Setiap wanita pastinya mendambakan tubuh badang yang langsing dan  ideal. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan saiz badan kekal seperti anak dara, walaupun melahirkan beberapa orang anak.

Salah satunya adalah dengan memakai bengkung. Penggunaan bengkung ini dikatakan dapat sembunyikan lemak yang ada pada tubuh.

Namun begitu, penggunaannya setiap boleh boleh mengundang padah apabila dikatakan akan meroskakkan organ dalaman dalam jangka masa panjang.

Ikuti pendedahan bahaya bengkung ini oleh Dr Yazeed Hair Johari.

Bengkung Perosak Organ Dalaman

Ini adalah bengkung .Atau nama mat salehnya waist girdle ,Corset , waist band dan macam macam lagi.

JENIS
1- Bengkung abdomen ( Membaluti keliling abdomen / Perut
2- Bengkung Penuh ( Chest to Hips )

Yang membaluti dari paras dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya) Tak kira lah jenis apa sekali pun…

Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman
Gambar sekadar hiasan.

Bengkung ini selalunya digunakan untuk 

1) Selepas BERSALIN ( Post delivery )
Selalunya lepas bersalin , Bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut .Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja . Bila rahim dah sepenuhnya mengecut , Tak ada lagi pendarahan . Bengkung dah tak perlu sebenarnya.

2) Immbobilisation of Back
Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang , Untuk mengelakkan “ friction “ geseran tulang belakang. 

Tapi zaman sekarang ini , Penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak . Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN …

Overclaim pulak tu. Boleh kurus , Boleh ramping ..

ANATOMI
Secara amnya , Dibawah lapisan kulit kita terutamanya dibahagian abdomen .. ..
Lapisan itu dipanggil “ Subcutaenous fat tissue “ , Lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul. Kalau diperhatikan fisiologi struktur lemak. Lemak ni mempunyai sifat pejal. Ianya tak mudah pecah seperti yang di perkatakan oleh ramai penjual. 

“ Kalau sapu losyen panas ni , Lagi cepat pecah lemak ..”  Jangan  ingat lemak tu macam buah delima atau belon ? Boleh pecah begitu sahaja ?

Menjual harapan adalah lebih mudah , memandangkan rakyat kita sibuk bekerja 

Tak ada masa nak bersenam…
Tak boleh kawal nafsu makan …

IKLAN

Jadi , Ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk menjual harapan ..

“ Nak jadi lansing ?”
“ Sorok lemak , Dalam masa yang sama boleh shaping ..”

Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman

KEBURUKAN MEMAKAI BENGKUNG SETIAP HARI

1- GERD – Gastroesophageal Reflux Disease

Bengkung akan membuatkan , Organ perut dan paru paru , tertolak ke atas , Disebabkan tekanan yang tinggi. Bila perut kau dah tertolak ke atas , Injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi , Jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus ( Salur makanan ) Dan akan menyebab kan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease ) Simptom dia sama macam orang yang kena Serangan Pedih Ulu hati 

2- Dyspnoea ( Shortness of Breathing ) Susah bernafas

Bengkung juga akan Push Paru paru inferior kau ke atas , Tahukah korang , kita bernafas menggunakan otot Diaphragma ? Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru paru untuk mengembang lebih baik.Tapi kalau kau balut perut kau dengan bengkung, dan pakai setiap hari ..

Bayangkan, ruang diaphragma menjadi makin sempit , Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “ Intraabdominal pressure “ dan sekali gus menyebabkan paru paru korang semua tak dapat berkembang dengan lebih baik .

Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman

3- Brain Hypoxia

Disebabkan itu, makin kurang lah kemasukan oksigen dalam badan , Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima. Akhirnya, akan mula jadi cepat letih, cepat mengantuk dan seharian produktiviti hidup akan berkurangan.

