Viral baru-baru ini dikatakan biskut kraker kegemaran ramai, Hup Seng dikatakan mendapati bahawa 60 sampel biskut dan keropok yang diuji mengandungi elemen mendorong kanser, seperti glycidol atau acrylamide.
Ia susulan laporan hasil penemuan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) terhadap produk yang dihasilkan oleh pengeluar biskut terkemuka tempatan itu baru-baru ini.
“Kami percaya bahan cemar ini boleh dielakkan kerana menurut penemuan kami beberapa bahan dalam biskut ini adalah minyak sawit. Anda boleh meminimumkan bahan cemar sebanyak mungkin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HKCC, Gilly Wong Fung-han.
Badan pengguna itu juga mendapati sebanyak 40 peratus produk yang dianalisis mempunyai label nutrisi mengelirukan.
Ramai yang kecewa dengan dakwaan ini memandangkan sejak turun temurun sudah menjadikan biskut ini sebagai makanan tambahan yang sangat sedap dicicah dengan minuman panas.
Namun Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan, selain menepati kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan.
Ads
Menurut laporan Berita Harian Hup Seng dalam satu kenyataan berkata, sebagai pengeluar makanan yang bertanggungjawab secara sosial sejak 1958, kualiti dan keselamatan produk menjadi keutamaan tertinggi syarikat.
“Kami berterima kasih di atas keprihatinan anda terhadap laporan yang dibuat ke atas produk kami oleh HKCC.
Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terhadap siasatan mereka, jika diperlukan.
Ads
“Kami dengan ikhlas berterima kasih kepada pelanggan setia dan kakitangan di atas sokongan yang diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu tersebut, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu berkata siasatan awal mendapati premis kilang Hup Seng adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.
Ia juga mengatakan Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.
Ads
Jadi bagi peminat biskut kraker ini jangan risau untuk menjadikan ia makanan tambahan kerana selamat untuk dimakan pada bila-bila masa.
Jangan ambil remeh apabila anda merasa sakit-sakit pada bahagian ibu jari kaki. Mungkin ini petanda awal anda menghidap penyakit gout.
Malahan, jika ditanya apakah yang dirasa ketika gout menyerang? Jawapannya, bahagian yang terkena gout membengkak, panas, berdenyut-denyut sehingga sesetengah pesakit tidak dapat berjalan.
Di samping itu, gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita.
Gout Kerana Keturunan
Perlu ketahui, penyakit ini kerap terjadi kepada seseorang yang banyak memakan daging dan makanan laut, gemar minuman beralkohol dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, tidak dinafikan, sebahagian daripada masalah gout adalah disebabkan oleh faktor genetik.
Pembawa genetik ini mempunyai masalah dengan metabolisme asid urik dalam badan. Jadi, sesiapa yang mempunyai keturunan gout berkemungkinan lebih tinggi untuk mendapat gout sepanjang hayat mereka.
Siapa Yang Berisiko?
Gout berlaku dalam 1-2% dari jumlah populasi penduduk. Pada dekad ini, kejadian gout menjadi semakin biasa di kalangan penduduk. Ini dipercayai kerana peningkatan dalam fakta risiko seperti sindrom metabolik, peningkatan jangka hayat dan pertukaran diet yang diambil.
Dikatakan LELAKI dewasa adalah pengidap gout yang kerap berlaku berbanding dengan wanita dan kanak-kanak.
Lelaki – berusia 30 tahun ke atas.kerana gemar mengambil makanan seperti daging, makanan laut berlebihan, minuman beralkohol dan minuman bergula fructose yang meningkatkan paras urik.
Wanita – berlaku pada umur 50 tahun ke atas iaitu selepas menopause.
Punca Utama – Pemakanan
Sebanyak 12% dari kes gout adalah disebabkan oleh diet. Gout mempunyai kaitan yang kuat dengan pengambilan makanan seperti daging dan makanan laut, minuman yang beralkohol dan bergula fructose. Pengambilan makanan dan minuman ini akan menyebabkan peningkatan mendadak asid urik dalam darah seterusnya menyebabkan gout.
Bahagian Badan Yang Kerap Terjadi
– Sendi Metatarso-Phalangeal – Terletak pada pangkal ibu jari kaki. Ia adalah bahagian yang paling kerap berlaku serangan gout, di mana 50% kes gout berlaku pada sendi ini. Ia juga dikenali sebagai “podagra”.
– Bahagian lain yang seringkali terlibat adalah sendi buku lali, lutut, pergelangan tangan dan sendi-sendi halus pada jari-jari tangan.
– Manakala sendi pada kaki kerap mendapat serangan gout kerana suhu pada bahagian ini yang rendah pada waktu malam menyebabkan proses pemendapan kristal asid urik meningkat lebih tinggi atau disebabkan kemungkinan trauma fizikal minor yang lebih mudah berlaku pada bahagian ini.
Tanda-Tanda Gout
Seseorang yang mengalami gout apabila sendi menjadi sakit dan ia berlaku dalam tempoh 2-4 jam. Biasanya, ia berlaku pada tengah malam. Sendi-sendi yang terlibat ini menjadi teramat sakit, bengkak, kulit kemerahan dan sukar untuk digerakkan.
Tempoh Kesakitan
Kesakitan akibat serangan gout boleh berlarutan selama 5-7 hari, sekiranya tiada rawatan diberikan. Selepas itu, bengkak dan kulit kemerahan juga berkurangan apabila sakit menghilang.
Info: Sebanyak 60% dari pesakit gout ini akan mendapat serangan gout kali kedua dalam tempoh satu tahun.
Pantang Larang Pesakit Gout
Apabila seseorang itu mengalami gout, mereka dinasihatkan menggelak atau mengurangkan pengambilan daging dan makanan laut serta tidak mengambil minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.
Rawatan Yang Perlu Dilakukan
Dapatkan rawatan dengan berjumpa doktor. Doktor akan membuat diagnosis dengan mendapatkan sejarah penyakit, membuat pemeriksaan fizikal serta membuat ujian darah dan x-ray sekiranya diperlukan.
Selain itu, doktor akan melakukan Definatif diagnosis untuk gout dengan mengenalpasti kehadiran Kristal Monosodium Urate di dalam cecair synovial atau Tophi. Setelah dikenalpasti gout, pesakit akan diberikan ubat untuk mengurangkan simptom sakit pada sendi yang terlibat.
Rawatan Pemulihan
Rawatan yang diberikan oleh doktor dapat memulihkan pesakit seperti biasa. Dengan penggunaan ubat seperti NSAIDs, steroids dan Colchicine, ia dapat mengurangkan simptom sakit dan bengkak.
Apabila serangan akut telah reda, paras asid urik selalunya menurun melalui perubahan cara hidup dan untuk mereka yang selalu dapat serangan gout berulang, allopurinol atau probenecid boleh menghalang serangan gout untuk jangka masa panjang.
Komplikasi Penyakit Gout
Paras asid urik yang sentiasa tinggi untuk tempoh yang lama boleh menimbulkan simptomatologi lain atau komplikasi termasuk pembentukan bengkak pada sendi oleh pemendapan kristal asid urik yang dipanggil Tophi.
Tophi yang terlalu teruk boleh membawa kepada kronik arthritis dan kerosakan sendi disebabkan hakisan pada tulang. Paras asid urik yang tinggi juga boleh menyebabkan pemendapan kristal ke dalam buah pinggang sehingga menyebabkan pembentukan batu karang dan seterusnya masalah urate nephropathy (kerosakan fungsi buah pinggang).
Sendi Membengkok?
Sendi yang terkena serangan gout akan membengkak, kulit kemerahan dan pergerakan terbatas. Sendi tersebut juga terasa panas dan sakit apabila disentuh. NSAIDs, adalah ubat anti radang serta penahan sakit dan Colchicine, ubat untuk mengurangkan paras asid urik di dalam darah. Ubatan ini diberikan bagi melegakan simptom-simptom tersebut.
Selepas beberapa jam pengambilan ubat-ubat tersebut simptom sakit akan berkurangan, dan selepas beberapa hari bengkak, kemerahan dan rasa panas pada sendi tersebut turut berkurangan.
Setelah sakit dan bengkak hilang, sendi akan kembali normal dan boleh digerakkan seperti biasa. Pada masa tersebut pesakit boleh berjalan seperti biasa tanpa ada rasa sakit lagi pada sendi ibu jari kaki atau lutut.
Rawatan Alternatif
Memang terdapat banyak rawatan alternatif atau tradisional seperti ubat-ubatan herba yang terdapat di pasaran tetapi keberkesanannya berbanding dengan ubat modern tidak dapat dipastikan kerana tidak ada kajian saintifik mengenai penggunaan ubat-ubat herba kepada pesakit yang dilakukan ke atas pesakit.
Tip Sihat Untuk Pesakit
– Pesakit yang mendapat serangan gout perlu banyak berehat sambil mengangkat kaki dengan meletakkan kaki di atas bantal. Ini bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan sakit pada sendi kaki.
– Pesakit juga boleh menggunakan ais atau tuam sejuk untuk mengurangkan bengkak pada sendi.
– Pesakit juga digalakkan minum lebih banyak air kosong. Semasa serangan, elakkan dari memakan daging dan makanan laut, minum minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.
– Meminum kopi dan pengambilan vitamin c dan produk tenusu juga dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan gout.
Tip Sihat Elak Gout
– Amalkan cara hidup dan cara pemakanan yang sihat untuk mengelakkan dari mendapat penyakit gout terutamanya bagi anda yang mempunyai risiko keturunan.
– Anda digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin untuk mengekalkan kecergasan badan dan mengekalkan berat badan yang ideal.
– Mengambil makanan yang seimbang dan tidak mengandungi daging, makanan laut dan minuman yang beralkohol.
Sumber: Dr Bazam Abdul Rani, Consultant of Sportsorthopaedic & Arthroscopic Surgery, Knee, Ankle & Shoulder Surgeon, Kelana Jaya Medical Centre
Sejak akhir-akhir ini sering kita dengar kematian di kalangan kawan-kawan akibat serangan jantung secara tiba-tiba (sudden death).
Doktor selalu menasihati agar bersenam secara konsisten, jaga pemakanan, tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Tetapi, sejauh mana yang anda boleh lakukan untuk melindungi jantung?
1. Panggang daging
Anda tentu fikir daging panggang bahaya untuk kesihatan. Namun, sebenarnya anda salah. Daging mengandungi selenium dan vitamin B. 50 peratus lemak adalah jenis monounsaturated.
2. Tonton filem seram
Sebarang sebab yang menyebabkan jantung bergerak pantas adalah baik untuk kesihatan jantung.
3. Berlari indoor ketika jerebu
Berlari di luar dengan cuaca yang tidak sihat mengurangkan kemasukan oksigen dalam tubuh.
4. Serang kolesterol dengan lemak
Kajian mendapati lelaki yang berkolesterol tinggi dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 15 peratus dengan mengambil kacang macadamia. Ini keranan kacang ini sumber lemak monounsaturated.
5. Hakis depresi
Mereka yang menghadapi depresi dapat meningkatkan sakit jantung. Ayuh, buang jauh-jauh depresi dan tenamgkan diri.
6. Berdiam diri selama 20 minit
Mencari ketenangan diri dengan meditasi adalah baik bagi yang mempunyai sakit jantung.
7. Beli punching bag
Mereka yang dapat menyalurkan kemarahan di puching bag boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
8. Minum jus cranberi
Elok minum jus kranberi kerana dapat menurunkan kadar HDL koolesterol sebanyak 10 peratus.
9. Jangan tinggal sarapan
Mengambil sarapan adalah penting kerana boleh mengawal berat badan sebanyak 44 peratus.
10. Asid folik
Juga perlu mengambil asid folik untuk mengurang risiko serangan jantung. Sumber terbaik asid folik ialah asparagus, brokoli dan bijirin yang diperkaya.
11. Naik tangga
Bagi yang berjalan 5000 langkah setiap hari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
12. Ambil sayuran hijau
Sayuran hijau kaya dengan phytochemical yang baik untuk jantung.
13. Minum teh
Dua cawan teh sehari boleh mambantu anda daripada meninggal dunia kerana jantung. Sumber flavonoid dalam teh membantu peredaran darah.
14. Ukuran tekanan darah
Selepas bersenam adalah elok sekiranya boleh mengukur tekanan darah. Walaupun bacaan lebih tinggi tetapi baik untuk kesihatan.
15. Elak minum kopi
Kandungan kafein dalam kopi boleh meningkatkan tekanan darah hampir 4 poin.
16. Sertai kumpulan
Mengikut kajian wanita yang keseorangan cenderung untuk mendapat serangan jantung.
17. Pilih coklat gelap
Kandungan flavonoids dalam coklat gelap membantu saluran darah daripada tersumbat.
18. Elak garam
Mereka yang obes mengambil garam yang lebih dikatakan 61 peratus meninggal disebabkan jantung.
19. Ganda pengambilan sos tomato
Kandungan lycopene dalam tomato dapat mengelak penimbunan kolesterol dalam salur darah.
20. Ambil vitamin B
Setiap hari ambil vitamin B dalam pemakanan untuk merangsang jantung yang lebih sihat.
21. Makan tuna
Lemak omega-3 dalam tuna boleh membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan kadar tekanan dalam darah dan menghalang saluran tersumbat.
22. Tambah flaxseed dalam makanan
Flaxseed juga mempunyai peranan seperti lemak omega-3.
23. Berkayak
Kajian menunjukkan berkayak lebih baik jika dibandingkan dengan berlari. Ini kerana berkayak menggunakan lebih banyak pergerakan otot yang dapat menguatkan jantung.
24. Vaksin
Mengambil vaksin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
25. Minum air putih
Bagi yang minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
26. Makan grapefruit
Buah ini dapat membantu mengurangkan saluran darah daripada tersumbat.
27. Roti bawang putih
Bawang putih boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Antioksida yang tinggi dalam bawang putih membantu perkembangan ini.
28. Jeli beri biru
Buah beri biru kaya dengan sumber quercetin yang mempunyai antioksida yang tinggi sekaligus mengahalang daripada salur darah tersumbat.
29. Telur hancur
Ambil sarapan pagi dengan telur hancur untuk mendapat sumber betaine. Sumber ini baik untuk jantung yang sihat.
30. Ambil sumber kromium
Mereka yang mempunyai sumber kromium yang rendah dalam sistem badan cenderung untuk mendapat sakit jantung.
31. Tukar gula kepada madu
Madu mengandungi antioksida yang tinggi dan membantu mengelak salur darah yang tersumbat.
32. Berhenti dengan dua cawan kopi
Cukup hanya dua cawan kopi sehari untuk membantu jantung yang sihat dan kuat.
Nampak menarik petua cantiknya, wanita ini cuma menggunakan ais kiub tomato untuk rawat masalah kulitnya.
Perkongsian daripada Nurul Balqis ini, menjadi tular dek kerana mudah nak buat dan bahan pun memang ada di dapur. Berikut merupakan perkongsiannya:
Qis ade nak share satu tip yang qis dah amalkan sejak 6bulan yang lepas. Memang menjadi.
Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:
Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut Gelap bawah mata pon dah berkurang Kulit qis still glowing walau tanpa makeup Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dpat cegah kedutan) Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat. Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah. Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar kat bawah ni.
Silakan kalau nak share untuk simpan tip ni dan boleh tag rakan-rakan yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bawah mata, kulit berminyak atau yang dah giveup nak try mana-mana skincare.
Bahan-Bahan:
2 biji buah tomato
Mesin Pengisar
Bekas Kiub Ais
Cara Membuat:
1. Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.
2. Seterusnya, masukkan tomato yang dipotong kecil tadi kedalam mesin pengisar. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.
3. Kisar sampai hancur dan halus.
4. Kemudian, masukkan tomato yang dikisar tadi ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.
5. Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka anda.
Haaa.. mudah bukan? Selepas ini anda boleh siap-siap buat dan letak dalam peti. Bangun pagi, boleh terus sapu pada kulit wajah. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!