Penyakit jantung adalah antara pembunuh senyap yang paling ditakuti ramai. Tanpa tanda, seseorang boleh mengalaminya di mana saja atau bila-bila tanpa kehadiran seseorang di sisi.

Namun begitu, sebagai langkah pencegahan, kita sebenarnya boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung.

Terbaru sekumpulan doktor Fakulti Perubatan Universiti Yale mendedahkan individu boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung dengan menggunakan ujian ibu jari, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Bagi menjalankan ujian mudah tersebut, individu hanya perlu menggunakan sebelah tangan dan membuka tapak tangan dalam keadaan rata.

Ujian Guna Ibu Jari

Seterusnya, letakkan ibu jari di sepanjang tapak tangan sejauh yang mungkin.

IKLAN

Jika ibu jari mereka boleh melepasi hingga ke luar kawasan tapak tangan, ini bermaksud individu tersebut berisiko menghidap aneurisme (arteri tersumbat) tersembunyi.

Hal ini kerana kemampuan seseorang untuk menggerakkan ibu jarinya melepasi kawasan tapak tangan adalah petunjuk terdapat masalah pada sambungan sendi tubuhnya.

Individu boleh melakukan tiga langkah mudah untuk menjalankan ujian ibu jari bagi mengetahui risiko masalah jantung yang berbahaya. – The Sun

Keadaan itu merupakan antara tanda penyakit tisu yang menghubungkan sendi di seluruh badan termasuk aorta, iaitu arteri terbesar dalam badan yang mengalir dari jantung ke perut.

IKLAN

Keputusan Positif

Penyelidik telah menjalankan ujian tersebut ke atas 305 individu dan menerbitkan hasil kajian mereka dalam Jurnal Kardiologi Amerika Syarikat.

Individu yang positif dalam ujian tersebut berupaya menggerakkan ibu jari mereka melepasi kawasan tapak tangan. – Fakulti Perubatan Universiti Yale/The Sun

“Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit aneurisme tidak memberikan keputusan positif dalam ujian ibu jari-tapak tangan.

“Namun, pesakit yang positif ujian tersebut berkemungkinan tinggi mengalami aneurisme,” ujar penulis kanan jurnal tersebut, Dr. John A. Elefteriades. – Agensi

IKLAN

Sumber: Kosmo

Artikel Berkaitan:

Tak Rugi Derma Darah. Boleh Selamatkan Nyawa Orang Lain & Kurangkan Risiko Sakit Jantung!

Chia Seed Si Kecil ‘Superfood’ Terbaik, Bantu Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Lancarkan Pencernaan

Berjalan Kaki, Senaman Ringkas Tak Perlu Modal. Amalkan 30 Minit Sehari Untuk Menyihatkan Jantung!