Berita baik buat kita semua apabila bakal menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi.
Namun yang menjadi keraguan berkenaan hukum penggunaan vaksin ini adakah dibolehkan mengikut hukum syarak.
Bagi mengelak sebarang kekeliruan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum penggunaan vaksin ini adalah harus.
Ini selepas mengambil ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.
Ads
“Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
“Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak,” katanya.
Beliau juga berkata garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.
Ads
Katanya lagi, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
“Ini bermakna kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal mac. Ia dapat meliputi lebih daripada 80 perarys atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022,” tambahnya lagi.
Rajin buat senaman runcingkan dagu, hasilnya anda dapat hilangkan masalah double chin yang mungkin nampak buruk bila duduk depan cermin. Nak-nak waktu gelak sakan, ketara nampak lemak di situ!
Jangan risau sebab ada rahsia yang terbaik menghilangkan masalah dagu berlipat iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut. Jom cuba!
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Anda akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Buat masker putih telur.
Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.
Minggu lalu sepasukan bomba telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tersekat kemaluan pada zip seluar selepas keluar dari tandas.
Dengan menggunakan peralatan khas usaha menyelamat ini berjaya dilakukan tanpa sebarang perkara buruk terjadi pada kejadian yang berlaku di Semporna Sabah.
Mengulas perkara ini, seorang Pakar Perubatan Kecemasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Ahmad Zakimi Abdullah memberitahu panduan menyelamatkan mangsa yang mengalami situasi begini.
“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.
“Nape ni cikgu?” Tanyaku. “Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.
“Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.
“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”
“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”
“Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar; 1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa. 2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit. 3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah. Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.
KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL 1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit. 2. Cuba buka zip perlahan-lahan. 3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit. 4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.
KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’ Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip (rujuk gambar ketiga) 1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty. 2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas. Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip (rujuk gambar keempat). 1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip. 2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.
KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima) Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar. 1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang sepertidalam gambar). 2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar). 3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap. Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan. Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit.
Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya. Dr Zek
Tidak sampai 10 hari Syawal bakal menjelang tiba. Walaupun hanya beraya di kediaman masing-masing, tetapi tidak membataskan seseorang itu untuk tampil cantik dan menarik.
Jika baju sudah terletak cantik di badan, pastinya wajah juga mahu disolek sebaik mungkin untuk merakamkan foto kenangan di pagi raya.
Bagi mereka yang tidak pandai bersolek, usah risau. Apa kata anda belajar saja teknik solekan mudah yang dikongsi oleh jurusolek popular tanah air Datuk Alha Alfa yang mana setiap hasil sentuhan akan menampilkan sisi wajah berbeza.
Memberikan beberapa look berbeza untuk anda cuba gayakan di majlis rumah terbuka (jika dibenarkan) raya nanti.
Menggunakan barangan daripada produk beliau sendiri, tutorial mekap ini sangat mudah untuk diikuti.
Memilih Amy Mastura, Fasya Sandha, Diana Danielle dan Ernie Zakry mewakili peringkat usia yang bersesuaian dengan kulit wajah.
Mengetangahkan gaya lebih stunning sesuai bagi mereka yang mahukan kelainan di hari raya. Memberi penekanan pada bahagia eyeliner yang agak tebal di bahagian hujung supaya mata nampak lebih sharp dan seksi.
Memberikan gaya rias kacukan dan vogue berkonsep natural redlipstick makeup look. sesuai untuk mereka yan supr berani dan mahu kelihatan seksi. Memberi penekanan melukis eyeliner halus agak panjang dibahagian hujung supaya mata nampak lebih lentik dan menawan. Dan paling utama mengoles merah cili pada bahagian bibir.
Mekap gaya ini untuk mereka yang ingin kelihatan muda semulajadi dan evegreen. Hanya memfokuskan melukis eyeline agak panjang di bahagian hujung supaya lebih sharp dan seksi. Juga memilih eyeshadow rona brown dan orange dibahagian kelopak dan bawah.
Memilih warna nude dan glitter untuk mekap gaya sebegini. Membuat sedikit kelainan, di mana bahagian kening dilukis satu-satu helaiannya mengikut trend terkini, supaya dapat merubah look asal. Dan diingatkan untuk oleskan di bibir, lipstik tidak terlalu terang.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.