Apabila semua makan sedap terhidang di atas meja menyebabkan selera makin sukar untuk ditahan-tahan. Namun begitu, boleh atau tidak kita mencampurkan makanan laut dan darat.
Ada yang memberitahu, jika mencampurkan akan menyebabkan toksik yang boleh memudharatka kesihatan.
Jika betul, apa hidangan terbaik boleh kita ambil setiap hari dalam pyramid pemakanan. Perkongsian Dr Fatimah Salim menjelaskan perkara ini bagi mengelak kekeliruan.
Ramai yang keliru dengan amalan tidak mencampur masak dan makan makanan berprotein daripada laut (ikan, udang, ketam) dan darat (ayam, kambing, lembu.,) kerana dipercayai akan berlaku tindak balas kimia yang akan menyebabkan makanan menjadi toksik lalu memudaratkan kesihatan.
Ketahuilah, ianya TIDAK benar! Kimia tidak menyokong kenyataan ini.
Sebenarnya makanan berprotein laut dan darat jarang dicampur masak bersama disebabkan oleh struktur protein yang berlainan. Ikatan kimia struktur protein makanan laut lebih longgar maka lebih cepat empuk apabila dimasak.
Manakala ikatan kimia dalam struktur protein makanan darat pula lebih teguh terutamanya daging maka secara perbandingan proses memasak akan menjadi lebih lama.
Ingat, proses memasak bertujuan melonggarkan ikatan kimia dalam protein agar mudah dipisahkan kepada molekul-molekul kecil dalam sistem penghadaman, lalu memudahkan proses penyerapannya ke dalam badan.
Jadi jika difikir logik, larangan tidak mencampur makan makanan laut dan darat adalah lebih kepada kelainan tekstur protein yang mana memerlukan proses memasak dan daya kunyahan yang berlainan.
Tekstur keras daging yang belum masak sepenuhnya jika tidak dikunyah sebaiknya akan mengganggu proses penghadaman terutamanya jika diambil dengan kuantiti banyak.
Makanan yang tidak dihadam ini sama ada terperap dalam bahagian perut atau ditolak ke usus besar menjadi habuan bakteria. Perapan yang lama dalam perut boleh menyebabkan sendawa berlebihan, ulser, pedih ulu hati, sakit tekak dan batuk disebabkan kandungan asid hidroklorik perut meruap ke saluran oesophagus.
Aktiviti bakteria melalui proses fermentasi pula akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti hidrogen dan metana yang banyak. Gas-gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing).
Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan. Ada yang krem otot abdomen, ada yang sejuk badan dan berpeluh, ada yang muntah, ada yang pitam.
Maka, untuk masakan campur sebegini, mungkin cara dan proses memasak perlu diolah sedikit agar kedua jenis protein ini lebih serasi. Contoh masak bagi empuk daging dahulu, kemudian baru campurkan dengan ikan atau udang.
Atau boleh juga daging yang liat diperap terlebih dahulu untuk melemahkan ikatan kimia antara molekul-molekul proteinnya. Selain itu, sesetengah individu kurang menggemari tekstur dan rasa kedua kumpulan makanan sumber protein ini apabila dicampur masak. Dan pilihan adalah bergantung kepada citarasa masing-masing.
Ada juga yang mengaitkan dengan amalan Nabi saw. Namun tiada ayat Al-Quran atau hadith Sahih yang melarang mencampur makan makanan laut dan darat. Boleh baca penerangan Mufti Wilayah di pautan ini https://muftiwp.gov.my/…/2287-irsyad-al-hadith-siri-ke…
Sebenarnya amalan tidak mencampur makanan laut dan darat adalah tergolong dalam Kahsut iaitu hukum hakam pemakanan kaum Yahudi (Jewish dietary laws). Boleh baca penerangan lebih terperinci di pautan ini untuk lebih jelas https://www.myjewishlearning.com/…/ask-the-expert…/amp/
Tidak Cetus Bahan Kimis Berbahaya
KESIMPULANnya mencampur makan makanan laut dan darat tidak akan mencetuskan tindak balas kimia berbahaya atau toksik dalam badan. Makanlah apa yang anda suka, yang penting halal dan baik.
Pastikan memasak dan mengunyah dengan betul terutamanya apabila mengambil bersama ikan dan daging yang lebih liat seperti daging lembu. Ini untuk membantu memudahkan proses penghadaman.
Nota: Bagi anda yang tidak gemar untuk mencampur makan, terpulang kepada selera, kemampuan dan kehendak masing-masing. Namun usah dikaitkan dengan tindak balas kimia penghasilan toksin atau amalan Nabi saw.
Bagi mereka yang sudah pernah dijangkiti Covid-19 dinasihatkan untuk terus menggantikan berus gigi dengan yang baru kerana ia dapat mencegah jangkitan berulang wabak berkenaan.
Perkara ini diberitahu oleh Pakar Pergigian Dr Pravesh Mehra menjelaskan ia bukan sahaja dapat melindungi bekas pesakit tetapi orang di sekeliling mereka apatah lagi sekiranya berkongsi bilik air.
Menurut Dr Pravesh juga, berus gigi yang digunakan ketika dijangkiti virus ini mempunyai bakteria yang melekat padanya.
“Sebaik-baiknya pesakit Covid-19 menggantikan berus gigi dan pembersih lidah selepas 20 hari gejala pertama muncul,” katanya.
Tidak hanya bagi pesakit Covid-19, Dr Pravesh memberitahu mereka yang mengalami demam, selesema dan batuk juga sebaik-baiknya menggantikan berus gigi selepas pulih daripada penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, Covid-19 secara asasnya tersebar melalui droplet ketika pesakit batuk, bersin, bercakap, ketawa dan sebagainya ketika tidak menggunakan pelitup muka.
Covid-19 juga boleh menular menerusi berus gigi dan pembersih lidah kerana dua barang itu berkemungkinan tercemar dengan virus itu apatah lagi ia dibiarkan dalam keadaan terbuka di dalam bilik air.
Atas sebab itu, apabila pesakit sembuh, dibimbangi ia boleh menyebabkan pengulangan jangkitan atau menyebarkan kepada orang lain.
1. Jangan berkongsi berus gigi kerana ia boleh menjadi medium penularan pelbagai penyakit termasuk Covid-19.
2. Cuci tangan sebelum menggosok gigi kerana virus boleh ditularkan ketika tangan yang mungkin mempunyai virus menyentuh bahagian mulut.
3. Bersihkan berus gigi selepas digunakan atau sebaik-baiknya bilas menggunakan air suam.
4. Pastikan bahagian kepala berus gigi tidak bersentuhan dengan berus gigi yang lain.
5. Sentiasa mencuci bekas tempat menyimpan berus gigi anda menggunakan sabun.
6. Jauhkan berus gigi daripada tandas bagi mengurangkan penularan virus aerosol.
Junk food & dessert punca badan naik, akhirnya tekad diet. Wanita kongsi menu sihat diamalkan. Beratnya pernah mencecah lebih 100 kilogram. Waktu itu ramai menyangka usianya jauh lebih tua berbanding usia sebenar.
Namun bagi gadis bernama Izzah ini dia tidak pernah berputus asa dan mencari solusi bagaimana untuk menurunkan berat badan tanpa mengambil sebarang produk kurus.
Kuncinya adalah hanya menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang. Dia menyediakan sendiri menu diet ini dan berjaya mencapat berat diiimpikan.
Jika dulu beratnya sekitar 101kg tetapi selepas bebeberapa bulan melakukan diet, dia berjaya melenyapkan berat sehingga 35kg. sekarang ini beratnya hanya sekitar 71kg dan sangat gembira dengan perubahan dialami.
Menurutnya resipi dibuat mengikut seleranya tetapi melalui pengiraan kalori dan penimbang. Dia juga suka membeli menu diet yang sihat dan tidak nampak sendu.
Dalam perkongsian di Instagramnya Izzah memberitahu sebenarnya sejak umur dua tahun sudah mengalami kenaikan berat badan dan tidak pernah kurus sehinggalah masuk universiti.
Malah pernah mengalami masalah darah tinggi meningkat naik dan jika tidak diatasi segera bimbang ada masalah lain yang datang.
Doktor juga turut memberi nasihat supaya dapat mengurangkan berat badan. Ditambah dengan masalah period yang tidak menentu waktu datangnya.
Dia juga terlalu obses dengan makanan, malah walau sudah kenyang dia tetap akan makan terutama junk food dan desert. Paling sukar untuk naik tangga dan sukar mencari size baju bersesuaian.
Namun setelah berjaya mengawal diet dari segi pemakanan, barulanya segalanya menjadi normal. Tiada lagi masalah darah tinggi, period tidak terkawal dan dapat pakai baju size diidamkan.
Menurutnya dia makan apa yang diingini termasuk minum air manis, makanan berkuah dan nasi tetapi diambil secara bersederhana dan terkawal.
This is my diary. Diaryizzxh. I buat diary ni untuk diri i & tak pernah publickan this acc. I publickan this acc masa June 2021. Sbb i rasa. Why not i cabar diri i untuk expose pasal my diet jouney in my own way. (flexible dieting lifestyle).
I tak ajar cara nak berdiet cut sana sini tapi saya hormat cara diet orang lain. I’m not a coach.. So apa yang i tahu i cakap, apa yang i tak tahu awak semua boleh tanya dgn lebih pakar
Jadi yang mana dh lama follow tu, IG ni tak sampai setahun lagi i open to public. My journey start dari obese class II. Waktu berat i 101kg. N skrg berat i 71kg. I pernah berat 66 kg so dalam 35kg i dah buang..
Tapi I’m more happy with my berat 71kg (i ade goals tersendiri) I’m 22 years old 168cm (yeah i tahu muka i lebih matang dari umur tu dah biasa i dengar) jenis bahu lebar pinggang kecik peha besar tapi i suka i share resepi2 ikut sedap tekak i & i suka kira kalori & timbang:
I guna kiraan kalori dari sumber packaging belakang plastik barang & sumber USDA. I suka menu diet yang sedap + tak nampak sendu. awak semua rasa resepi2 ni berguna, guna lah ye. Ape yang i boleh cakap.
Apa yang baik boleh ikut, apa yang awak semua rasa tak ok dengan ape yang i buat, please2 jangan ikut. Because u know yourself better than anyone dekat story i banyak post pasal short video my fitness journey + kekadang “about me” untuk motivasikan diri & something yang i boleh ceritakan + membebel..
Dkt feed banyak resepi. If rasa banyak yang awak semua nak tahu boleh pergi dkt highlights “about me”. Banyak dah i membebel so this is my diary “Diaryizzxh “. & lagi satu… i nak cakap terima kasih sbb this acc give me more positive vibes untuk my journey.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.