini Cara Rawatan Terbaik Disyorkan Doktor!

D. Rawatan Orang Tua-Tua Dulu:

1. Diorang advice rajin-rajin minum air suam banyak-banyak.
2. Letakkan garam kat ulcer tu ataupun kumur dengan air garam. Sakit tapi baik cepat.
3. Kalau nak sedap sikit buh garam di jagung kat pasar malam tu..makan je. Berkesan tau.
4. Sapu marjerin atau ubat gigi je. Kalau kanak-kanak telan sekali ubat gigi itu.

E. Apakah Rawatan Untuk Ulcer Mulut Aphthous

i) Kalau ia kecil & tak sakit tak perlu rawatan. Ia hilang sendirinya oleh antibodi diri sendiri. Tapi ia kerap jadi semula.

Selain itu:  Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!

ii ) Kalau kena apa yang perlu buat supaya tak melarat:

IKLAN

(a) Elak makann pedas/masin, minuman panas/ buah-buahan berasid yang  buat kesakitan lebih teruk.
b) Guna berus gigi yang lembut.
c) Guna gigi palsu yang sesuai. Rajin-rajin cuci gigi palsu anda atau redam dalam air suam. Jaga hyginenya. 
d) Rajin-rajin berkumur air garam yang cair (saline), Listerine untk cuci mulut. Ia bantu kurangkan kesakitan & percepat kesembuhan ulcer.
e) Lozenges steroid / Defflam boleh kurangkan kesakitan & bantu ulser untuk sembuhkan lebih cepat.
f) Orabase membantu menutupi ulser & kurangkan kesakitan.
g) Choline salisilat gel (Bonjela), Oral Aid.. ada ejen kebas anesthetic lidocaine boleh digunakan.
h) Makan pain killer..Ponstan.
i) Antiinflamatory Betamethasone Steroid.
j) Makan antibiotik seperti doxycycline bila ada infeksi kuman.

F. Pesanan Doc Untuk Gang Doc:

1. Kalau korang tak nak dpt penyakit MATA IKAN ni, pastikan korang jaga kebersihan mulut & gigi tu. Berus gigi selalu.
2. Penting ini: CANCER mulut kadang-kadang boleh bermula sebagai ulser mulut yang tak  sembuh. Anda perlu berjumpa doktor  jika anda punyai ulser mulut yang telah lebih dari 3 minggu tanpa tanda penyembuhan, atau berbeza saiz & tumbuh mengganas!! Waspada ya!!.

Tak Tahan Diserang Ulser, Bintik Kecil Macam Nanah Kat Mulut. Ini Cara Rawatan Terbaik Disyorkan Doktor!

Artikel Berkaitan:

Kekacang ‘Snacking’ Paling Baik Untuk Yang Selalu Lapar. Pakar Nutrisi Kongsi Makanan Lain Boleh Ambil!

KKM Brunei Kesan Produk Kosmetik Dari Malaysia, Mengandungi Racun Akibatkan Risiko Kanser Kulit

Buat Detoks Campuran Lemon & Air Panas. Hasilnya Kulit Wajah Lebih Flawless, Bebas Jerawat & Jeragat!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI