Dua Produk Mi Sedaap Ada Racun, Tapi Tiada Dijual Di Malaysia. Ini Pula Pesanan Untuk Peniaga Online! Produk mi segera ini memang sangat popular dan digemari ramai. Cara menyediakannya yang pantas dan ringkas menyebabkan ramai memilih untuk mengisi perut jika lapar.
Lambakan produk jenama ini yang dijual di pasaran dengan harga berpatutan. Namun baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu penarikan semula produk Mi Sedaap yang dikatakan mengandungi Ethylene Oxide (racun serangga perosak).
Penarikan ini membabitkan produk Mi Sedaap Korean Spicy Chicken – batch tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup- Batch 17 Mac 2023.
Dalam pemberitahuan ini juga memberitahu Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada diimport ke negara ini.
Ads
Walau bagaimanapun, tiada kemasukan produk terlibat dengan dengan tarikh luput seperti di atas direkodkan.
Namun begitu, KKM juga turut berpesan jika anda menemui produk batch ini di pasaran laporkan ke Pejabat Kesihatan berhampiran.
Tambah KKM juga, setakat ini hanya untuk batch yang mempunyai tarikh luput di atas kerana dikesan mengandungi racun tersebut.
Manakala bagi penjual online di shopee/lazada dan sebagainya, sila semak tarikh luput dan dinasihatkan jangan jual. Jika terjumpa, sila laporkan pada PKD berdekatan.
Dalam satu kenyataan, Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semakan data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) hanya mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada dimport tetapi tidak melibatkan produk yang bertarikh luput seperti didakwa.
Ads
“KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.
“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan, hari ini.
Ini Pula Pesanan Untuk Peniaga Online!
Jelas Dr Noor Hisham, ethylene oxide adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tambah beliau, bahan tersebut merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untük membasmi makhluk perosak seperti serangga.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berharap sekiranya terdapat sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu berkenaan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Dianugerahkan pakej lengkap iaitu cantik dan bijak, pengacara serba boleh Hawa Rizwana Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman wanita muda yang sering menjadi inspirasi.
Kelibatnya di kaca televisyen dengan petah berbicara menjadikan gadis berusia 28 tahun ini menjadi ikutan kaum Hawa.
Nampak aktif berbasikal, memang patutlah orangnya berkulit bersih dan kecil molek tubuh badannya.
Rahsia Cantik Hawa Rizwana
Berkongsi tentang rahsia cantik, Hawa Rizwana juga ada mengamalkan petua lama yang dia dapat daripada ibunya iaitu dengan mengamalkan minum air halia suam.
“Kalau boleh, amalkan setiap hari untuk kecantikan tubuh badan,” itu reaksi Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, sewaktu ditanya mengenai adakah dia masih mengamalkan petua lama sebagai rutin kecantikan dirinya.
Si cantik ini memberitahu baginya, menjaga kecantikan bukan setakat menitikberatkan bahagian luaran namun ia perlu selari dengan dalaman.
Selain itu, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini juga berkongsi dia bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari.
“Kenapa bangun pada pukul 4.00 pagi? Ini kerana untuk mencari semangat pada keheningan fajar memang suatu hal yang sukar dilakukan. Saya ketepikan itu semua demi pendengar radio dan penonton di kaca televisyen.” Kongsinya.
Lebih menarik tentang pengacara Wanita Hari Ini, Hello Doktor dan Meletop ini baharu sahaja menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dan menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UiTM-95.
Berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.78, ternyata Hawa Rizwana salah seorang wanita yang layak digelar Beauty With Brain. Malahan dia berazam untuk menyambung ke peringkat PhD pula.
Memiliki raut wajah persis selebriti tersohor, Neelofa, Hawa juga berpegang kepada prinsip buat sehabis baik dan tidak gemar menunda kerja.
Haaa.. jadi kalau anda mahu tergolong wanita cantik dan bijak pandai, masih belum terlambat untuk ikut cara Hawa Rizwana. Pastikan ada niat mahu berganjak ke depan dan bukan menjadi orang yang gagal di bawah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada banyak cara nak putihkan muka dengan cara yang selamat, salah satunya menggunakan masker tepung beras. Cukup dengan satu bahan manjakan kulit, yang penting anda kena konsisten pakai.
Petua putihkan muka ini bukan sahaja murah dan mudah, malah cepat bagi anda amalkan kerana apa yang anda perlukan cuma 1 paket tepung beras.
Kemudian anda hanya perlu campurkan tepung dengan air suam dan bahan optional lain seperti kunyit, yogurt, madu, putih telur serta lain-lain bagi kuatkan lagi fungsi kecantikan kulit.
Guna Tepung Beras Buat Masker
Selepas adunan tepung tadi siap, sapukan sahaja di muka dan biarkan sehingga kering sebelum bersihkan dengan air biasa. Kalau hendak pakai semasa sedang tidur pun tiada masalah.
Namun ada cara lain yang lebih cep untuk anda guna, dengan membuatkan adunan tepung beras yang dicampur air dan dijadikan dalam bent kiub ais.
Cara Nak Putihkan Muka Dengan Tepung Beras, Buat Kiub Ais Pun Boleh
Campurkan tepung beras dengan air dan kacau sebati.
Selepas itu masukkan dalam bekas kiub ais dan bekukan selama 5-6 jam.
Bila dah beku, anda golek-golek kan pada muka.
Tips: Buat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kalau rajin, boleh buat selalu. 1 hari guna satu kiub ais sahaja dah cukup.
Ini antara khasiat kiub ais tepung beras:
Boleh mengecilkan liang pori muka.
Mengurangkan minyak pada muka.
Mengurangkan merah akibat jerawat.
Boleh hilangkan kulit muka hangus terbakar.
Mencerahkan kulit.
Dan kurangkan masalah mata lebam.
Senang, bukan? Selepas ini anda boleh lah cuba buat dan simpan dalam peti, bila bangun pagi ambil seketul dan gosok pada muka.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minat yang sama dalam sukan kuda menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan hinggalah mengakhirinya dengan sebuah perkahwinan.
Inilah kisah cinta paling romantik anak perempuan kepada orang terkaya di dunia, Bill Gates iaitu Jennifer Gates dan juga pasangannya atlet ekuestrian Mesir, Nayel Nassar yang mula berkenalan sejak tahun 2017.
Nassar yang ketika itu menunggang secara profesional manakala Jennifer pula melakukan aktiviti itu sebagai sukan untuk mengisi masa lapang.
Daripada perkenalan biasa kemudian kedua-duanya jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Menurut Daily Mail melaporkan pada malam Jumaat lalu, pasangan muda itu disatukan dalam upacara pernikahan di North Salem, New York secara tertutup.
Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya iaitu pada petang Sabtu. Majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengundang sekitar 300 tetamu.
Dalam majlis berkenaan, Jennifer kelihatan anggun menyarungkan gaun Vera Wang dengan memegang sejambak bunga tangan. Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang berpakaian serba hijau.
Bilionair pengasas Microsoft itu dan bekas isteri, Melinda kelihatan gembira menemani anak gadis mereka yang berusia 25 tahun itu.
Tetamu mula tiba lokasi majlis iaitu ladang seluas 142 ekar di utara New York milik Jennifer sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan.
Bill dilihat memakai sut gelap manakala Melinda mengenakan gaun ungu. Senyum dan tawa tidak lepas dari wajah mereka berdua meraikan perkahwinan itu. Para tetamu bersorak setelah pasangan pengantin secara rasmi dinyatakan sebagai suami isteri.
Berikut beberapa fakta menarik mengenai menantu Bill Gates ini yang dikatakan seorang Muslim menurut laman Fox Business.
1. Dilahirkan di Amerika, dibesarkan di Kuwait
Nayel adalah pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun. Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.
2. Menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020
Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.
3. Menguasai tiga bahasa
Graduan lulusan Ekonomi Universiti Stanford itu boleh menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
4. Memiliki perniagaan ladang kuda
Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.