Biasanya apabila berbelanja barangan atau bahan mentah basah untuk memasak, kita akan membelinya dalam kuantiti yang banyak.

Tetapi hanya gunakan sedikit untuk memasak dan stok selebihnya akan disimpan dalam peti sejuk.

Cara ini adalah untuk lebih menjimatkan masa kerana tidak perlu berulang alik ke kedai membeli barangan mentah ini.

Walau bagaimanapun kita perlu hati-hati dalam penyediaan makanan yang disejuk bekukan atau ‘defrost’ ini bagi mengelak keracunan makanan.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan  memberitahu bagaimana cara betul untuk atau nyahbeku bahan mentah tersebut agar tidak terdedah pembiakan bakteria.

Katanya, sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Defrost Bahan Mentah Elak Bakteria Membiak, Punca Keracunan Makanan

“Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak.

IKLAN

“Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

“Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali.

“Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

Selain itu, cara nyahbeku bahan mentah yang betul adalah;

1. Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.

IKLAN

2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.

3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Defrost Bahan Mentah Elak Bakteria Membiak, Punca Keracunan Makanan

Menurutnya, jika tidak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya.

IKLAN

“Nanti bila korang masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah!

“Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

“Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!”

SUMBER: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Selain itu:  Berjaya Hilangkan 101 KG Dalam Setahun Tanpa Produk, Rahsianya Jaga Makan & Lakukan Senaman!

Artikel Berkaitan:

Chia Seed Si Kecil ‘Superfood’ Terbaik, Bantu Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Lancarkan Pencernaan

Rupanya Yogurt Dah Lepas Tarikh Luput, Masih Lagi Selamat Dimakan. Ahli Kimia Ini Jelaskan Sebabnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI