Melakukan kerja sebagai seorang isteri, ibu dan dalam masa melakukan tugasan pejabat memang sangat memenatkan.

Walaupun penat tetapi tanggungjawab kepada keluarga perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Tetapi kita juga manusia biasa dan bukanlah robot. Jadi waktu tidur dan rehat yang mencukupi penting dalam membantu perkembangan minda yang sihat.

Jadi kaum lelaki jangalah bising jika isteri nampak asyik tidur sepanjang hari walaupun ketika hujung minggu.

Perkongsian Doktor Redza Zainol memberitahu kesan dari kekurangan tidur yang kronik atau dipanggil ‘Sleep Debt’.

Gambar sekadar hiasan.

Bahaya ‘Sleep Debt’

Lepas solat Subuh, isteri saya datang mengadu.

“Penatnya hari ni.”

Dalam hati saya, eh kan baru bangun pagi. Takkan dah penat. Sepanjang hari itu, 3-4 kali dia mengadu dia penat.

Malam tu, saya senaraikan rutin harian isteri dari pagi sampai ke malam. Bila saya kira-kira, baru saya tersedar.

Rupa-rupanya, setiap hari isteri saya cuma tidur 5 jam saja sehari.

IKLAN

Ya Allah, lalainya saya selama ni. Patutlah dia asyik mengadu penat.

Jumlah jam kita tidur ni umpama meletak duit di dalam akaun bank. Setiap kali kita tak dapat tidur yang cukup, “duit” tu akan ditarik keluar dari akaun kita.

Kalau hari-hari tak cukup tidur, lama-lama akan jadi kosong akaun bank kita tu. Pada waktu ni, barulah kita akan nampak kesan dari kekurangan tidur yang kronik.

Inilah keadaan yang dipanggil sebagai Sleep Debt.

Isteri yang begini akan selalu ada paras hormon kortisol yang tinggi dalam darah. Hormon kortisol ni ialah hormon stress.

Lagi tinggi paras hormon kortisol, isteri mudah jadi pemarah, murung hingga ada yang rasa nak bunuh diri.

Gambar sekadar hiasan.

Isteri begini juga berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat tertidur semasa memandu.

IKLAN

Dari segi perubatan, boleh juga menaikkan risiko mengidap Diabetis, lemah daya imun badan dan darah tinggi. 

Jangan buat main-main dengan Sleep Debt ni kawan-kawan.

Mengikut National Sleep Foundation, orang dewasa perlukan 7.1 jam setiap malam untuk rasa cergas dan bertenaga keesokan harinya.

Tapi 70% dari kita, tak capai pun jumlah jam tu. Hakikatnya, ramai dari kita ni bekerja dari pagi ke petang.

Ada isteri bangun seawal pukul 4.30 pagi. Terus ke dapur untuk masak, pinggan dibasuh, sambil tu sempat lagi dia basuh dan ampai baju.

Habis kerja petang, berlari ke pasaraya. Nak masuk pasaraya pun kena beratur. PKP, norma baru.

IKLAN

Sampai saja ke rumah, suami isteri sama-sama bersilat uruskan anak mandi dan makan. Tau-tau dah Isyak tapi rutin harian belum siap juga.

Tau-tau dah Isyak tapi rutin harian belum siap juga.

Isteri-isteri yang tak cukup tidur setiap hari ni sebenarnya sedang mengumpul “Sleep debt” tanpa sedar. Ada di antara mereka ni fikir mereka boleh ganti semula dengan tidur yang lebih lama pada hujung minggu.

Ikut 1 kajian pada tahun 2016, Sleep Debt ni tak dapat diselesaikan dengan 1 hari tidur yang lama. Kajian ni mengatakan kita perlu sehingga 4 hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan tidur sebanyak 1 jam sehari.

Dasyat kesan Sleep Debt ni.

Suami kena hati-hati. Kita fikir kita dah buat macam-macam kerja di rumah , jadi dapatlah kurangkan beban kerja isteri.

Tapi kita terlupa yang kita suami isteri kena ada tidur yang cukup.

Artikel Berkaitan:

Rupanya Heliza Helmi & Adik Turut Positif Covid-19, Kongsi Pengalaman Sukar Nak Solat!

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Defrost Bahan Mentah Elak Bakteria Membiak, Punca Keracunan Makanan