Gambar sekadar hiasan

Semalam salah seorang penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama, minggu lalu.

Sementara itu, peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Yasin memberitahu anak guamnya itu ada penyakit bipolar tahap kronik dan perlu membuat rawatan segera.

Dalam pada itu penyanyi Mimpi Laila ini juga pernah mengakui dia sebenarnya penghidap Bipolar Disorder sejak 10 tahun lalu.

Terkejut Didiagnosis Ada Bipolar

Dalam temubual bersama Astro Gempak, Yasin mengakui terkejut bila pertama kali disahkan sakit. Dia yang menganggap dirinya alami stress tetapi rupanya didiagnosis Bipolar.

Yassin yang tidak tahu mengenai Bipolar pada mulanya kemudian mendapatkan rawatan kerana mahu sembuh.

Berdepan pengalaman ini, Yassin memberitahu episod pertama dia tidak tidur dua minggu jadi hyper, buat lagu, Berja studio dan semda benda mahu dilakukannya.

Selepas dua minggu barulah dia rasa diri tidak sihat dan Yassin akhirnya tumbang dan baru membuat rawatan di hospital.

Setelah merasakan dirinya sembuh, barulah Yassin berani bekongsi pengalamannya sebagai seorang penghidap Bipolar.

Penyanyi Nasyid Akui 10 Tahun Hidap Bipolar. Doktor Terangkan Rawatan Atasi Penyakit Mental Ini!
Gambar dari Sinar Online.

Artikel Lain: Sedih & Asingkan Diri Tanda Individu Alami Simptom Kemurungan. Ini Nasihat KP Elak Jadi Kes Bunuh Diri!

Dalam pada itu menurut artikel dikeluarkan Berita Harian memberitahu penyakit bipolar antara tiga penyakit mental serius dan prevalens seumur hidup di dunia dianggarkan antara 2.6 peratus hingga 6.5 peratus.

IKLAN

Faktor genetik menjadi penyumbang kepada penyakit bipolar, iaitu didapati sekiranya ada ahli keluarga mengalami masalah penyakit emosi seperti kemurungan atau bipolar, jadi cenderung untuk mengalami masalah sama.

Pengaruh psikologi dan persekitaran juga sangat penting yang menjadi pencetus kepada penyakit ini.

Selain itu:  Amal Minum Campuran Susu Kunyit Badam Madu Sebelum Tidur. Rahsia Kulit Glowing, Pinkish & Awet Muda!

Pelbagai isu seperti masalah hubungan keluarga, kehilangan pekerjaan atau tidak bekerja, masalah kewangan, salah faham di tempat kerja serta penyalahgunaan dadah antara punca kerap dilihat pesakit yang mengalami penyakit ini.

Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kanan, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aishah Siddiqah Alimuddin, berkata ada perbezaan antara bipolar dengan kemurungan, stres dan penyakit jiwa lain.

Penyakit Mental Perubahan Emosi

Katanya, penyakit bipolar (atau kecelaruan dwikutub) sejenis penyakit mental yang menyebabkan perubahan emosi, tingkah laku dan pemikiran.

Perubahan ini boleh dilihat dalam bentuk perubahan mood, emosi, tenaga, daya tumpuan, jenis dan tahap aktiviti yang dijalankan serta kebolehan melaksanakan tugasan harian.

Penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, bipolar I disorder dan bipolar II disorder.

IKLAN

Bipolar disorder, iaitu pesakit mengalami sekurang-kurangnya sekali episod mania (dengan atau tanpa pernah mengalami episod depresi).

Bipolar II disorder, iaitu pesakit mengalami episode hypomania, dan turut atau pernah mengalami episode depresi.

Penyanyi Nasyid Akui 10 Tahun Hidap Bipolar. Doktor Terangkan Rawatan Atasi Penyakit Mental Ini!
Gambar sekadar hiasan.

Gejala Penyakit Bipolar

Katanya, mania adalah episod seseorang itu mempunyai sama ada perasaan teruja yang berpanjangan atau menjadi pemarah, tenaga yang sangat tinggi berserta pelbagai perancangan serta usaha untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Gejala ini biasanya berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu. Ada gejala lain seperti, mempunyai keyakinan atau harga diri yang terlampau tinggi, kurang keperluan untuk tidur, bertutur lebih daripada biasa dan sukar diberhentikan.

Selain itu, pemikiran mereka terlalu pantas, mudah hilang fokus, kelihatan gelisah dan sukar bertenang dan terbabit aktiviti tertentu seperti berbelanja besar, membuat pelaburan berisiko, memandu lebih daripada had laju dan sebagainya.

Artikel Lain: Hilang Keyakinan Diri Sebab Masalah Jerawat. Aina Abdul Tak Sangka Kini Wajah Terpampang Di Billboard!

IKLAN
Selain itu:  Peminat Tiram Kena Beringat, Salah Makan Boleh Keracunan Dek Bakteria Vibriosis

Kaedah Rawatan

Pelbagai rawatan boleh diberikan kepada penghidap, iaitu diberi ubat-ubatan (biologi), terapi (psikologi), sokongan sosial dan spiritual.

Ubat-ubatan bergantung kepada tahap dan jenis bipolar dialami penghidap.

Ubat-ubatan yang kerap digunakan adalah ubat penstabil emosi, antipsikotik dan ubat kemurungan. Ubat-ubatan ini perlu diambil setiap hari mengikut nasihat dan perbincangan bersama doktor pakar masing-masing.

Adakalanya, pil penenang (seperti benzodiazepines) juga akan diberikan bagi jangka masa pendek bagi mengurangkan keresahan dan membantu seseorang itu lebih tenang.

Pesakit juga boleh menjalani terapi psikologi bersama pakar yang akan menyaran jenis terapi sesuai mengikut keperluan kes.

Perlu Diberi Sokongan & Penggunaan Spiritualiti

Dari segi sosial, penghidap digalakkan membina kemahiran dalam menangani isu di persekitaran mereka serta diberi sokongan dalam mencari kerja melalui ‘supported employment’ (jika mereka masih tidak mempunyai pekerjaan).

Penggunaan spiritualiti, termasuk aktiviti keagamaan, didapati membantu individu tertentu proses penyembuhan dan mengelakkan penyakit berulang semula.

Penyakit bipolar ini boleh mengalami ‘relapse’ sepanjang hidup, namun dengan rawatan berbentuk bio-psiko-sosial-spiritual kebanyakan pesakit dapat meneruskan kehidupan dan mempunyai kualiti hidup yang baik.

Artikel Lain: 5 Tahun Alami Bipolar Disorder, Wanita Ini Kongsi Simptom Cakap Seorang Diri, Menggigil & Kerap Penat

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI