Tidak dinafikan sardin adalah antara makanan dalam tin yang sangat digemari.

Malah cara penyediaaan yang pantas menjadikan sardin pilihan terbaik dan pantas jika para ibu tidak ada mood memasak.

Sardin juga sebenarnya adalah sumber protein sama seperti ayam. Malah jika dapat membeli ikan sardin di pasar juga adalah pilihan yang lebih baik.

Tetapi selalunya kita akan pilih sardin yang telah ditinkan kerana senang untuk didapati dan harganya juga agak berpatutan mengikut jenama.

IKLAN

Sebenarnya tidak ada masalah untuk kita makan sardin dalam tin, tetapi perlulah cuba untuk mengubah suai résipinya agar hidangan menjadi lebih sihat.

Sumber: Google

Ini antara yang boleh dilakukan jika mahu masak sardin dalam tin seperti disarankan oleh Nutritionist KKM.

– Kurangkan penggunaan sos yang terdapat bersekali dengan sardin dalam tin.

– Guna perencah asli seperti bawang, daun limau/ kari dan air asam jawa/ perahan limau.

– Tambah sumber sayur- sayuran seperti tomato, lobak dan bendi untuk membekalkanl nutrien tambahan dan serat.

IKLAN

Selain itu pihak KKM juga mengingatkan untuk kita digalakkan mempelbagaikan pengambilan sumber PROTEIN setiap hari!

Artikel Berkaitan:

IKLAN

Ibu Hamil Perlu Periksa Kandungan Ubat Jerawat, Ada Produk Bahaya Boleh Sebabkan Kecacatan Janin

Guna 4 Bahan Untuk Kempiskan Perut & Pecahkan Lemak Degil. 2 Minggu Dah Nampak Hasil!

Jangan Skip Sarapan Pagi. Ini 5 Hidangan Sihat & Seimbang Boleh Diambil Bekal Energi!