Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad yang kini sedang sarat hamil anak sulung berdepan dugaan apabila abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad, 35 tahun telah disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam tadi akibat serangan jantung.
Mohd. Attaful yang bertugas sebagai doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dipercayai mengalami serangan jantung ketika menjalani aktiviti berbasikal.
Perkongsian khabar duka ini dikongsi nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, itu menerusi Instagramnya, pagi tadi.
Uyaina dalam posting itu memberitahu dirinya seakan tidak percaya dengan pemergian insan kesayangannya itu memandangkan mereka baru meluangkan waktu bersama malam tadi.
Ads
Malah dalam pertemua terakhir itu, Allahyarham meninggalkan pelbagai pesanan berikutan keadaan dirinya yang sarat hamil dan bakal melahirkan dalam tempoh terdekat.
Lebih menyedihkan, luah Uyaina, tarikh pemergian abangnya bersamaan hari ulang tahun kelahiran ibu mereka, Siti Noor Farah Jaafar, hari ini.
Ads
Sebelum ini juga, Uyaina Arshad juga turut pernah dimasukkan ke hospital untuk seketika apabila disahkan pakar kardiologi mempunyai masalah jantung setelah membuat pemeriksaan.
Tanda-Tanda Penyaki Jantung:
Sakit Dada
Sesak Nafas
Keletihan
Terkadang Rasa Loya
Badan Berpeluh
Pitam/Pening
Jantung Berdebar
Kadangkala Sakit di Ulu Hati Sebagai Tanda Gejala Utama
Malah mungkin ada suara sinis yang akan mencadangkan agar pemakaian baju lebih besar atau longgar.
Namun, hakikatnya memilih saiz baju saja tidak memberikan sebarang impak positif buat mereka yang menginginkan perut rata.
Jangan cepat mengeluh dan bersedih, ada banyak kaedah-kaedah yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
Kalau tak banyak, dapat kurangkan sikit perut buncit pun tidak mengapa. Bila perut kempis, pastinya penampilan anda akan kelihatan lebih muda dan bergaya bak anak dara.
Tidur membantu sistem dalaman tubuh mendapatkan rehat yang cukup untuk menggantikan sel-sel badan yang telah rosak. Bila cukup tidur, sistem saraf, pengeluaran hormon, dan metabolisme kita juga akan berada pada tahap optimum dan akan menjadi lebih cergas.
Air limau sangat bagus diminum sejurus bangun pagi dan setiap kali lepas makan. Ini membantu fungsi hati untuk mengelakkan lemak terbentuk di pinggang. Air limau boleh meningkat enzim yang membantu proses nyahtoksik hati kita supaya berfungsi dengan lebih efektif.
Berpuasa juga salah satu kaedah untuk ‘nyah’ toksik hati. Amalan berpuasa dikatakan antara teknik mengempiskan perut yang paling berkesan. Lagipun, ini lebih mudah daripada kita merancang diet yang mungkin tidak mampu kita ikut.
Kebanyakan orang tahu, halia membantu untuk membuang angin dalam badan. Amalan teh halia dapat membantu proses pencernaan secara semulajadi tanpa bantuan suplemen atau ubat-ubatan. Bila rajin minum teh halia, ini meningkatkan suhu badan dan membantu proses pembakaran lemak terutama pada bahagian perut.
Pernah tak terasa macam kembung perut selepas makan ‘fast food’ atau makanan masin? Makanan yang tinggi natrium boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. Ya, inilah yang menyebabkan perut kita buncit. Garam berlebihan juga menjadi punca kegagalan jantung, strok, dan kanser usus. Makan atau minum terlalu banyak benda manis pula akan meningkatkan kadar insulin dalam badan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan perut kita.
Setiap senaman tu ada fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan beberapa jenis senaman yang sesuai dibuat untuk mengempiskan perut.
Badan mungkin cantik atau dikategorikan kurus, tetapi kebanyakannya hampir pasti memiliki masalah sama iaitu lebihan lemak di perut, paha dan lengan.
Apabila sebut tentang senaman, ramai yang akan memberi alasan tidak ada masa atau terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan melayan keluarga di rumah sedangkan jika benar-benar kuat semangat, mereka boleh mencuri masa 10 hingga 15 minit untuk melakukan sedikit senaman terutama untuk mengurangkan lebihan lemak di pinggang dan belakang yang menonjol.
Lemak yang ‘terkeluar’ daripada pinggang seluar saat anda menyarung seluar jean, boleh mencacatkan penampilan dan keyakinan diri. Akan timbul juga ketidakselesaan jika perut dijerut ketat terutama ketika duduk.
Terdapat pelbagai cara praktikal yang berkesan untuk membakar lemak di bahagian ini namun di samping senaman, dua perkara ini harus dilakukan bagi mendapatkan tubuh idaman.
Jika anda sering berasa tertekan, ada kemungkinan tekanan menyumbang kepada dorongan untuk makan lebih dan menambah simpanan lemak di perut. Ini kerana apabila tahap kortisol yang tinggi terdapat di dalam badan anda, ia boleh meningkatkan jumlah lemak viseral contohnya di perut. Kita tidak boleh menghilangkan tekanan secara keseluruhan, tetapi cari cara atau aktiviti yang membuatkan anda relaks dan tenang.
Makan secara sihat. Diet sama penting dengan regim senaman yang anda lakukan apabila anda mahu menyingkirkan lemak di perut, pinggang, paha dan lengan.
Ambil makanan dalam saiz hidangan sewajarnya. Jika ada banyak pilihan makanan yang ingin dinikmati, kurangkan saiz hidangan. Kurangkan juga kuih dan kek yang kaya dengan lemak. Jika berkeras mahu makan, cukup sekadar makan satu atau dua gigit untuk memuaskan rasa teringin.
Amalkan menu pemakanan yang lengkap dan seimbang. Pastikan keperluan badan seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral dipenuhi. Banyakkan menggigit buah dan nikmati sayur agar tubuh memperoleh cukup serat.
Jangan makan hingga perut benar-benar penuh sehingga menyebabkan anda malas bergerak. Sebelum makan, minum banyak air putih agar perut sedikit terisi supaya makan sekadar perlu.
Setiap wanita pastinya mahu sentiasa tampil cantik dan kalau boleh mahu kekal awet muda biarpun setiap tahun usia makin bertambah.
Pelbagai cara dilakukan dan salah satunya menggunakan petua tradisional. Cara yang lebih mudah, jimat dan selamat.
Seperti perkongsian Habibah Badar Bajraj yang memberitahu petua untuk kekal awet muda tanpa keluarkan kos yang banyak.
Hanya menggunakan perahan limau kastrui atau yang dibuat ketulan kiub kecil dan diamalkan minum setiap hari.
Korang. Pernah dengar tak istilah muka yang tak di mamah usia? Ala. Bahasa senang dia, awet muda.
Sapa kata, nak nampak muda kena keluar banyak belanja?
Eh. Korang tak yah la nak cucuk cucuk botox tanam tanam susuk. Salah cucuk, kang muka korang jadi tegang macam kain linen letak kanji. Orang tengok pun lari.
Ini ha. Kak Bib nak bagi satu petua biar muka nampak muda. Guna limau kasturi jek woih!
Yaaa. Limau kasturi yang korang selalu pandang sepi tu. Yang korang sanjung tinggi time nak buat sambal belacan jek.
Cara dia, senang sesangat. Perah agak agak 2 biji limau kasturi dalam satu gelas air. Baca bismillah, selawat, minum. Khalas. Tu saja.
Eh, sambil pejam mata pun boleh buat.
Jangan tambah gula tau. Minum gitu jek. Kalau tambah gula, muka awet muda, tapi penyakit lak berjela.
Nak lagi senang, korang perah lebih. Letak kat bekas air batu. Bekukan dia. Bila bila nak guna, ambik jek seketul, campak dalam satu gelas air.
Kalau korang nak tau, limau kasturi ni ada #anti_oksida yang luar biasa tau.Kadar phloretin dia lagi tinggi dari teh hijau.
Pastu, dalam limau kasturi ini jugak, ada asid ferulik. Ha, ini la bahan yang buat kulit korang macam muda remaja. Dia boleh hilangkan kedut kedut kecik kat kulit.
Baca betul-betul. Kedut kedut kecik. Kalau kedut yang dah macam kertas ronyok, korang gosok pakai seterika pun tak berkesan dik.
Jadi, kalau bercita cita nak awet muda, jom ler mula dari sekarang.
Kalau nak #kurus pulak, try resepi yang Kak Bib share semalam. Muka awet muda, pinggang ala kerengga.
Peningkatan kes penularan Covid-19 yang tinggi kini amat membimbangkan kita. Setiap hari dikatakan ada saja bas yang akan datang membawa pesakit yang sah positif di pusat kuarantin.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma, Dr Alzamani Mohammad Idrose memberi peringatan serta nasihat bahawa peranan kita sangat besar bagi memutuskan rantaian jaringan Covid-19 ini.
Hadamkanlah peringatan yang diberikan ini agar kita tidak leka dan sama-sama membantu bagi memerangi wabak yang boleh membawa maut ini.
Kini setiap hari ‘sebuah bas’ masuk gaung dan semua penumpangnya mati. Setiap hari sekitar 50 orang mati akibat Covid-19 di Malaysia.
Petugas rumah mayat inilah yang menghantar mayat-mayat itu untuk dikebumikan. Ahli keluarga hanya boleh melihat dari jauh. Tiada kucupan terakhir untuk selamat tinggal ke alam barzah. Hanya doa yang dititip dari jauh. Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat Covid dari anak atau menantu yang berziarah.
Dalam pada itu, ada ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila makan, berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja. KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM.
Tambahlah katil hospital banyak manapun, tetapi kalau anda tidak menghentikan malah menambah kes-kes Covid ke hospital dari SOP anda yang ke laut, semuanya tidak pernah akan cukup untuk anda
Semuanya hanya akan berhenti apabila anda melihat diri sendiri, berhenti menyalahkan orang tetapi menyalahkan diri sendiri.
Jangan percaya dakyah antivaksin yang suka mengeliru dan menyesatkan anda dengan slogan ‘Ikut SOP adalah mengikut telunjuk Yahudi’ kerana merekalah yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli.
Daftarlah untuk divaksin. Ianya satu-satunya jalan keluar kita dari pandemik ini. Jika 80% kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus boleh buka mask pun seperti di sesetengah negara yang siap divaksin pada kadar ini.
Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat ikut SOP.
Cukuplah.
Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini. Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital – ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.
Peranan anda dalam menentukan menang atau kalahnya perang ini teramat besar. Untuk menentukan sama ada ‘bas’ terus masuk gaung setiap hari atau tidak.
Bukan kami di hospital. Bukan mereka yang membantu kebumikan mayat keluarga anda.
Tetapi anda. Anda saja boleh menangkan dan anda saja yang boleh kalahkan pertarungan kita dalam perang virus ini.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.