Setiap tahun usia kita akan bertambah. Biarpun kata orang apa ada pada usia, tetapi menjengah ke angka 30-an, banyak perkara termasuk ujian kesihatan perlu diambil kira.
Ketika usia beginilah, kita perlu menitik beratkan soal kesihatan kerana pencegahan awal itu penting bagi mengelakkan berlakunya masalah nanti.
Jadi anda sangat digalakkan untuk melakukan ujian saringan secara berkala di klinik atau hospital bagi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan terkawal.
Terdapat banyak ujian perubatan yang disyorkan untuk dilakukan pada usia awal 30-an. Biasanya merangkumi segalanya daripada tekanan darah sehingga pemeriksaan pergigian.
1. Pemeriksaan tekanan darah dan kolesterol
Kesihatan jantung amatlah penting dan usia 30-an adalah masa yang tepat untuk kita memastikan sistem kardiovaskular berada dalam keadaan baik.
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan agar semua orang dewasa berusia lebih daripada 20 tahun memeriksa tekanan darah mereka setiap 2 tahun dan tahap kolesterol setiap 4 sehingga 6 tahun.
2. Pemeriksaan kulit
Ahli dermatologi mengesyorkan agar setiap orang menjalani pemeriksaan kanser kulit tahunan bermula pada usia 18 tahun.
Kebanyakan individu menunggu sehingga mereka berusia lebih tua untuk mendapatkan pemeriksaan kanser kulit, tetapi barah ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Ini kerana melanoma adalah barah kedua yang paling kerap didiagnosis dalam lingkungan usia 15 sehingga 19 tahun dan merupakan kanser yang paling kerap berlaku kepada pesakit berusia 25 sehingga 29 tahun.
Dengan melakukan diagnosis awal, ia mampu membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik dan bekas luka yang lebih mudah dihilangkan.
3. Pemeriksaan HIV dan STI
Centers for Disease Control and Prevention mengesyorkan agar semua individu yang aktif secara seksual antara usia 13 sehingga 64 tahun harus diuji dengan ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa mengira faktor risiko.
Ads
Bagi individu yang mempunyai aktiviti seksual berisiko lebih tinggi pula, mereka disyorkan untuk melakukan ujian setiap 3 sehingga 6 tahun.
Sekiranya anda aktif secara seksual dengan sering bertukar-tukar pasangan, dinasihatkan juga untuk melakukan ujian jangkitan kelamin seperti klamidia dan gonorhea setiap tahun, terutama bagi para wanita di bawah usia 25 tahun.
Jika dibiarkan, klamidia dan gonorhea yang tidak dirawat dapat merebak ke bahagian pelvis dan menjangkiti rahim, tiub fallopio, dan ovari, yang mampu menyebabkan kemandulan.
4. Pemeriksaan kanser kolorektal
Pemeriksaan kolorektal mampu menjadi pengalaman yang agak kurang menyelesakan bagi segelintir individu.
Walau bagaimanapun, kolonoskopi boleh menjadi ujian yang sangat penting untuk dilakukan oleh lelaki dan wanita kerana para doktor akan merujuk pemeriksaan ini sebagai pengesanan awal kanser usus.
Antara faktor risiko termasuk sejarah keluarga yang mempunyai kanser kolon, masalah kronik seperti sindrom iritasi usus (IBS), atau tabiat merokok.
5. Ujian pelvis (untuk wanita)
Bertemu pakar sakit puan adalah penting untuk kesihatan seseorang wanita, terutama pada usia remaja dan awal dewasa.
Ads
Untuk mengekalkan kehidupan yang sihat, amat penting bagi wanita berusia 21 tahun ke atas untuk menjalani ujian pelvis dan pap smear setiap 3 tahun untuk mengesan kehadiran kanser.
Tidak kira sejarah seksual, wanita berusia 21 tahun ke atas harus menjalani pap smear setiap 3 tahun. Ia membantu dalam mencari tanda-tanda kanser serviks.
Di samping itu, para wanita turut harus melakukan pemeriksaan kanser payudara dengan menjalani pemeriksaan klinikal dan pemeriksaan mamogram.
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap barah payudara, doktor akan memeriksa untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk menghidap jenis barah yang lebih berbahaya berkaitan dengan gen tertentu (BRCA1 atau BRCA 2).
6. Pemeriksaan mata
Walaupun anda masih muda dan tidak mempunyai faktor risiko penyakit mata, namun anda perlu menjalani pemeriksaan mata.
Persatuan Optometri Amerika mengesyorkan untuk melakukan pemeriksaan mata dan penglihatan yang komprehensif setiap 2 tahun sekali antara usia 18 dan 39 tahun.
Sekiranya anda belum pernah melakukannya, usia 30-an adalah masa yang tepat untuk membuat janji temu dengan pakar oftalmologi atau pakar mata.
Mata juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan di bahagian lain badan anda.
Ads
Pemeriksaan ini juga mampu mengenal pasti masalah kesihatan lain yang tidak berkaitan dengan mata seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, atau kanser.
7. Pembersihan gigi
Senyuman menawan dilengkapi dengan susunan gigi dan kesihatan mulut yang baik. Jadi, cara terbaik untuk mengekalkannya adalah melalui lawatan ke klinik gigi secara konsisten.
Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan agar orang dewasa menjalani ujian sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Tambahan itu, pemeriksaan gigi pada usia 30-an adalah sangat penting kerana doktor gigi akan dapat mengenal pasti sebarang kerosakan atau penyakit gusi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut yang teruk pada kemudian hari.
Semakin meningkat usia kita, semakin banyak perhatian yang harus ditumpukan terhadap kesihatan.
Dengan melakukan ujian saringan kesihatan secara konsisten dan berkala, sebarang komplikasi kesihatan yang serius pasti akan dapat ditangani dengan lebih baik.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, sudah tiba masanya kita menjadi lebih proaktif untuk mengambil cakna dan menjaga kesihatan demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
Anda tahu tak apa tanda-tanda kulit minta tukar skincare yang baru? Haaa… bukan senang nak cari produk yang serasi dengan kulit, malah kadang kalau beli seolah-olah tidak berfungsi langsung.
Lagi teruk ada yang sampai jeragat dan jerawat makin meriah! Akhirnya anda terpaksa cari skincare baru.
Sebenarnya, ini bukanlah 100% dari masalah produk. Perubahan pada kulit mungkin menjejaskan keberkesanan produk, jadi pakailah skincare bagus macam mana pun tapi kulit tak boleh terima.
Untuk lebih selamat, anda kena kenal pasti jenis kulit dulu dan semak bahan setiap produk yang anda gunakan.
Ini tanda-tanda kulit anda kena tukar formula skincare yang baharu!
Kulit terlalu kering / terlalu berminyak
Kalau kulit terlalu kering dan anda pakai produk yang dibeli rasa makin kering, itu tanda tak sesuai dengan kulit. Begitu juga dengan masalah kulit yang terlalu berminyak, kalau pakai dan hasilnya makin berminyak, anda kena berhenti. Elakkan guna pencuci muka atau skrub terlalu kerap, ini akan membuatkan kulit berminyak lebih teruk.
Timbul kemerahan (gatal-gatal)
Kemudian kalau pakai skicare dan itu membuatkan kulit rasa gatal dan kemerah-merahan, anda jangan tersukan! Tanpa sedar anda mula menggaru dan mengakibatkan luka pada wajah. Sebaiknya elakkan dahulu menggunakan produk yang mengandungi retinoid, benzoil peroksida, alkohol, asid salisilik, pewangi, dan pengawet.
Hati-hati dengan milia
Jangan keliru jerawat dan milia! Muncul milia pada sekitar kulit anda, itu kesan sampingan terhadap pelembab yang anda guna. Ia terjadi apabila formula pelembab terlalu pekat atau berat untuk kondisi kulit. Jadi cuba tukar pelembab formula yang lebih sedikit atau ringan.
Kulit sensitif mudah gatal, merah-merah atau breakout. kena lebih peka dalam peminilhan produk. Jadi orang yang mempunyai kulit sensitif haruslah lebih teliti dalam pemilihan skincare.
Jika terlalu banyak bahan kimia yang merbahaya seperti hidrokuinon, merkuri, paraben dan tretonoin meresap pada kulit akan menjejaskan kesihatan kita.
Ini pula antara bahan yang membantu selesaikan masalah kulit:
Benzoyl Peroxide
Ini bahan yang lazim digunakan dalam kandungan ubat jerawat. Benzoyl Peroxide juga memberi kesan yang efektif dalam menghapuskan bakteria yang menjadi punca jerawat dan membuka pori – pori yang berpotensi menjadi jerawat.
Caffein
Mempunyai banyak manfaat kepada kulit.
Kesan ketara penggunaan caffein di wajah adalah merawat kulit bahagian mata seperti membantu mengurangkan ‘eyebag’ dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata yang dikenali sebagai ‘panda eyes’.
Ceramides
Merupakan asid lemak yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan manusia.
Namun begitu, kadar penghasilan ceramides oleh badan bergantung kepada umur seseorang dan akan berkurangan apabila umur meningkat.
Dengan mempunyai ceramides yang mencukupi dapat membantu memperbaiki skin barrier yang rosak dan menjaga kulit kita supaya tidak mudah dimasuki bendasing.
Jadi, skin care yang mempunyai ceramides adalah baik bagi memperkuatkan lagi skin barrier dan menjaga kelembapan wajah supaya tidak mudah kering dan iritasi.
Glycolic Acid
Berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati.
Penggunaan ‘chemical exfoliator’ mampu untuk menjadikan kulit lebih cerah dan menanggalkan sel sel kulit mati, termasuk alpha hydroxy acid (AHA).
Glycolic acid bertindak dengan cara memisahkan sel kulit mati dengan sel kulit baru dibawahnya.
Jadi pilihlah produk yang sesuai dengan masalah kulit anda, jangan ikut orang. Agak rasa makin teruk dan gatal-gatal, jangan paksa diri pakai lagi. Tukar terus dan rehatkan kulit daripada segala produk.
Nak lebih selamat, kaji bahan produk yang dulu. Cari yang ringan dan tiada bahan kimia yang tinggi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin atau Wan Noraafiza kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.
Menurut portal Astro Awani, Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.
Nora Ariffin Sesak Nafas
Dan suami kepada Nora, Dr Rushdi Ramli, menyatakan isterinya dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas.
“Mohan doa ikhlas dari semua,” kata Rushdi dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan sebentar tadi.
Difahamkan penyanyi berusia 50 itu dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad.
Apa pun, Rapi doakan moga Nora diberi kesembuhan dan cepat pulang ke pangkuan suami serta anak-anak tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya suaminya selalu bersenam bersama, patutlah Fasha Sandha dapat berat ideal dengan cepat dan berkesan.
Betul orang kata, kalau kita sedang bahagia dan selalu dapat sokongan suami, semua benda jadi mudah!
Sebab hakikatnya tak mudah nak nekad dan dapat semangat untuk istiqomah jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat. Nak-nak pula selepas kahwin dan punya anak-anak.
Suami Selalu Bersenam Bersama, Itu Cara Fasha Sandha Dapat Berat Ideal
Namun tidak bagi pelakon jelita, Fasha Sandha. Fasha sememangnya menjadi inspirasi buat para wanita terutamanya kerana berjaya mendapatkan bentuk tubuh ideal dalam tempoh singkat.
Kata Fasha, dia sangat bersyukur kerana suaminya sentiasa berada di belakang dan memberi sokongan terhadap apa juga keputusan yang diambilnya.
“Saya bersyukur kerana Aidil tidak pernah mempersoalkan atau merungut biar apa pun bentuk tubuh saya. Berisi ke kurus ke, Aidil sentiasa memberikan sokongan kepada saya.
“Lebih istimewa, dia yang melatih dan bersama-sama bersenam bersama saya. Dalam masa sama, kami berdua dapat meluangkan masa berkualiti sebagai suami isteri,” katanya.
Tidak lokek untuk berkongsi rahsia bentuk tubuh yang semakin langsing, kata Fasha, dia terpaksa menurunkan berat badan secara maksimum kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dia kurus mendadak.
Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia berjaya menurunkan 10 kilogram (kg) kerana mengamalkan diet pemakanan yang ketat selain baru saja selesai menjalani ibadah berpuasa.
“Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama bulan ini. Syarat dalam drama itu saya kena nampak kurus dan sudah menandatangani kontrak.
“Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya cuma makan ikan saja. Tapi, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa saja. Saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga, cuma pengambilan itu dalam kuantiti yang terkawal,” katanya.
Harap Dapat Kekalkan Cara Pemakanan
Fasha juga tidak mahu dilihat seperti orang sakit seperti yang dikatakan segelintir peminatnya dan mengawal bentuk badannya supaya tidak kelihatan terlalu kurus.
“Harap saya boleh kekalkan bentuk badan seperti sekarang. Takut juga lupa diri sebab saya senang naik berat badan sebenarnya,” katanya.
Bercerita mengenai keluarga, Fasha memaklumkan bahawa dia belum bersedia menambah anak kerana komitmen kerjanya bersama Aidil yang sudah terisi hingga tahun depan.
“Saya tahu Aisya mahukan peneman, cuma buat masa ini belum boleh lagi untuk menambah anak. Saya perlu melunaskan kerja dan begitu juga dengan Aidil.
“Nanti jika bercakap ada yang menganggap saya bermegah, cuma apa yang boleh saya katakan jadual kerja sudah terisi sehingga tahun depan. Insya-Allah sekiranya sudah selesai tanggungjawab, baru saya boleh memikirkan untuk menambah cahaya mata,” katanya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!