Pernah tak tiba-tiba anda diserang tangan kebas. Lebih tidak menyelesakan apabila tangan terasa seperti mencucuk-cucuk. Apakah disebabkan salah makan atau perkara lain.
Jika disebabkan himpitan saraf di bahagian tangan tidak mengapa, tetapi bagaimana jika masalah ini disebabkan kerana petanda mempunyai sakit lain.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu masalah tangan kebas dan cara merawat masalah ini.
MERAWAT MASALAH TANGAN KEBAS
Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti mencucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya masalah yang dialami.
PUNCA TANGAN KEBAS
Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.
Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan di mana ia bukan disebabkan posisi badan. Ia adalah:
1. Kencing manis
Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Simptom kebas akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
2. Angin Ahmar (Strok)
Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah fungsi saraf pada tangan atau pada bahagian badan sebagai kesan sampingan.
Ads
3. Kecederaan pada ‘brachial plexus’
‘Brachial plexus’ merupakan sekumpulan saraf untuk fungsi pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika kumpulan saraf ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
4. Penyakit jenis ‘auto immune’
Penyakit auto- imunisasi adalah disebabkan oleh sistem imunisasi menyerang sel atau tisu organ dalaman sendiri dan menyebabkan keradangan pada sel atau tisu organ tertentu sahaja seperti saraf. Contohnya, ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’ yang boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
5. Kekurangan Vitamin
Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.
6. Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal
Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
7. Toksin
Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.
Ads
Jadi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri.
8. Sebarang kecederaan pada tulang belakang
Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas, malah kaki dan bahagian lain juga turut berasa kebas dalam situasi ini disebabkan saraf tulang belakang merupakan salah satu saraf komunikasi utama.
RAWATAN
Bagi pesakit kencing manis, kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ia akan bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan.
Bagi mengurangkan rasa sakit, anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
Ads
Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplemen yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu. Selain itu, anda juga boleh membuat senaman mudah untuk melegakan rasa kebas. Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
Jika masalah kebas tangan masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Ada yang masih amalkan makan ubat kurus dalam gaya kehidupan semata-mata nak pakai saiz baju idaman raya nanti?
Haaa… sebelum ambil prouduk pelik-pelik yang anda target boleh turunkan kilo, jemput baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini ya. Hadam sampai jernih, demi kesihatan yang baik.
KENAPA UBAT KURUS BAHAYA?
Dalam produk untuk kuruskan berat badan ini, dua bahan utama yang biasa ada adalah:
1. Sibutramine
2. Phentermin
Dua bahan ini akan dan boleh menyebabkan:
1. Selera makan menurun
2. Menghalang penyerapan lemak
3. Meningkatkan metabolisma badan
4. Mengubah fungsi otak untuk hilangkan selera makan
Selain itu, bahan lain yang kerap dicampur bersama adalah laxative atau nama lain adalah julap.
Bahan ini akan membuatkan seseorang membuang air besar dengan jayanya dan asyik nak membuang.
Penggunaan bahan bahan inilah yang membahayakan kesihatan dan nyawa apabila kadar dos yang tinggi dan tidak terkawal serta tidak dipantau oleh sesiapa.
Simptom terlebih dos atau tersalah dos adalah:
1. Mual/loya
2. Berdebar debar
3. Tekanan darah menjadi rendah sangat/tinggi
4. Sentiasa gelisah/ tidak senang duduk
5. Sesak nafas
6. Sakit dada
7. Masalah/gangguan tidur (terlebih/terkurang)
8. Kerap kencing/buang air besar
9. Bibir / kulit menjadi kering
Ramai anggap bila ada simptom simptom ini adalah normal kerana mereka beranggapan itulah proses yang berlaku kononnya ubat tengah berfungsi/berkerja.
Lama lama organ dalam menjadi rosak dan mati.
Usus pecah akibat terlebih berkerja.
Buah pinggang rosak sebab tak dapat nak tapis lagi.
Fungsi hati menjadi gagal akibat terlebih dos.
Garam galian/ elektrolik dalam badan menjadi tidak seimbang.
Semua ini adalah komplikasi akibat dari ubat/produk kurus. Anda memang akan kurus tetapi organ anda sekali akan rosak.
Sedih dan kecewa bila tengok pesakit datang dengan komplikasi. Segalanya sudah terlambat bila organ dalam dah rosak.
Sama ada perlukan cuci darah atau perlukan rawatan berterusan dan yang paling sedih adalah kematian.
Usus kita tak perlu dicuci dengan produk pun. Cukup sekadar minum air kosong dengan cukup, makan cukup serat dan bersenam.
Allah cipta elok dah. Sama juga berat badan. Jaga makan dengan betul, bersenam, minum air dan rehat dengan baik.
Masalah orang kita adalah semua nak laju bak peluru pandu. Entahlah nak ke mana tu laju laju.
Sabar.
Semua perlukan proses yang betul.
Tak perlu short cut.
Sayangi organ dan kesihatan anda. Semua ni Allah bagi kita pinjam sahaja.
Jadi jagalah sebaiknya.
Kepada penjual, hati-hati kerana jangan kerana anda mahu kaya raya, habis kesihatan pembeli. Juallah benda yang tidak merosakkan kesihatan orang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah orang gigih jaga makan setiap hari tetapi bersenam langsung tidak. Kemudian bila berat badan naik, mesti akan rasa menyesal sebab makan sampai terlebih kalori. Baru lah mula nak tekan minyak diet!
Namun, ada juga yang beria jaga makan tapi berat badan tetap sama. Malah, ada yang makin bertambah. Tak tahu apa puncanya.
Jaga Makan Pun Tetap Kena Bersenam, Ini Pesanan Pakar Fitness
Mulalah rasa cemburu dengan kawan-kawan yang makan banyak tapi badan tetap kurus. Sedangkan kita sebaliknya. Itu pun sudah jaga makan tetap naik, kalau makan banyak tak boleh nak kata apalah.
Semua ini dek kerana tahap metabolisme badan kita yang berbeza. Ada sesetengah kita, makan banyak pun tetap maintain sebab metabolismenya tinggi. Bagi yang jaga makan, walaupun sedikit tetap berisi. Semua ini kerana metabolisme badannya rendah.
Kalau keadaan ini tetap berlaku pada diri anda, cubalah untuk bina metabolisme dan kena bersenam. Seperti apa yang dikatakan oleh pakar fitness ini, Arif Sukri.
Jaga Makan, Bina Metabolisme
Jika badan kita sejenis yang makan banyak saja mudah sangat naik beratnya, maka jangan salahkan metabolisme sepenuhnya. Sebaliknya binalah metabolisme.
Setiap orang tak sama kecepatan naik atau turun berat badan. Kerana dipengaruhi juga oleh faktor usia, jantina, kesihatan badan dan cara diet itu sendiri. Hah, kalau dah berumur, lagi lah kena kontrol makan dan rajin bersenam.
Pembinaan metabolisme bermula dengan penjagaan kualiti senaman. Tanpa senaman jangan harap berat nak turun dengan jaga makan sahaja.
Bina metabolisme badan dengan:
1. Senaman bebanan (Weight Training). Mainlah dumbell, kettlebell atau pun angkat apa jua bebanan.
2. Bodyweight training. Jika kat rumah belum ada equipment yang lengkap. Guna sahaja badan sendiri sebagai bebanan. Plank, squat, burpess dan lainnya. Tapi ingat kena tahu kemampuan.
3. Senaman kardio. Walaupun biasanya senaman guna beban, jangan pernah skip untuk buat kardio sama ada joging, berbasikal atau berenang.
Bukan tak boleh, namun elakkan diet fokus untuk jaga makan semata-mata. Berat mungkin boleh turun untuk 3-4 minggu pertama dengan jaga makan. Lepas tu siaplah nangis di bucu katil.
Buat senaman jangan tinggal. Bermula dengan berjalan kaki mengikut kemampuan pun sudah memadai. Jadikan ia rutin bersistem. Kemudian tingkatkan sikit demi sikit.
Senaman apa yang anda tengah fokus sekarang?
Banyak faktor yang menjadikan bibir gelap, salah satunya disebabkan pemakaian lipstik yang salah dan kurang sesuai. Namun jika anda rajin pakai skrub warna pink semula jadi akan kembali tanpa anda memerlukan rawatan berbayar.
Hanya memerlukan tiga bahan yang mudah, anda boleh masukkan skrub yang siap ke dalam bekas dan simpan dalam peti.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Vaseline
Baby oil
Gula
Ini cara untuk anda buat:
Masukkan sesudu gula, baby oil dan vaseline ke dalam bekas.
2 .Gaul sehingga rata dan sedia untuk digunakan.
3. Dah siap, boleh simpan dalam bekas dan bawa ke mana-mana sahaja!
Bagi hasil terbaik, anda boleh cuba lakukan skrub ini setiap malam sebelum tidur atau setiap kali ada masa lapang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!