Bila perut buncit, salahkan air sejuk! Eh, sebenarnya anda patut tahu puncanya daripada kalori makanan yang dimakan.
Haaa… ini penjelasan Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santherasegapan mengenai punca sebenar perut buncit.
Dr Malar Kata Bukan Salah Air Sejuk Kalau Perut Buncit, Tapi Ini Puncanya
“Buncit perut adalah disebabkan oleh lemak. Yang kelihatan seperti mengandung lima bulan itu adalah lemak. Bukan hanya makanan berlemak, lemak itu datang daripada semua makanan atau minuman yang masuk ke dalam tubuh kita.
“Apapun makanan yang masuk ke dalam tubuh kita yang kemudian tak digunakan sebagai tenaga maksudnya tak digunakan untuk berjalan, bercakap, bernafas, kita tak gunakan makanan itu sebagai sumber tenaga.
“Maksudnya juga kita terlebih makan, kita makan 5000 kalori namun kita gunakan hanya 1000 kalori sahaja jadinya baki 4000 kalori itu akan bertukar menjadi lemak.
“Lemak itu pula biasa akan disimpan di bahagian perut atau dalam bahasa perubatan abdomen. Di belakang hati, depan perut, belakang atau depan usus, di bahagian peha, tangan dan sebagainya.
Ads
“Jadi ingat, lemak datangnya daripada lebihan kalori makanan yang kita makan dan makanan yang badan kita bakar. Beza tersebut yang bertukar menjadi lemak dalam tubuh kita.
“Setiap kali terlebih makan 7700 kcal akan ditukar menjadi 1kg lemak dan disimpan dalam tubuh kita.”
Jelas Dr Malar, air sejuk merupakan satu jenis minuman yang kosong kalori.
Ads
“Ingat ya! Jadi tak kisahlah ia air panas, suam atau sejuk, ia tidak ditukar menjadi lemak. Ia tak ada tenaga atau kalori.
“Kalau anda minum air sejuk bergalen-galen, makan cukup-cukup dan berkerja di sawah, ladang getah mahupun nelayan, makan tak akan ada lebihan kalori. Tak kisah minum air sejuk tak buncitkan perut.
“Tetapi kalau kita makan lebihan kalori, tak kisahlah kalau kita minum air panas menggelegak pun, adanya kalori berlebihan dan akan membentuk lemak yang akan disimpan di perut dan terjadinya buncit,” ujarnya.
Bukan Salah Air Sejuk Tapi Kalori Dah Lebih
Ulas Dr Malar, ia bukan masalah air sejuk, yang salah adalah makanan, kalori dan lebih makan.
Ads
“Kalau orang nak minum air sejuk pada musim panas lit-lit ni, bagilah dia minum yang penting air putih, kosong dan transparen.
“tak kisahlah panas, sejuk mahupun suam, asalkan minum sangat membantu pada musim panas ni.
“Maka minumlah air kosong apa-apa temperature yang anda mahukan, jangan risau tak akan buncit perut meminum air tersebut,” kata Dr Malar.
Kesimpulannya tak kisahlah air suam atau sejuk, minumlah air kosong secukupnya setiap hari demi kesihatan.
Pernah atau tidak anda melihat mengalami sendiri masalah kecacatan pada jari kaki atau dikenali dengan nama Bunion.
Agak asing mendengarnya tetapi masalah ini juga dianggap sebagai kecacatan apabila jari kaki terkeluar.
Jika tidak diatasi masalah ini akan menjadi lebh teruk terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad dilaman sosial Facebook menjelskan apa yang dimaksudkan dengan masalah Bunion ini.
MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION)
Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol” (bunion) itu.
Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk.
Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku.
Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan:
1. Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.
2. Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk mengurangkan sakit.
3. Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan seperti berdiri untuk jangka masa yang lama.
4. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen, untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
5. Menuam pek ais beberapa kali sehari membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
6. Suntikan steroid untuk merawat keradangan bursa (kantung berisi cecair yang terletak di sekeliling sendi)
7. Dalam sesetengah kes, peranti ortotik diberikan untuk membentuk bunion di peringkat permulaan.
Jika rawatan tanpa pembedahan gagal untuk melegakan kesakitan bunion dan mengganggu aktiviti harian, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang “benjolan” tulang, membetulkan perubahan struktur tulang, dan memperbaiki perubahan tisu lembut yang mungkin juga berlaku. Matlamat pembedahan adalah mengurangkan kesakitan.
