Bila sakit dada, jangan ambil mudah. Mungkin itu adalah petanda serangan sakit jantung. Tak dinafikan, ramai di antara yang mengambil mudah bila sakit dada dan menganggap ia masalah biasa dan tak perlu dibimbangkan.

Sakit dada, mungkin kita rasa ia sakit biasa saja dan bila duduk rehat ia akan reda dengan sendiri. Begitulah cara kita hendak tenangkan hati agar tidak terfikir dengan perkara yang tidak baik.

Artikel Berkaitan: Doktor Pesan Jaga Makan Pergi Jamuan Raya. Lemak Terkumpul Sebabkan Serangan Jantung & Stroke!

Bila Sakit Dada

Sebenarnya kalau sakit dada yang serius dan kerap, jangan ambil mudah kerana ia membahayakan diri, lebih-lebih lagi bagi anda yang berusia 35 tahun ke atas. Mudah sangat ia menyerang.

Kebiasaanya, ramai yang mengambil mudah bila sakit dada berkurangan, terus tak jadi untuk dapatkan rawatan doktor. Kata hati, ia hanya sakit biasa saja dan dibiarkan hingga sakit dada berulang berkali-kali.

Jangan Ambil Mudah

Inilah yang dikatakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang sakit dada yang berbahaya ini.

IKLAN

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi (hypercholestrole) dan obesiti, serangan sakit jantung adalah punca utama.

Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius. Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung.

Baca Di Sini : 

IKLAN

Tak Rugi Derma Darah. Boleh Selamatkan Nyawa Orang Lain & Kurangkan Risiko Sakit Jantung!

Selain itu:  Hati-Hati Pilih Hidangan, Ini 6 Penyakit Sering 'Menyerang' Waktu Raya

Chia Seed Si Kecil ‘Superfood’ Terbaik, Bantu Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Lancarkan Pencernaan

Mungkin Itu Petanda 

Bila ianya berbahaya?

IKLAN

Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat.

Serangan Sakit Jantung

Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika :

  1. Sakit dada menjadi lebih kuat
  2. Berasa sakit dada tidak berkurang dengan berehat
  3. Sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stres.

Maka dapatkanlah rawatan secepat mungkin. Pesakit yang mengalami sakit dada digalakkan terus ke hospital kerana kemudahannya lebih lengkap berbanding dengan klinik.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI