Baru-baru ini seorang penyanyi lelaki telah diserang kudis herpes di kawasan bibir hingga menyebabkan dia sukat untuk menynyi, makan dan bercakap.
Rupanya sudan lama dia menghidap masalah ini dan turut menerima penyakit sama juga adalah kakaknya.
Penyakit ini bagaimanapun tidak kerap menyerangnya jika dia makan ubat antibiotik sehingga habis dan mengelakkan tekanan.
Dalam satu artikel di Harian Metro Pengamal Perubatan Seksual dan Reproduktif U.n.i Klinik TTDI Dr Ahmad Ramdan Zainordin memberitahu lebih lanjut mengenai penyakit ini yang disangka hanya menyerang alat kelamin.
Dr Ahmad Ramdan berkata, kudis herpes ialah jangkitan kulit disebabkan jangkitan virus Herpes atau Herpes Simplex Virus (HSV).
Menurut Dr Ahmad Ramdan, ada dua jenis virus herpes yang menyebabkan kudis herpes iaitu Herpes Simplex Virus jenis 1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Virus jenis 2 (HSV-2).
“HSV-1 lebih kerap membabitkan jangkitan pada mulut dan bibir, tetapi ia juga boleh menjangkiti alat kelamin sebagai penyakit kelamin.
“Manakala HSV-2 lebih khusus membabitkan jangkitan pada alat kelamin.
“Kebanyakan pesakit yang dijangkiti herpes tidak bergejala, malah mereka tidak pernah mengetahui dijangkiti,” katanya.
Ads
Dr Ahmad Ramdan berkata, gejala herpes yang jelas adalah seperti ruam, lepuhan, gelembung air yang pedih dan ulser.
Kata Dr Ahmad Ramdan, gejala ini boleh berlaku dalam mulut, bibir atau alat kelamin. Individu yang dijangkiti turut mengalami demam, badan lesu dan bengkak kelenjar limfa.
“Jangkitan herpes berlaku melalui sentuhan secara langsung dan kontak kelamin melalui aktiviti seksual. Contoh sentuhan secara langsung ialah ciuman, aktiviti kelamin seperti seks oral, vagina dan dubur.
“Malah, geselan antara alat kelamin juga berisiko dijangkiti herpes, meskipun tanpa penetrasi. Herpes tidak berjangkit melalui peralatan seperti sudu, cawan, tuala dan lain-lain,” katanya.
Ditanya mengenai individu berisiko dijangkiti virus herpes, Dr Ahmad Ramdan berkata, sesiapa sahaja berisiko menghidap penyakit berkenaan.
“Malah, bayi juga boleh dijangkiti herpes jika bayi itu lahir daripada ibu yang dijangkiti herpes pada alat kelamin.
“Oleh kerana kebanyakan individu yang dijangkiti herpes tidak bergejala, ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjangkiti orang lain.
Ads
“Herpes masih boleh menjangkiti orang lain kerana virus ini terus membiak (viral shedding) meskipun tidak bergejala,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, penyakit herpes boleh dirawat, tetapi tidak boleh disembuhkan.
Ini kerana, virus itu akan kekal dalam badan seseorang yang dijangkiti seumur hidup.
Katanya lagi, tidak semua yang dijangkiti herpes mengalami gejala kudis herpes.
“Jika mereka bergejala, ubat antiviral akan diberi untuk mengurangkan rasa sakit dan memendekkan tempoh gejala.
Ads
“Kebanyakan pesakit hilang gejala dengan cepat jika rawatan diberi awal sebaik sahaja gejala bermula.
“Tetapi, jika gejala kembali muncul dengan kerap, rawatan antiviral akan diberi untuk masa yang lebih lama,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, oleh kerana penyakit ini sepanjang hayat, tidak mustahil ada pesakit bimbang mengenai bahaya jangkitan itu.
“Jangkitan herpes tidak membawa maut atau menyebabkan masalah kesihatan lain yang serius.
“Namun, gejala jangkitan ini boleh mengganggu kehidupan seharian kerana kudis mencetuskan kesakitan dan rasa pedih,” katanya lagi memberitahu kudis herpes ini boleh dirawat dengan pemberian ubat antiviral, bukan antibiotik.
Kopi ni bukan hanya famous di Malaysia, ia juga terkenal di seluruh dunia.
Sebenarnya kebaikan kopi ni ada banyak, tapi hari ini saya nak tekankan 3 sahaja tentang kebaikan kopi yang saya rasa boleh membuka minda setiap penggemar kopi “o” tanpa tambahan gula, sweetener dan creamer.
1. Kopi membantu meningkatkan tenaga dan menjadikan kita lebih fokus.
Kandungan caffein yang ada dalam kopi sangat membantu memberikan tenaga segera dan mengurangkan rasa penat. Ia akan meningkatkan kadar dopamine dalam badan.
Selain itu, kajian juga menunjukkan kopi dapat membantu meningkatkan fungsi otak termasuk memori, mood, rasa segar dan baik untuk fungsi mental.
2. Kopi juga sangat terkenal dalam kalangan orang yang nak turunkan berat badan.
Yes memang betul caffein memang dijumpai dalam kebanyakan “fat-burner” supplement. Ia merupakan salah satu kandungan semulajadi yang terbukti membantu proses pembakaran lemak.
Selain itu, banyak juga kajian yang menunjukkan kesan caffein boleh meningkatkan kadar metabolism sebanyak 3-11%.
3. Kopi membekalkan kadar antioksidan yang sangat impressive.
Apa yang menariknya tentang kopi ni, ia boleh membekalkan antioksidan yang baik. Tapi kalau nak dapat manfaat yang lebih baik pastikan cukup pengambilan sayur dan buah dan jadikan kopi sebagai minum petang atau pre workout drink
Walaubagaimanapun, pengambilan kopi tidak boleh diambil secara berlebihan, sebab jika kadar caffein terlalu tinggi ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, anxiety dan insomnia.
Skipping Rope Dah Ada Tapi Pandai Lompat Tak Tu? Nah, Baca! Pedas atau tidak, anda kena terima hakikat soalan ini. Kalau asyik simpan saja skipping rope, memang tak berbaloi beli.
Nak-nak anda yang sudah berazam nak buang lemak, apa kata anda cuba betulkan cara untuk dapatkan kepuasan. Sebab kalau silap gaya, anda cepat penat. Hilang minat nak melompat berterusan, serius!
Cara Guna Skipping Rope
Ini perkongsian daripada @nAiskin_ tentang menggunakan skipping rope dengan betul, jom kita betulkan untuk turunkan berat.
Menerusi ciapannya, “Tak apa awal-awal memang asyik berbelit tali dekat kaki sampai rasa give up dah tapi kalau kita praktis tiap hari, paling ‘busuk’ pun sebulan lah berbelit kaki. Masuk bulan kedua dah ‘pro’.”
Kita nak kongsi tips sikit untuk beginner.
1. Cuba melompat sampai 1-5 minit utk setiap sesi. Dah penat stop kejap lepas tu sambung balik (sampai yang terdaya nak lompat untuk hari itu)
Reti lompat tak tuuuu?
Bolehlah sikit-sikit. Takpe awal-awal mmg asik berbelit tali dkt kaki sampai rasa give up dah tp kalau kita praktis tiap hari paling ‘busuk’ pun sebulan lah berbelit kaki. Masuk bln kedua dah ‘pro’ 😋
— Let’s Cantik Together!❤️ (@nAiskin_) June 17, 2020
2. Untuk elak bosan, cuba lompat dengan macam-macam gaya (boleh refer video atas) contoh: 1 minit basic jump,1 minit front back jump, 1 minit one leg jump.
3. Pakai stokin dan kasut supaya kaki selesa nak pijak dan untuk elak kecederaan pergelangan kaki.
4. Pandang depan supaya lebih focus dan yakin.
5. Landing guna kaki depan (menjinjit) bukan guna seluruh tapak kaki atau tumit.
6. Elakkan melompat terlalu tinggi (nanti penat lebih dan takut tersalah landing guna tumit sakit)
Okay cukup ni saja dulu tips, nanti kalau free kita sambung lagi.
Siapa yang dah ada skipping rope, jangan malas lompat ya.
Jangan sayang sangat lemak tu, kata nak slim! Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua pesakit yang positif Covid-19 ditempatkan di pusat kuarantin. Jika keadaan pesakit tidak terlalu serius mereka hanya dinasihatkan untuk kuarantin sendiri di rumah selama 10 hari.
Oleh kerana kuarantin sendiri di rumah menyebabkan masa yang ada dihabiskan untuk menonton TV sambil mengunyah makanan.
Keadaan ini pastinya akan menyebabkan pertambahan berat badan mendadak dek disebabkan makan tanpa henti sepanjang kuarantin. Bimbang penyakit lain pula yang datang disebabkan masalah ini.
Justeru perkongsian Pakar Pemakanan Syaza Nutritionist memberi tip pemakanan semasa kuarantin agar kekal sihat dan bertenaga. Boleh juga dipraktikkan di pusat kuarantin.
Tip Pemakanan Semasa Kuarantin
Pastikan ada jadual makan
Pilih snacking yang lebih sihat seperti buahan atau kekacang
Lebih elok dipotong dengan saiz lebih kecil
Jika buat pesanan makanan, pilih yang lebih berkhasiat seperti ayam bakar atau sandwich
Buat simpanan stok makanan lebih sihat untuk dimasak bagi kuarantin di rumah
Apa pun jangan lupa lakukan senaman untuk menjamin kesihatan tubuh badan
Amalkan juga diet suku-suku separuh yang lebih sihat
Tidur yang cukup dan bijak kawal stress supaya elak berlakunya masalah kemurungan