Tempoh masa pemulihan bergantung pada prosedur yang dilakukan.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram. https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
Sebelum ini dia dikenali dengan seorang yang sangat menjaga kesihatan. Malah turut menjalani gaya hidup aktif ketika masih bekerja makan gaji.
Namum takdir Tuhan tiada siapa menduga. Di kala usia memasuki 40-an, hadir dugaan dariNya menguji kesabaran kita sebagai hamba yang lemah.
Bagi Sarina atau Yna Sidek, biarpun agak terkejut mengetahui dirinya positif kanser servik, namun bukan alasan untuk tidak meneruskan kehidupan.
Malah tanpa menoleh kebelakang, dia segera membuat pemeriksaan susulan dan apa rawatan perlu dilakukan selepas ini.
Tambah wanita ini, dia berasa sangat lega apabila tak perlu membuang rahim sebaliknya perlu menjalani rawatan radiotherapi dan kimoterapi.
Ayuh ikuti perkongsiannya di laman media sosial Facebook di mana Yna tidak putus-putus mengingatkan orang lain agar segera melakukan pap smear untuk mengetahui diri anda mengalami masalah atau tidak.
Sebelum ini Yna mengakui tidak pernah buat rawatan pap smear kerana malu. Tidak ada tanda-tanda sakit sebelum itu dan dan tahu-tahu saja dirinya sudah disahkan positif kanser.
Yna juga memberitahu dirinya dulu sangat suka makan sesuatu yang manis-manis. Malah tiada istilah pantang terutama dalam bab pengambilan makanan manis.
Jadi sebaik disahkan positif ini, Yna menyeru kaum wanita agar jangan takut untuk membuat pemeriksaan pap smear setiap tahun bagi mendapatkan rawatan awal jika disakah menghidap kanser servik.
Buat masa ini Yna memilih menjalani rawatan di sebuah hospital swasta dan menjalani rawatan radiotherapy 25 sesi dan 5 kali sesi kimoterapi.
Menurutnya ketumbuhan itu kini sebesar 5 cm dan masih stage 1. Apabila selesai melakukan rawatan berkenaan (radiotherapy dan kimoterapi), doktor akan masukkan satu alat untuk kecutkan tumor berkenaan.
Sebulan yang lalu membuat biopsy di hospital swasta untuk tahu keputusan positif atau negatif
Pada 16/3 yang lepas, Yna buat biopsy kat KMC. Dalam hati ni tuhan je Yang tau. Sbb result boleh jadi negative atau boleh jadi positive.
Dalam tempoh beberapa hari nak dapat result, Yna cakap kat Nazmi, kalau saya bukan kanser, saya nak sedekahkan 50 helai sejadah untuk orang. Tanda syukur. Nazmi setuju.
Dapat call dari Doktor memberitahu dirinya memang positif kanser servik. Hanya mampu menangis dan menangis.
19/3. Dr Anna Liza Dari KMC call. Bagi tau result mmg positive cervical cancer. Masa Tu Yna menangis…menangis & menangis. Tapi Yna ambil masa sejam saja untuk lepaskan segala perasaan sedih Yna time Tu.
Lepas Tu Yna pegi wedding teacher Ejad. Malam Kami buat BBQ. Yna tak mau larut Dalam kesedihan.
Kalau Yna menangis beria-ia sekalipun, keluar air mata darah pun, keputusan itu tak kan berubah. Tetap POSITIVE. Jadi Yna jalani kehidupan macam biasa.
Ada dua appointment dan salah satunya untuk lakukan pembedahan buang rahim. Tetapi doktor bagi pilihan lain dan rawatan hanya boleh dilakukan di Kuala Lumpur
Selang beberapa Hari, Yna Ada dua appointment kat KMC. Dengan Dr Anna Liza & prof Mokhtar.
Prof Mokhtar decide untuk lakukan pembedahan untuk buang Rahim kerana dah merebak ke bahagian atas.
Mulanya Yna setuju. Tapi dia cakap, Ada satu options lain lagi, iaitu buat Pet Scan. Tapi scan Tu hanya Di KL. Scan Tu lagi detail Dari CT scan Yang mereka lakukan. Chemo Dan radio juga harus dilakukan Di KL.
Yna cakap kat Prof Mokhtar, bagi saya masa untuk saya fikirkan. Prof pesan, jangan lama-lama, nanti dari stage 1 Boleh merebak sehingga ke stage 3. Yna cakap lagi, doc jangan risau, saya cuma perlukan masa seminggu.
Lepas keluar bilik Prof Mokhtar, Yna call Shanty, agent insurance Yna. Yna Tanya dia mana hospital terbaik untuk rawatan kanser. Dia jawab Beacon Hospital PJ.
Yna terus dapatkan reference letter Dari KMC Dan urus sendiri appointment Di Beacon Hospital.
Mula buat rawatan Pet Scan dan alhamdulillah kanser belum merebak dan hanya berada di pangkal rahim. Jadi tidak perlu lakukan buang rahim. Mula buat radiotherapy dan lepas 7 sesi tiada kesan sampingan.
30hb Yna start buat pet scan. 31 Hb Yna masuk ward. 1april Yna jumpa doc Ng, Dan dia review result pet scan Dan alhamdulillah kanser Yna Masih belum merebak Dan hanya berada Di sekitar pangkal rahim sahaja. Tidak perlu melakukan pembuangan Rahim.
Masa Tu leganya Ya Allah. Petang Tu jugak Yna buat CT simulation. start buat marking untuk radiotherapy. Dan esoknya terus buat radiotherapy untuk Kali pertama. (Semua sekali Ada 25 sesi) Dan Selang beberapa Hari, Yna start buat chemo. Drip Yna pun sekadar baby dose. Dan proses untuk chemo hanya memakan masa sejam lebih sahaja.
Alhamdulillah, segala proses berjalan dengan cukup mudah dan sangat cepat. Yna dah abiskan 7 kali radiotherapy Dan sekali chemo untuk setakat ni. Dan alhamdulillah juga tak ada kesan sampingan.
Allah bagi kekuatan untuk Yna hadapi ni semua. Yna berdoa Siang Malam, untuk kesembuhan Yna. Yna betul2 merayu pada tuhan untuk kesembuhan sakit Yna. Yna tau yna Akan sembuh. Yna tau Yna boleh lalui semua ni. Mungkin Allah NAK bagi sesuatu yang indah buat Yna nnt.
Tetap berfikiran positif dan yakin Allah aturkan semua bersebab. Walaupun sampai sekarang tak percaya badan ada kanser
Yna positive je. Yna yakin Allah aturkan semua ni bersebab. Yna hanya perlu berlapang dada untuk terima semua dugaan Nya.
Sampai sekarang pun sebenarnya Yna pun Masih tak percaya Dalam badan Yna ni Ada kanser. Sbb Yna macam biasa je. Orang Tanya, sakit Yna? Ok Yna? Alhamdulillah semuanya OK! Dan sangat OK!
Terima kasih atas semua doa Dan kasih sayang korang. Yna sangat-sangat hargainya. Setiap doa korang adalah untuk kesembuhan Yna. Terima kasih banyak2. Berbalik pada cerita sejadah tadi,
Yna cakap kat Nazmi, tak pe lah Yang…cancer ke, tak cancer ke, saya nak jugak lah sedekahkan sejadah ni untuk orang. Mana tau Ada di antara doa mereka kat saya nnt, Allah angkat.
Masih lagi meneruskan sesi rawatan radiotherapy dan akan habis pada 4hb Mei nanti
Jadi petang ni, Yna buat Majlis bacaan doa selamat kat umah mak Yna. Semoga semuanya berjalan lancar.
Isnin pulak Yna masuk untuk buat radiotherapy balik Dan selasa depan buat chemo + radiotherapy. Insha Allah semua proses ni Akan habis 4/5 nnt.
Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Tuhanku, sembuhkan Sarina Mohd Sidek Tuhanku, sembuhkan Sarina Mohd Sidek Tuhanku, sembuhkan Sarina Mohd Sidek. Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin…
Seperti yang kita ketahui, Varian Delta COVID-19 boleh menjangkiti mangsanya hanya dalam 15 saat dan tersebar melalui udara.
Namun kajian terbaru mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, tadi.
Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.
Gambar sekadar hiasan.
Mengenai virus Delta, Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.
Beliau berkata tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.
Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.