Selain batuk, demam, ada kalanya seseorang itu kerap diserang sakit tekak. Jika mengalami masalah ini pasti akan menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian berkenaan.

Apa penyebab sebenar mengalami sakit tekak dan cara terbaik bagi mengelak masalah menjadi lebih serius.

Perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman twitter memberitahu cara untuk mengurangkanp sakit tekak ini.

Menurutnya juga kebanyakan sakit tekak ini bukan saja berpunca daripada jangkitan virus tetapi juga disebabkan oleh bakteria.

1. Minum air secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan tekak berasa kering, perit, dan menyebabkan kahak menjadi pekat. Itu boleh mengganggu keselesaan.

IKLAN

2. Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam. Berkumur dengan air garam di tekak (gargle). Tidak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.

3. Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla. Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit. Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.

   

4. Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa. Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas(analgesia), ada yang berangin(menthol), dan sebagainya.

IKLAN

5. Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Kumuran juga perlu dibuat di tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.

6. Boleh makan ubat demam (paracetamol/panadol) atau ubat tahan sakit. Ia biasa digunakan jika sakit tekak amat teruk. Ubat ini mengurangkan keradangan pada tekak.

7. Jumpa doktor. Kebanyakan sakit tekak berpunca dari jangkitan virus, tetapi boleh juga disebabkan oleh bakteria. Jika doktor dapati ia disebabkan bakteria, doktor akan beri antibiotik.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Lepas Setahun Bersalin Berjaya Dapat Berat Asal. Loca B Kongsi 3 Peraturan Perlu Ikut!

Tapai Masak Tukar Warna Merah Dikaitkan Wanita Datang Bulan. Dengar Penjelasan Pakar!

Tak Perlu Modal Besar. Kelebihan Senaman Brisk Walk Elok Diamalkan & Baik Untuk Jantung!