Dalam kita asyik melakukan aktiviti ziarah di rumah sanak saudara atau sahabat handai, jangan lupa risiko boleh berlakunya jangkitan virus Covid-19.
Ini kerana kita tak tahu persekitaran itu selamat atau tidak, atau ada antara mereka yang bergejala.
Jadi sebagai langkah berhati-hati, perkongsian Dr Arisman ini boleh dijadikan panduan untuk mengelak diri dari mendapat jangkitan Covid-19 kala aktiviti kunjung-mengunjung raya.
Sebaiknya buat ujian kendiri dulu masing-masing sehari sebelum aktiviti kunjung mengunjung hari raya. Atau sebelum balik kampung jumpa ibu bapa kita yang dah tua. Jika positif, isolasikan cepat.
Kedua.
Dapatkan info atau ketahui mereka yang ada gejala demam, batuk dan selsema, sila rehat sahaja di rumah dan jangan keluar berkumpul atau beraya. Mereka yang ada gejala sebaiknya wajib pakai pelitup muka sepanjang masa di rumah.
Ketiga.
Kekalkan pakai pelitup muka apabila berada dalam ruangan sempit dan sesak.
Keempat.
Kita dah boleh bersalaman sekarang seperti biasa. Tetapi amalkan salam yang selamat. Apa dia?
Selepas bersalam, terus amalkan pakai hand sanitizer. So bawa hand sanitizer sentiasa. Sepanjang beraya tu, janganlah gosok mata, korek hidung, pegang bibir ke kerana kita tak tahu tangan kita ada virus atau tak. Kecuali anda pasti tangan benar-benar bersih.
Pastikan rumah anda bagus ventilasi apabila didatangi pengunjung tu. Bagaimana? Caranya dengan membuka tingkap dan pintu sepanjang masa. Kurangkan penggunaan aircond.
Keenam.
Lindungi mereka yang berisiko tinggi seperti ibu hamil, anak kecil, dan warga emas berpenyakit kronik. Caranya? Kekalkan amalan SOP misalnya jaga penjarakan selamat, pakai pelitup muka semasa bersembang.
Ketujuh.
Jangan cium bayi kecil jiran, anak saudara, anak kawan ke. Pegang-pegang tu bolehlah.. tapi pastikan letak hand sanitizer atau cuci tangan dengan sabun sebelum sentuh mereka ok.
Kelapan dan terakhir,
Adalah lebih bagus jika masih mengamalkan pemeriksaan suhu di pintu rumah hehe.. minta anak-anak kita periksa suhu depan pintu rumah sebelum pengunjung masuk. Ingat ya, kuman Covid masih ada dalam negara. Mencegah lebih baik dari merawat.
Menyesal kemudian tidak berguna.
Selamat menyambut hari raya. Stay safe semua. Assalamualaikum.
Berdepan dengan dugaan cukup besar dalam hidupnya menjadikan diri wanita ini cukup tabah.
Biarpun sedang diuji menderita kanser usus tahap akhir, namun jiwa Noor Hafizahani Mohamad Yusof cukup kuat dan kental.
Menerima dugaan demi dugaan yang dilalui dengan tenang sememtelah dia juga kini sedang menjalani rawatan paliatif untuk mengurangkan kesakitan dialami.
Dalam satu temubual oleh Sinar Plus, dia yang juga seorang suri rumah memberitahu kisahnya bermula selepas dijangkiti kuman pada bahagian betis Ogos 2018.
“Disebabkan semakin membengkak, saya terus mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Perlis.
“Pada masa itu, doktor pakar minta saya jalani ujian pap smear memandangkan kitaran haid saya tidak teratur. Saya juga sering sakit kepala, tumit kaki sentiasa berdenyut dan rasa nyeri pada bahagian abdomen,” katanya yang menetap di Felda Chuping, Kangar, Perlis.
Namun begitu, tatkala menerima satu panggilan dari klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi membuatkan kehidupan wanita ini berubah 360 darjah.
Masakan tidak, ketika itu pakar mengesahkan dirinya mengalami kanser pada dinding rahim tahap satu.
“Sebaik mendengar laporan kesihatan, saya terkedu dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Ketika doktor menyarankan untuk membuang rahim, saya merasakan dunia menjadi gelap gelita.
“Bagaimana saya tak sedih, bayangkan masa itu saya baru saja mendirikan rumah tangga, usia perkahwinan tak sampai setahun lagi. Memikirkan impian untuk memiliki zuriat punah, membuatkan jiwa saya kacau-bilau,” katanya penuh sebak.
Namun, atas nasihat doktor dan pujukan suami, suri hati kepada Mohd Shahriman Anuar, 41, itu akur dengan prosedur yang disarankan.
“Dalam tempoh dua tahun, saya sudah jalani empat prosedur rawatan kemoterapi dan 25 kali kitaran radioterapi yang memeritkan. Selain itu, saya juga sudah empat kali dibedah. Akhirnya pada awal Januari lalu, saya disahkan bebas kanser,” tambahnya yang mesra dipanggil Hani.
Namun begitu, kegembiraan itu hanya sementara apabila selepas dua minggu, muncul simptom baharu seperti kurang selera makan, sering muntah dan perut membuncit pula.
Keadaan tersebut membuatkan anak kelima daripada 10 beradik itu tidak tenang. Apatah lagi badannya semakin lemah dan mudah pitam. Adakalanya diserang cirit-birit dan sakit perut yang menyakitkan.
“Sekali lagi saya dapatkan rawatan di hospital. Selepas pemeriksaan endoskopi pada saluran usus, doktor mengesyaki saya ada kanser usus pula. Sakit yang datang berulang kali membuatkan saya tidak bermaya sehingga terpaksa bergantung kepada tongkat empat kaki.
“Kemudian ujian imbasan Computed Tomography ketiga pula dilakukan. Kali ini, pakar maklumkan sel kanser datang semula, namun kali ini dikesan pada rongga tisu di antara perut dan usus,” katanya sambil memberitahu, tahap barahnya sudah berada dalam kategori empat.
Perkhabaran itu nyata memberi tamparan pada Hani. Lebih mendukacitakan apabila doktor berterus-terang bahawa peluang untuknya sembuh tipis. Tambahan pula, tiada perubatan khusus yang dapat merawat kanser yang dideritainya.
“Saya berkurung lebih tiga minggu selepas mendengar itu semua. Saya menangis hampir setiap hari dan terbaring sahaja. Namun, secara tiba-tiba pada satu hari, hati saya bagai dijentik.
“Secara automatik, fikiran saya mengenangkan pengorbanan suami yang banyak bersusah payah sehingga sanggup berhutang sepanjang rawatan kanser saya. Hal itu membuatkan saya belajar untuk bersyukur,” katanya yang bangkit dengan membantu suaminya yang juga kurang upaya penglihatan menjalankan bisnes menjual nasi lemak dan kuih-muih.
“Jika ditanya, saya sekarang hanya bergantung dengan ubat tahan sakit, namun saya tidak putus-putus berdoa kepada YANG MAHA ESA supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup.
“Kadang-kadang rasa down juga kerana sakit ini bukan biasa-biasa. Namun, saya sentiasa berdoa dan mengharapkan keajaiban untuk kembali sihat seperti dahulu,” jelasnya dengan tenang.
Dia juga menerima ujian menimpanya dengan reda dan selagi berpeluang bernafas di muka bumi, akan dicekalkan hati kerana mungkin terdapat ganjaran bermakna yang menanti di alam abadi.
Buat apa beli baru kalau anda tahu rahsia nak hilangkan kesan kunyit pada blender lama, benda boleh cuci dan jimatkan duit. Jom cuba beberapa tip menarik ini!
Bagi anda yang suka kisar kunyit guna blender, pasti menghadapi masalah ini. Sakit mata dibuatnya, itu yang beli baru. Tetapi sebenarnya ada cara anda boleh gunakan untuk menghilangkan kesan kunyit pada blender di rumah supaya kembali kelihatan baharu.
CARA PERTAMA
-2 sudu makan cuka, 1 cawan air panas
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam blender anda. Biar selama 2-3 minit.
2.Kemudian anda blend campuran air panas dengan cuka tu beberapa kali sampai hilang kesan kotoran pada mata blender.
3.Akhir sekali, anda bilas dengan air panas dan keringkan.
CARA KEDUA
-3 sudu makan beras, 1 biji limau nipis, air secukupnya.
1.Anda potong limau nipis tu kecil- kecil.
2.Masukkan ke dalam blender bersama air dan beras.
3.Blend campuran bahan tadi selama 15-20 saat.
4.Tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan bilas blender sampai bersih.
5.Hampas limau dan beras tadi tu anda boleh guna untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender.
CARA KETIGA
–Baking soda dan cuka
1.1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.
2.Masukkan dalam blender dan letakkan secawan air.
3.Gosok menggunakan span pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan sebanyak beberapa kali.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.