Pernah tak tiba-tiba anda diserang tangan kebas. Lebih tidak menyelesakan apabila tangan terasa seperti mencucuk-cucuk. Apakah disebabkan salah makan atau perkara lain.

Jika disebabkan himpitan saraf di bahagian tangan tidak mengapa, tetapi bagaimana jika masalah ini disebabkan kerana petanda mempunyai sakit lain.

Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu masalah tangan kebas dan cara merawat masalah ini.

MERAWAT MASALAH TANGAN KEBAS

Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti mencucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya masalah yang dialami.

PUNCA TANGAN KEBAS

Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.

Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan di mana ia bukan disebabkan posisi badan. Ia adalah:

1. Kencing manis

Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Simptom kebas akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.

2. Angin Ahmar (Strok)

Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah fungsi saraf pada tangan atau pada bahagian badan sebagai kesan sampingan.

3. Kecederaan pada ‘brachial plexus’

‘Brachial plexus’ merupakan sekumpulan saraf untuk fungsi pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika kumpulan saraf ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.

IKLAN
Selain itu:  Sering Diejek 'Body Shaming', Jadi Motivasi Wanita Ini Berjaya Hilang 21 KG

Jangan Main-Main Masalah Tangan Kebas, Petanda Awal Diserang Diabetes Atau Stroke

4. Penyakit jenis ‘auto immune’

Penyakit auto- imunisasi adalah disebabkan oleh sistem imunisasi menyerang sel atau tisu organ dalaman sendiri dan menyebabkan keradangan pada sel atau tisu organ tertentu sahaja seperti saraf. Contohnya, ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’ yang boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.

5. Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.

6. Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal

Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.

7. Toksin

Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.

IKLAN

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri.

8. Sebarang kecederaan pada tulang belakang

Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas, malah kaki dan bahagian lain juga turut berasa kebas dalam situasi ini disebabkan saraf tulang belakang merupakan salah satu saraf komunikasi utama.

Jangan Main-Main Masalah Tangan Kebas, Petanda Awal Diserang Diabetes Atau Stroke

RAWATAN

Bagi pesakit kencing manis, kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ia akan bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan.

Bagi mengurangkan rasa sakit, anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.

IKLAN
Selain itu:  Makan Nasi Lemak Tak Salah, Tapi Cara Kita Ambil Tu Tak Betul

Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplemen yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu. Selain itu, anda juga boleh membuat senaman mudah untuk melegakan rasa kebas. Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.

Jika masalah kebas tangan masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Jangan Main-Main Masalah Tangan Kebas, Petanda Awal Diserang Diabetes Atau Stroke

#HealthDrZubaidi

Artikel Berkaitan:

Bahaya Makan Telur Rosak Boleh Sebabkan Kematian, Ini Tanda-Tanda Perlu Tahu Elak Terbeli!

Rahsia Kulit Lembut & Licin Guna Skrub Barli & Beras. Gadis Ini Kongsi Cara Buatnya!

Jangan Minum Detoks Lemon Berlebihan, Walau Boleh Buang Toksin Tapi Rupanya Ada Kesan Sampingan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI