Tidak semua makanan yang sedap kita nikmati sesuai dengan orang lain. Mungkin kita pernah mendengar, ada yang berasa pening saat menikmatinya. Seperti contoh minuman nescafe dan lain-lain tapi biasa bagi sesetengah orang lain.

Satu perkongsian menarik dari Dr Zubaidi Haji Ahmad yang merupakan pengamal perubatan am mengenai makanan yang boleh mengakibatkan kita rasa pening ketika menikmatinya.

“Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih”.

IKLAN

Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.

Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening. Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.

IKLAN
  1. Makanan masin

    Garam yang banyak dalam makanan yang dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej, daging dan keju dalam tin boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.
  1. Gula berlebihan

    Gula yang berlebihan ditambah dalam makanan yang dijual secara komersial dan minuman seperti minuman ringan berkarbonat, gula-gula, coklat susu, jeli dan jem untuk disapukan ke roti, kek dan roti yang ditambah gula di atasnya juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.
  1. Makanan yang mecetuskan migrain

    Bagi individu yang sedia mengalami migraine, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migrain juga boleh menyebabkan mereka merasa pening. Bagi mereka yang sering mengalami migrain dinasihatkan agar mencacatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening, kerana setiap individu yang mempunyai penyakit migrain mempunyai makanan tertentu yang berbeza.

  2. Kafein dan Alkohol

    Walaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafein akan merasa sakit kepala dan pening. Kafein diketahui menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening.
Selain itu:  Mandi Malam Bukan Punca Paru-Paru Berair. Doktor Jelaskan Punca Salah Satu Penyebab Kanser!

#HealthDrZubaidi

IKLAN

www.drzubaidi.com

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI