Tidak dinafikan ramai yang menggunakan jalan pintas untuk kurus. Salah satunya pengambilan ubatan atau suplemen untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan.
Namun bagi wanita ini, telah membuktikan tanpa pengambilan ubat juga boleh mencapai berat badan ideal.
Bagi Azlina Aziz, dia yang mempunyai berat badan 70kg berjaya menurunkan sehingga 56kg dengan melenyapkan 14 kg dalam masa 6 bulan.
Pengambilan Pemakanan Seimbang
Tidak menggunakan cara terlarang sebaiknya mengutamakan pengambilan pemakanan yang betul bermula untuk makan pagi, tengah hari hingga malam.
Menurutnya dia nekad untuk berubah apabila sukar untuk bergerak disebabkan pertambahan berat badan ini.
“Apabila badan kita besar, memang payah untuk bergerak. Malah saya juga mula mengalami masalah lutut hingga sukarkan untuk bersolat. Oleh sebab itu saya nekad lakukan diet untuk mendapatkan berat ideal.
“Malah disebabkan berat badan naik ini juga sebabkan paras kolesterol juga turun naik. Ini juga jadi faktor untuk saya menurunkan berat badan.
Ads
“Apabila sudah berjaya turunkan berat badan, saya memang sangat gembira. Badan jadi ringan dan tiada masalah lagi ketika bersolat,” ujarnya yang mengambil masa 6 hingga 9 bulan dalam proses diet.
“Percaya atau tidak dalam 6 bulan saya hanya minum air masak tanpa gagal. Saya juga tolak terus pengambilan air manis. Daripada situ lagi cepat proses turunkan berat badan,” tambahnya lagi turut melakukan aktiviti hiking untuk senaman workout.
Berat sekarang.
TIPS DIET LYNDA Dari (70KG – 56KG) LOSS 14KG
Jadual Makanan Diet
Sarapan
– 8pagi-9pagi
– 5 sudu oat + 2 sudu nestum @
– 1 keping roti Wholemeal
– 1 biji telur hancur
– Air Green Tea (sis guna jenama Ahmad) – 250ml rendam dan minum tanpa gula
Snek
– 11pagi
– Buah Epal Merah 1 biji
Ads
Khasiat Buat Epal
1- Bernutrisi tinggi
2- Baik untk otak
3- Baik untk jantung
4- Mengurangkan berat badan
5- Mengurangkan risiko Diabetis
6- Melawan kanser
7- Membantu perkembangan tulang yg sihat
8- Bagus untuk perUt
Makan Tengah Hari
– 1petang – 2 petang
– Nasi besar
– Ayam Bakar@Ikan rebus@ikan panggang@sup ayam (bahagian dada)
– Sayur campur
– Kobis@kobis bunga@cendawan
Snek
-5 petang
– Buah Epal Merah 1 biji@
– Salad buah-buahan
Makan Malam
– 7 malam – 8 malam
– Telur 2-3 biji (ikut size telur)
– Sayur campur
– Seperti menu makan tengahari
– Green tea 250ml
Note:-
– Untuk Snek Buah-Buahan boleh ganti-ganti dengan buah yang lain
– Tembikai, Nenas, oren, Epal Merah, Anggur, Jambu batu, Betik, Kiwi, Buahan Beri dll..
– Sekiranya waktu tengahari tak mau makan nasi boleh gantikan dengan buah anggur. Buah anggur 20 biji bersamaan dengan sepingan nasi.
Benda Tak BOLEH makan:-
– Segala jenis mee, spaghetti, macaroni n pasta
– Segala makanan berunsurkan tepung Dan gula
– Elakkan sayur dari kekacang
– Segala jenis roti dan biskut (yeast)
Ekstra Info:
– Air kosong : 3 litre sehari
– Green tea : pagi dan sebelum tidur
– Setiap hidangan perlu makan sayur hijau untuk sembelit
Kata-Kata Semangat :-
– JANGAN pernah sesekali kata x boleh dekat diri kita sebab suatu ketika dulu I pont ckap benda yg sama pda diri sendri.. Belum Cuba belum tahu..
– SELAMAT MENCUBA HAMPA harap dengan Tips nie dpat membantu berat ideal hampa kat luaq sna.. Akhir kata ALL THE BEST GUYS dan Selamat Mencuba..
Suka melihat lakonan Riena Diana dalam drama Wanita Syurga, nampak kena dengan wataknya sebagai penyondol yang jelita.
Terpesona melihat kecantikannya, diakui pelakon ini hebat dalam lakonannya dan nampak sentiasa menitikberatkan penampilan.
Lihat sahaja gambar yang dikongsi dalam media sosialnya, anggun dengan berkulit cantik dengan sesekali tayang wajah tidak bermekap tebal.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Wajib Prep Muka Sebelum Bersolek!
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya ketika cuaca panas dan sibuk memenuhi jadual ayaya seharian, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau tengahari atau petang sikit nenek saya, akan ajak saya keluar baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama adalah duduk bawah kipas, atau air cond kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Begitulah rutin Riena Diana jaga kulit wajahnya, kalau anda pun berniat tak nak mekap tebal sebelum keluar, boleh lah ikut tip ini. Prep dulu wajah sebelum mekap!
Kurma antara yang makanan sunnah yang wajib ada sebagai stok di rumah sepanjang kita berpuasa.
Manfaatnya sangat besar kerana boleh membantu memastikan seseorang itu kekal bertenaga setelah seharian menahan diri makan dan minum.
Bagi mereka yang tidak mahu makan begitu saja, boleh mencampurkan kurma dalam hidangan bijirin seperti oats ataupun membuat jus kurma dengan campuran bahan lain.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu bagaimana caranya membuat jus kurma yang dicampur bersama madu. Menurutnya, jus kurma madu ini sesuai diminum sebelum mengambil makanan berat.
JUS KURMA MADU UNTUK TENAGA
Jom kita cuba jus kurma madu, untuk mendapatkan tenaga segera. Lepas minum jangan makan nasi dua pinggan nasi pula.
Sesuai dijadikan minuman sebelum solat maghrib, sebelum mengambil makanan yang lebih berat selepas solat.
Minuman ini lebih baik dari air kordial yang hanya mengandungi perasa kurma dan gula. Untuk mendapatkan nutrien yang banyak, ambil dengan serat kurma. Jangan dibuang.
Untuk mendapatkan pati kurma ada 3 cara. Pertama hanya rendamkan semalaman, cara kedua kisarkan dengan alat pengisar dan ketiga rebus.
Kemudian campurkan sedikit madu dan kacau. Kisar dengan alat pengisar jika menggunakan teknik rebus dan rendaman supaya halus. Jangan buang serat kurma.
Tuang dalam gelas
Boleh simpan dalam peti sejuk menanti waktu berbuka. Boleh dicampurkan sedikit ketulan ais atau hidangkan suam.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Ikuti perkongsianpengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
Sebelum workout, perhatikan dulu jenis makanan apa yang anda makan kerana jika tersilap boleh menyebabkan badan tidak menjadi seperti yang anda inginkan.
Mengambil makanan yang salah bukan sahaja boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan, sebaliknya boleh menghalang anda untuk mendapat hasil yang maksimum.
Oleh itu, sebelum workout pastikan anda tidak mengambil makanan-makanan ini jika tidak mahu usaha anda untuk membina otot menjadi sia-sia.
Siapa kata kaum wanita tidak boleh membina otot, cuba dulu baru tahu hasilnya.
1. GULA & MINYAK
Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum bersenam. Walaupun ia mampu memberi tenaga ketika peringkat awal anda bersenam, namun badan anda akan mula rasa lemah semasa pertengahan aktiviti senaman, sekali gus boleh menyebabkan pening kepala.
2. MAKANAN SEGERA
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan aktiviti bersenam.
3. MAKANAN TINGGI SERAT
Secara umum, makanan yang kaya dengan serat seperti pasta, roti gandum dan oat dapat membuatkan perut anda kenyang lebih lama. Namun sebelum bersenam, makanan tinggi serat ini perlulah dielakkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicernakan di dalam badan sehingga boleh mengganggu pencernaan. Ketidakselesaan ini boleh mengakibatkan timbulnya kembung, mual dan kekejangan perut yang boleh menghalang aktiviti senaman anda.
4. MINUMAN BERKARBONAT
Minum jenis ini sememangnya tidak berkhasiat dan sudah pasti ia tidak sesuai untuk diambil sebelum pra-latihan. Kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan perut kembung, kejang perut atau mual semasa bersenam.
5. MINUMAN TENAGA
Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga yang berlebihan boleh membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata. Ini boleh mengganggu rutin senaman dan pemakanan sehingga merosakkan impian anda untuk memiliki bentuk badan yang anda idamkan.
6. MAKANAN PEDAS
Makanan pedas perlu anda hindari sebelum bersenam kerana ia boleh menyebabkan terjadinya gangguan pada pencernaan ataupun pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, makanan pedas juga boleh meningkatkan kekejangan sekali gus memaksa anda untuk menghentikan latihan atau mempengaruhi usaha anda ketika bersenam.