Mendengar suaranya yang serak-serak basah, terus terbayang seraut wajah jelita milik empunya diri, Zizi Kirana.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini bertuah dianugerahkan seraut wajah yang tidak bermasalah dan sangat mulus kala usia mencecah 40-an.
Zizi Kirana Pilih Petua Tradisional, Minum Jus Kunyit Untuk Kekal Cantik Usia 40-an!
Menurut pelantun lagu Eh? ini, bagi Zizi kecantikan membawa pengertian yang berbeza bagi setiap orang.
Dari sudut pandangan penyanyi itu, ia semuanya bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman.
Rupanya sekitar tahun 2018, Zizi pernah mengisytiharkan dirinya ‘bermusuh’ dengan nasi, namun kini segalanya sudah berubah.
“Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
Ads
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Semalam pengacara dan pelakon popular Uyaina Arshad Selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati yang juga seorang selebriti Raja Syahiran.
Uyaina yang cantik mengenakan persalinan nikah RIZMAN RUZAINI BRIDAL COUTURE rekaan Kurung Pahang diberi sentuhan moden dengan RR signature pointy shoulder dan disulam indan dengan perincian rona klasik emas.
Gaya ratu sehari turut diserikan dengan penggunaan french lace yang di penuhi perincian dari sulaman tangan khas Uyaina Arshad menyerlahkan lagi penampilan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 (Indisiar) dan Juara Pencarian Nona Manis 2015 (TV3) ini.
Pasagan sama cantik sama padan ini turut mendapat pujian daripada warga net. Masing-masing suka dengan persalinan Uyaina yang simple tetapi lebih pada classy.
Uyaina Arshad, 29, selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran, 28, pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard, di sini, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.
yahiran atau nama penuhnya Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.
Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.
Menurut Uyaina, dia dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu disebabkan varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” katanya yang memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka yang turut membawa makna “Yours’.
Untuk majlis pernikahan ini juga wajah Uyaina mendapat sentuhan Mekap Artist Yna Sakinah yang bertanggung jawab menata rias menjadikan dirinya pengantin paling cantik penutup tirai tahun 2021 ini.
Baru-baru ini banyak kes keganasan rumah tangga tular di media sosial, baik dari golongan artis mahu pun orang biasa.
Biasanya apabila berlaku situasi ini, kebanyakan wanita memilih untuk simpan daripada meluah dek kerana masih sayang pada si dia. Akhirnya ramai yang makan hati dan bila sampai tahap ‘duduk di kaki’ dan dipijak-pijak oleh si dia, baru lah berani buka cerita.
Itulah yang berlaku kepada Shuhada, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi dalam rumah tangganya. Sampai berjahit wajahnya dibantai orang tersayang.
Terbaru naik pula kes Puteri Sarah Liyana mendedahkan pernah dipukul oleh suaminya yang merupakan pengarah filem, Syamsul Yusof pada tahun 2020. Betapa lamanya dia menyimpan rasa sakit itu kerana masih sayang dan cinta, dan mungkin kerana memikirkan anak-anaknya.
Jadi adakah perkara ini akan terus jadi ‘makanan’ kepada golongan isteri yang sepatutnya dilindungi dan dihargai?
Sakitnya Luka Jahitan Di Wajah
Berbalik kepada situasi Shuhada apabila dipukul di wajahnya, tahukah anda bahawa luka dan jahitan pada muka lebih menyakitkan berbanding bahagian lain kerana kulit pada muka lebih sensitif.
Menerusi info laman Public Health, wajah kita ini ada ketumpatan hujung saraf yang lebih tinggi berbanding bahagian badan yang lain. Sebab itu bahagian wajah perlu dibelai dengan lemah lembut, bukannya menjadi punching bag.
Selain itu, kulit wajah lebih nipis dan lebih halus berbanding kulit di bahagian badan yang lain.
Ini menjadikan prosedur lebih tidak selesa untuk pesakit. Doktor perlu menjahit dengan sangat tertib untuk mengelakkan parut besar.
Kesakitan luka dan jahitan satu hal, parut wajah yang tinggal meninggalkan kesan emosi untuk mangsa.
Kalau Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Jangan Simpan Kerana Sayang
Bila ada berita melibatkan wanita dikasari sehingga ada kecederaan di wajah membayangkan betapa teruk sikap si pemangsa.
Apa tindakan yang perlu dilakukan?
Jika keganasan berlaku, Jangan sekadar viral atau berkongsi di media masa sahaja.
Mangsa boleh mendapatkan pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di hospital-hospital kerajaan yang terletak di wad kecemasan dan trauma.
Laporan polis juga boleh dibuat di hospital berkenaan. Di OSCC, doktor akan memberi rawatan untuk sebarang kecederaan dan juga akan mengumpul bukti yang boleh digunakan digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Jika keganasan berlaku, jangan simpan lagi kerana sayang. Jika ia pertama kali berlaku, ia pasti bukan yang terakhir.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuci wajah guna tomato, rahsia cantik Mas Idayu walau usia dah cecah 50 tahun. Minggu lepas berlangsung penuh meriah majlis perkahwinan Ratu Dangdut, Mas Idayu dengan pasangannya Muhammad Suffian Che Isa, yang turut dihadiri rakan selebriti kedua-dua pasangan berkenaan.
Setelah 16 tahun hidup sendiri, Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy bersedia untuk menerima insan lain dalam hidupnya.
Terpancar kegembiraan dan kejelitaan di wajah Mas Idayu yang memilih persalinan rona merah jambu untuk akad nikah dan rona putih untuk majlis resepsi bertema fairytale.
Walaupun usia sudah mencecah 50 tahun, tetapi Mas Idayu tetap kelihatan menawan dan tampil berseri-seri dengan persalinan pengantin.
Bergelar selebriti lebih dua dekad, penyanyi yang popular dengan lagu Senggol-Senggolan ini rupanya sangat menjaga kecantikan wajah sejak dari muda lagi.
Dalam satu perkongsian dengan Nona di TV3 dulu, Mas Idayu berkongsi petua lama menjaga kecantikan wajah.
Menurutnya sebaik saja habis sesuatu pertunjukan pentas, dia akan segera mencuci wajah daripada solekan yang dipakai sebelum itu.
Jika dia terlepas pandang perkara ini yang akan menyebabkan kulitnya menjadi bermasalah.Dan Mas Idayu juga lebih gemar kulit wajahnya sentiasa free dari mekap jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni.
Untuk menjaga kecantikan wajah pula, dia sangat gemar makan tomato mentah yang akan diratah begitu saja tidak kira tomato muda atau yang tidak berapa masak.
Selain itu dia juga turut manfaatkan tomato yang sudah masak dengan ramas dan menghancurkannya, kemudian disapu ke seluruh wajah. Amalan tradisional ini dilakukan setiap pagi dan telah dibuat sejak dia berusia belasan tahun lagi.
Mas Idayu lebih gemar menggunakan cara tradisional ini untuk merawat wajah tanpa menggunakan produk rawatan lain seperti suntikan botox atau vitamin C.
Walau Usia Dah Cecah 50 Tahun
Dalam perkongsian berkenaan, Mas Idayu turut berkongsi senaman dilakukan sebelum masuk tidur.
Senaman ini adalah dengan cara baring dahulu kemudian angkat kaki ke bawah punggung sedalam mungkin. kemudian tarik kaki kita ke bawah punggung sampai badan terangkat. Buat beberapa kali untuk hasil lebih efektif.
Sebelum majlis perkahwinannya juga, mas Idayu turut mengadakan majlis adat bersiram dan berinai di sebuah hotel sebagai persiapan sebelum menjelangnya hari bahagia Jumaat lalu.