Perasan atau tidak apabila lepas waktu berbuka kita akan terasa badan lemah dan seperti tidak bertenaga.

Situasi ini menyebabkan kita rasa malas untuk melakukan pelbagai urusan lain termasuk solat tarawih.

Jika dilayan, memang semua benda tak boleh buat dan hanya mahu duduk berehat saja di rumah.

Sebenarnya, keadaan itu berlaku disebabkan faktor makan berlebihan selain pengambilan gula yang tinggi.

Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah.

Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu.

Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan.

IKLAN

Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit.

Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan bukannya mengikut nafsu.

Paling baik, hindari makanan bergoreng dan pilih hidangan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Ingat, puasa bukan bererti tiket emas untuk memanjakan diri dengan pelbagai hidangan menyelerakan.

Ini pula antara tip bagi menjaga sistem penghadaman adalah:

IKLAN

1) Pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu pergerakan usus seperti pisang, kurma, betik dan brokoli.

2) Meminum air yang cukup iaitu secara puratanya sebanyak dua liter air sehari. Badan yang kekurangan air akan menjadi lesu, tidak bermaya dan mudah hilang tumpuan semasa melakukan kerja harian.

3) Elakkan makan pedas dan berminyak yang boleh membuatkan perut kita rasa tidak selesa atau sakit.

4) Pengambilan makanan seperti susu atau yogurt mampu mengurangkan masalah sistem pencernaan kerana probiotik yang wujud di dalam makanan ini mampu mmengurangkan masalah sistem pencernaan.

IKLAN

5) Elakkan makan terlalu banyak ketika berbuka puasa dan bersahur kerana tindakan itu akan membuatkan badan menjadi letih kerana proses pencernaan. Sebaliknya, ambil makan secara bersederhana.

Sumber: Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kodiang, Kedah, Dr Mohamad Suaidi Mohamad Sazali           

Artikel Berkaitan:

Turun 6 KG Lepas Seminggu Puasa, Ini Menu Diet Diamalkan Waktu Berbuka & Sahur

Bukan Je Sedap & Sihat, Menu Ikan Rebus Air Asam Ini Sesuai Untuk Yang Berdiet!

Elak Badan Alami Hidrasi, Ini Aturan Minum Air Kena Ikut Sepanjang Berpuasa