Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Melihat kepada personaliti, beliau dianggap individu paling layak memegang portfolio orang nombor satu negara.
Walaupun sering dilihat agak serius setiap kali membuat pengumuman di kaca TV, sebenarnya beliau juga insan yang mudah didekati.
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan beliau juga dikatakan akan meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama isteri tersayang.
Selain itu dalam satu trivia melalui program Borak Kopitiam penghujung tahun lalu, Datuk Ismail Sabri memberitahu sisi peribadinya yang ramai tak tahu.
Suami kepada Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan juga bapa kepada empatcahayamata, Nina Sabrina, penyanyi Dafi, Nashriq dan Iqbal, Datuk Seri ismail Sabri juga cukup sporting ketika ditanya kedua penyampai berkenaan.
Ayuh, kita lihat Trivia Menarik Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob:
1. Menyukai durian Musang King berbanding Udang Merah
2. Memilih persalinan batik daripada suit
3. Memberitahu sepanjang waktu beliau paling produktif kecuali waktu tidur
Ads
4. Serangga paling ditakuti adalah ulat.
5. Beliau juga menyukai nasi Lemak berbanding roti canai.
6. Turut memilih helikopter berbanding kereta kebal.
7. Sebagai peminat kelab Chelsea, beliau menyukai Drogba sebagai penyerang.
Ads
Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke sembilan. Moga terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.
Jika dilihat pada susuk tubuhnya, penyanyi kecil molek ini bagaikan tidak menang tangan menguruskan perniagaan yang dusahakannya.
Biarpun sibuk, namun bukan alasan untuk pemilik lagu Persis Mutiara ini dalam bab menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.
Memberitahu tidak ada rahsia tertentu, pemilik nama Noorsyarmila Jirin ini memberitahu salah satu tip adalah melakukan aktiviti bersama keluarga.
“Alhamdulillah, tak adalah rahsia spesifik, tetapi saya rasa tips yang paling berkesan untuk kekal sihat dan tidak berdepan kemurungan adalah melakukan banyak aktiviti bersama keluarga.
“Selain itu saya juga turut menguruskan jadual harian dengan seimbang dari segi urusan perniagaan, keluarga dan waktu untuk diri sendiri. Seperti saya, saya akan cuba uruskan masa saya 8 Jam untuk urusan kerja, 8 Jam untuk rehat, 1 jam untuk aktiviti membaca sama ada membaca buku secara fizikal atau secara online.
“Kebiasaannya dan buku-buku yang saya sering baca adalah buku motivasi, buku inspirasi dari penulis penulis hebat di Malaysia dan luar negara.
“Saya juga turut akan memperuntukkan beberapa jam untuk aktiviti bersama anak sama ada di rumah atau membawa berjalan jalan,” katanya yang menganggap pembahagian masa yang bagusdan seimbang ini antara terapi yang terbaik agar kehidupan tidak penuh dengan tekanan kerja.
Dia yang sejak dulu memang saiz fizikalnya dilihat kecil molek memberitahu tidak pernah berdepan dengan masalah kenaikan berat badan mendadak kecuali ketika melahirkan anak pertamanya.
“Alhamdulillah, saya adalah seorang hamba Allah yang tidak diberi ujian berat badan. Seingat saya, paling berat yang pernah saya kecapi adalah sewaktu hamil anak pertama saya pada 2017 dengan berat mencecah 50KG ++.
“Berat badan saya boleh dikira bertambah selepas berkahwin, dari 40KG sebelum berkahwin dan kini berat saya adalah lingkunagn 43KG. Dan berat itulah saya maintain hingga sekarang,” katanya yang juga tidak berdepan dengan masalah wajah teruk kecuali kering dan kusam.
“Tidak ada masalah kulit yang teruk, cuma wajah jadi kering dan kusam. Disebabkan sebelum berkahwin dulu saya sangat sibuk dalam menguruskan perniagaan sehingga mengabaikan kesihatan kulit
“Tetapi kini, ia tidak lagi berlaku kerana saya memaksa diri untuk mengekalkan momentum minum air putih dengan banyak setiap hari dan mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang dari segi rehat dan juga makanan yang diambil.
“Di samping itu, saya juga tidak lagi mengenakan sebarang foundation (alas bedak) sewaktu menatarias wajah saya bagi aktiviti harian kerana saya ingin memberikan kulit saya bernafas dengan baik,” jelasnya Mila yang tular baru-baru ini kerana menaja majlis resepsi untuk pengantin baru, Heliza Helmi dan suami mencecah puluhan ribu ringgit.
Majlis resepsi berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin pasangan mempelai yang juga sahabat baiknya.
“Hadiah dan nilaimajlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.
“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” katanya yang tekad merealisasikan niatnya yang sudah terpendam sekian lama yang bermula dari kata kata seloroh.
Mila mendedahkan Heliza sebenarnya sangat pemurah dan tidak berkira. Bahkan Heliza juga sentiasa memberi hadiah.
Malah Heliza dan adiknya, Hazwani Helmi pernah tiba tiba muncul di hospital beberapa tahun lalu melawat saya ketika diserang demam denggi.
“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.
“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati.
“Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon sambil bertanya khabar serta bertukar pendapat.
“Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya.
Pada majlis resepsi itu, Mila berjaya meyakinkan Heliza untuk menyarung busana daripada kain songket.
Dalam perkembangan lain, Mila kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya selepas lebih dua tahun melalui fasa turun naik kesan pandemik COVID-19.
Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru. Pada pertengahan tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Syarikatnya sehingga kini telah menguruskan hampir 7,000 majlis dari tahun 2013 dan mempunyai misi yang besar dalam membawa jenama itu kesemua bandar utama di seluruh negeri dan menjadi pengurusan majlis kahwin dengan Dewan terbesar di Malaysia.
Pakej perkahwinan ditawarkan kini bermula dengan harga RM9,900 untuk 100 tetamu. Butiran lanjut di www.bizmillacatering.com
10 Tips Atasi Stres Hadapi Kerja & Hidup :
1: Pastikan ada Jadual harian kerja / list to do agar tugasan kerja dan tugasan dirumah dapat diuruskan sebaiknya
2 : Sering berkongsi rasa dengan pasangan, andai penat atau tak cukup masa dalam uruskan sesuatu, berbincang secara terbuka agar pasangan dapat bantu membantu dalam menguruskan apa yang perlu
3 : Luang masa 1 hari untuk rehat dari urusan kerja dan pergi bersiar siar / menonton tv / luangkan masa dengan anak dan keluarga
Ramai sebenarnya yang tak begitu berani pakai tudung putih, risau kelihatan kusam dan seolah-olah wajah nampak gelap.
Kalau biasanya golongan pengantin yang pakai warna bersih ini, namun sekarang putih juga menjadi trend dan dipakai ke majlis-majlis tertentu. Jadi, pastinya ada yang mencari tip untuk naikkan seri bila menyarung tudung putih.
Haaa.. jangan risau, anda boleh tampil berseri dan nampak anggun dengan beberapa tip ini. Cuma anda patut kenal pasti beberapa kategori warna putih dulu ya.
Kalau anda perasan, warna putih juga mempunyai pelbagai tona seperti off white, cream, pearl dan banyak lagi. Keputusan untuk memilih warna putih ialah bergantung pada kesesuaian warna kulit anda.
Jangan sesekali pakai warna anak tudung yang lebih gelap atau terlalu cerah dari warna putih. Ini akan menyebabkan penampakan bentuk kepala dan terlalu kontra dengan wajah anda.
Antara faktor kita nampak kusam ketika mengenakan tudung putih ialah tanpa bantuan mekap. Tambahkan lipstik, pemerah pipi dan maskara untuk mekap yang ringkas. Tak perlu tebal, nipis-nipis pun dah membantu naikkan seri wajah. Biar natural!
Kemudian pastikan pakai lipstik warna dark-bold seperti merah hati, coklat atau deep pink untuk menaikkan lagi seri wajah. Nak pakai nude boleh, cuma cari yang sesuai jangan sampai anda nampak pucat.
Ini pula cara nak pakai shawl warna putih.
Dengan beberapa tip ini, harap anda lebih berani nak pakai tudung putih. Kalau tak skip tip di atas, pasti anda nampak lebih menarik dan anggun berpakaian putih.
Kurang sihat, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal muntah darah ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah akibat terlalu letih.
Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, masalah kesihatan tersebut dihadapi selepas mengalami panas dalam namun bersyukur masih mampu mengerjakan ibadah yang turut ditemani suaminya, Aeril Zafrel.
“Alhamdulillah, selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, saya rasa sakit sangat memang tak mampu nak bangun.
“Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, jadi boleh umrah bersama kumpulan. Alhamdulillah dipermudahkan,” katanya dalam InstaStory hari ini.
Menerusi hantaran berbeza, bintang filem 99 Kali Rindu itu turut memuat naik foto keputusan ujian kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B, namun bersyukur semuanya negatif.
“Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang tetapi Alhamdulillah keputusannya negatif.
“Mungkin letih sangat sebab bekerja tanpa henti kemudian terus ke sini Mekah untuk menunaikan umrah. Badan pula sudah mencecah 30-an tetapi perasan 20-an dan ingat boleh buat semua benda,” katanya lagi.
Terdahulu, Wawa bersama Aeril dan anak ketiganya, Ayya Soffya berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu bersama kumpulan usahawan yang banyak membantu perniagaan Wawa Cosmetic.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.