Tidak dinafikan, sekarang ini kita berdepan dengan cuaca panas yang mana ada kalanya suhu mencecah 40 darjah celcius.
Keadaan ini akan menyebabkan kulit kita mudah terdedah kepada cahaya matahari dan menyebabkan jadi kering. Jika tidak dijaga sebaiknya boleh jadi kusam dan tidak bermaya.
Justeru, bagi mengekalkan kecantikan dan kelembapan kulit perlu merawat kulit dengan teliti dan jangan sekali diabaikan.
Tak perlu melakukan rawatan yang mahal di salon kecantikan cukup dengan ritual yang sederhana dan yang pasti kena konsisten.
Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra.
SERUM
Memang elok tidak pernah tinggal rutin menyapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur. Namun, kini sudah tiba masa menukar rutin harian itu. Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalur nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap.
Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.
Ads
CUCI TANGAN
Dalam situasi sekarang kebersihan tangan sangat penting bagi membina benteng kepada tubuh untuk mencegah virus COVID-19. Jangan lalai dan mengabaikan sikap membersihkan tangan walau di mana sahaja berada. Selain membenarkan kuman dan bakteria jahat masuk ke dalam tubuh, tangan yang tidak bersih juga jika disentuh ke kulit wajah boleh menyebabkan jerawat. Gunakan hand sanitizer untuk membantu mengusir kuman dan bakteria. Sebaik-baiknya guna sabun untuk membersihkan tangan.
BEDAK ASAS
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita asia.
KRIM MATA
Ini merupakan salah satu produk yang wajib ada untuk semua wanita. Kesibukan kerja pejabat ditambah pula dengan urusan rumah tangga membuatkan ramai wanita tidak mempunyai tidur yang cukup apatah lagi mendapatkan tidur yang berkualiti. Lingkaran kulit bawah mata sangat sensitif dan ditambah pula sering terdedah kepada cahaya matahari. Krim mata merupakan magis kepada setiap wanita bagi menyingkirkan lingkaran gelap di bawah dan paling penting mengelakkan kedutan atau garis halus di bawah mata.
Kita sering mendengar perkataan body butter tetapi tidak tahu apakah fungsi sebenarnya. Body butter adalah pelembap yang tidak mengandungi air dan jadi item cantik wajib dibawa dalam beg tangan . Pelembap jenis ini diadun antara minyak, butter (lemak padat) atau lilin. Oleh kerana tidak mengandungi air, body butter lebih likat dan umpama minyak yang membeku.
Wanita yang mempunyai kulit normal paling sesuai menggunakan body butter ini. Butter memberi sensasi kilau kepada kulit. Butter bukan solusi terbaik buat mereka yang mempunyai kulit kering kerana tiada kandungan air yang boleh membantu melembapkan kulit.
TEH HIJAU
Peminat teh pasti tahu ada berbagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksida tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
EKSFOLIASI KULIT
Regenerasi kulit berlaku 14 hingga 28 hari sekali namun apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari, cuaca tidak menentu dan berbagai bahan kimia, proses regenerasi menjadi tidak optimal dan perlu dirangsang dengan eksfoliasi. Eksfoliasi berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati yang tertinggal lantas menghasilkan kulit wajah lebih cerah dan lembut.
Ads
Penjagaan lebih mudah kini kerana terdapat produk yang membantu eksfoliasi. Pilih gel khusus untuk eksfoliasi agar selesa dan bersesuaian dengan kulit. Gosok lembut ke wajah dan bilas dengan air bersih sehingga sempurna. Boleh juga menggunakan bahan yang terdapat di dapur seperti kombinasi gula pasir dan madu. Campur satu sudu gula pasir dengan dua sudu madu. Sapu ke seluruh wajah dan setelah rata urut secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.
PELEMBAP BIBIR
Jika bibir kering dan pecah-pecah pasti mengganggu mood seharian. Kurang minum air dan cuaca sejuk melampau menjadikan bibir kering dan mengelupas. Cara paling mudah untuk memelihara bibir kering adalah pelembap bibir. Jika memilih pelembap bibir yang mengandungi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB adalah suatu bonus.
MINUM AIR SECUKUPNYA
Bila kulit wajah dan kulit bibir sudah mula mengering, cuba periksa minuman yang sering diambil. Adakah anda melebihkan kafein, air bergula atau minuman karbonat setiap hari berbanding air kosong? Jika minuman ini menjadi pilihan sukar untuk membantu mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas. Apa yang perlu dilakukan adalah minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.
KRIM CC
Color Correcting atau Complexion Corrector, lebih dikenali sebagai krim CC berfungsi untuk menyamarkan tona kulit wajah, melindungi kemerahan kulit dan menutup pigmentasi. Krim CC ini lebih sesuai digunakan oleh wanita matang kerana ia berupaya menutup permasalahan kulit wajah seperti tona kulit tidak sekata, garis-garis halus, kedut dan iritasi. Sifat krim CC yang kalis air dengan struktur rangkaian kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Keistimewaan krim CC ini tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.
Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.
TAK TIDUR TIGA MALAM TANDA INSOMNIA KRONIK
Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.
Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.
Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.
Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.
Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.
GANGGUAN MENTAL PUNCA SUKAR TIDUR
Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.
Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.
Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.
Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.
GEJALA INSOMNIA
1. Mengantuk pada sebelah siang.
2. Keletihan.
3. Mudah marah.
4. Sukar memberi tumpuan dan memori.
LANGKAH ATASI INSOMNIA
1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.
2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.
3. Elakkan tidur di siang hari.
4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.
Sekiranya tidak boleh tidur:
1. Baca buku.
2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.
Cukup hanya pakai skrub madu yang dicampur dengan beras pulut dan kunyit, wajah wanita ini kelihatan cantik berseri. Langsung tak ada cela di wajahnya, terpesona dengan hasilnya.
Bagi anda yang suka menggunakan bahan alami untuk penjagaan wajah, boleh cuba tip yang dikongsi oleh saudari Eleena Arif, sangat jimat dan berbaloi.
Skrub Madu + Beras Pulut + Kunyit
Tiba-tiba El rasa terlebih rajin harini nak kongsi dengan you guys satu tip cerahkan kulit kusam dengan hanya gunakan 3 bahan je.
Bahan pula senang je nak dapat pergi dapur confirm jumpa. Apa yang El suka pasal scrub ni sebab lepas pakai kulit El nampak lebih cerah pastu nampak bersih. Bila pegang tu lembut je.
Selalunya El akan pakai Scrub ni time malam sebab kalau pakai siang tak sempat nak tunggu 15 minit Farrel dengan Aldric suruh wash sebab geli muka jadi yellow.
Scrub kalau boleh jangan pakai kerap tau. Kalau boleh seminggu pakai 1-2 kali macam tu je tetapi tengok pada kulit masing-masing.
Okay ini bahan bahan yang diperlukan :
1. Beras pulut
2. Serbuk kunyit
3. Madu tak kisah jenama apa pun
Step pertama : Ambil sejumlah kecil beras pulut sangai di atas dapur sehingga perang. Kemudian tumbuk sehingga halus macam rasa pasir tu (rujuk video).
Step kedua : Campurkan dengan secubit serbuk kunyit, sikit je tau jangan letak satu sudu kang muka kuning El tak tau ya.
Step ketiga : Ambil 1/2 atau 1 sudu kecil madu bergantung pada serbuk beras tadi.
Step keempat : Gaulkan sampai rata, paste akan jadi pekat sebab ada madu so boleh titiskan air sikit jangan cair sangat. Kemudian boleh oleskan dekat muka.
Step kelima : Biarkan selama 15-20 minit, kemudian boleh cuci. Kalau boleh basahkan tangan dulu, kemudian scrub muka tadi untuk mudahkan proses scrubbing kita. Kemudian bilas.
Ok siap! Lepas cuci boleh lah letak toner atau moisturizer ke bergantung cara you guys nak macam mana.
Nampak muka basah sebab lepas je El cuci terus tangkap gambar. Jadi ini lah hasilnya
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan sangat asyik mengorek telinga guna cotton bud untuk membersihkan telinga terutama apabila selepas mandi.
Namun sebenarnya amalan ini sangat tidak elok diamalkan kerana boleh mendatangkan bahaya apabila gegendang telinga jadi pecah.
Perkongsian wanita ini Faridah Arshad yang melakukan tabiat ini selepas mandi rupanya mengundang padah.
Melalui perkongsian di aplikasi TikTok dia memberitahu kesan di atas perbuatannya menjadi punca mengakibatkan gegendang telinga pecah dan merasa sakit teramat sangat hingga tidak dapat tidur semalaman sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
Dia turut memberitahu mengalami tanda-tanda awal yang dia rasa sebelum benar-benar sakit adalah apabila dengar bunyi meletup di telinganya.
“Pada hari kejadian yang benda letup-letup itu macam bergerak mula rasa tak selesa. Saya korek dengan cotton bud sebab nak tahu.
Bila saya korek yang keluar bukan tah telingan tetapi cecair macam nanah. Saya pelik juga sebab keluar nanah tak sakit, saya korek lagi dan korek makin dalam.
“Malam itu tiba-tiba saya terdengar bunyi tup dalam telinga dan trus sakit sangat hingga tak boleh tidur. Sakit yang teramat sangat,” katanya yang terus berjumpa doktor dan menjelaskan kepadanya bahawa gegendang telinga pecah.
Oleh sebab itu dia telah dibekalkan dengan beerapa jenis ubat, namun Faridah akui telingannya masih ada nanah yang meleleh.
Malah dia terpaksa menyumbatkan kapas buat sementara agar cecair tersebu tidak terus keluar dari telinganya.
Disebabkan kejadian ini, dia juga turut menasihat kepada orang lain supaya tidak lagi menggunakan cotton bud kerana tidak mahu kejaian sama berulang pada orang lain.
Dalam hal ini lebh baik elakkan terus membersihkan telingan menggunakan cotton bud sebaliknya ikut saranan doktor dengan melakukan cara dengan mengalirkan air bersih pada telinga.
Ataupun dengan membeli ubat titis bagi melarutkan kotoran, boleh juga untuk lebih bagus membuat rawatan pembersihan bersama doktor yang profesional di klinik berdekatan.