4 – Cardiac Pressure

Apabila paru paru pun dah tertolak ke atas , Maka paru paru tadi mula mencengkam Jantung . Jatung pula yang stress , Dahlah nak kena pam darah lagi , Tapi kena himpit pulak dengan paru paru 

DARAH BEKU

IKLAN

Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “ Koagulasi “ Darah .
Bila ruangan dalam abdomen makin sempit , Secara logik nya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat , Sekatan laluan itu akan menyebabkan Darah anda muka bergumpal , Dan mudah menjadi thrombus …Bayangkan kalau darah beku tadi , tersekat di salur darah paru paru ? Pastinya mengundang PULMONARY EMBOLISM

Keadaan ini adalah emergency, 100% pesakit yang kena pulmonary embolism , 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan

Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman

Selain dari itu ..

5- Emotional Stress
6- Intraabdominal Muscle stress
7- Intraabdominal Swelling ( Bengkak)

Dan macam macam lagi …

Hanya kerana nak nampak kemas ?
Nak simpan selit lemak tu ?
Pakai bengkung tu pun tengok dah macam nak sesak nafas ..
Jangan temberang bila cakap benda tu selesa … Increase intrabdominal pressure .. Takkan pernah selesa….

Nak nampak kemas katanya …Tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan sendiri .. Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu  pada ruang dalam abdomen ? Mereka perlukan ruang untuk bekerja ..

Perut , Diaphragma , Usus , Paru paru …
Ginjal , Hati dan sebagainya ..
Tuhan dah cipta kan ruang untuk organ organ ni bekerja ,
Tapi kau sempitkan ruang mereka dek kerana kau nak sorok lemak lemak yang berlebihan

IKLAN

Malas nak komen pasal excercise dan pemakanan . Topik ni boring Semua orang tahu .. Tapi semua cari alternatif lain untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas.

Sanggup belanja duit gaji beratus ratus untuk alat kelengkapan bengkung belum lagi dengan Seluar Shaping , Baju Panas , Teh detox , Pil kurus, Losyen panas lagi. Hanya kerana mahu kelihatan lebih anggun dan menawan ….

Kalau tengok pada gambar ni ,
Balut tengah tu elok dah, tapi degil, keluar atas dengan bawah

Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman

Sebab apa ?
Sebab lemak pun perlukan ruang mereka sendiri. Jadi rasanya boleh kawal susunan lemak tu ke? Jadilah pengguna yang bijak , Dari memudaratkan diri , Dengan membazir lagi beli benda benda yang memberi harapan palsu ..

Share & Tag lah .. Supaya ramai yang buka mata. Sekali dua pakai , Boleh tahan lagi .Tapi kalau kerap ? Rasa organ dalam tu tak “ tercekik” Mintak nyawa ke ? Mereka pun sel sel hidup juga.  Sama seperti anda semua yang perlukan ruang dalam hidup .

Kecantikan tu sementara, tapi kesan masa jangka panjang tu siapa nak tanggung. Nanti semua salah doktor. Salah diri sendiri tak perasan pulak …

Betul lah kata orang .. “ Beauty is pain Memang pain pun …Yang jual bengkung tu pun hari hari dok bergasak dalam Gym. Duit pun masuk macam air ..Kadang kadang tengok , Bengkung tu sampai dah longgar , Dah tak ada elastik.. Tapi tuan punya badan macam tu jugak …

Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman

Nota Ringkas
* Setiap organ kita perlukan ruang untuk bernafas dan bekerja . Tekanan normal dalam perut harus di kekalkan . Jika bengkung ini dapat menyebabkan “ Increase Intraabdominal pressure “ Maka ianya membawa kemudaratan .
Tak Boleh terima kebenaran ?
Tepuk dada tanya sendiri

Bacaan lanjut 
dryazeedhairi.com

Dr Yazeed Hair Johari

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Pantang 100 Hari, Rahsia Siti Nurhaliza Kembali Langsing & Hilang 20 KG Lepas Lahirkan Anak Kedua

Dengkur Boleh Ganggu Tidur Pasangan, Doktor Ini Kongsi Rawatan Terbaik Atasinya

Bahaya Pakai Kosmetik Luput Tarikh Boleh Sebabkan Cela Wajah, Ini Caranya Kenal Pasti Expired Date!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI