Masalah jerawat yang sering datang tanpa diundang ada kalanya boleh menganggu emosi seseorang itu hingga boleh sebabkan hilang keyakinan.
Ada yang mengambil masa lama untuk sembuh, malah jika dibiarkan masalah jerawat kecil ini boleh menjadi breakout.
Lebih-lebih lagi jika salah menggunakan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai dengan kulit wajah.
Masalah jerawat timbul apabila terdapat kotoran tertinggal dalam lubang liang pori bersama minyak dan sel kulit mati sehingga terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.
Jerawat juga dikategori kepada dua jenis iaitu jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.
Kedua, jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah dalam benjolan tersebut.
Bagi mengatasi kedua-dua masalah ini, penggunaan ubat jerawat paling berkesan adalah langkah yang betul.
Ada beberapa ubat jerawat yang didapati paling berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.
Krim jerawat Nixoderm ini bukan saja berkesan untuk mengecutkan jerawat, tapi bagus untuk membuang blackheads dan kurap kulit.
Mengandungi Benzoic Acid yang mempunyai fungsi antikulat dan Salicylic Acid yang terbaik untuk mengurangkan jerawat.
Ubat jerawat paling berkesan ini sesuai digunakan untuk mengurangkan gatal kaki, eczema dan kurap kulit kepala.
Cara pakai anda perlu sapu di kawasan yang bermasalah selama 7 hari dan berhenti guna selama 3 hari berturut-turut. Kemudian, boleh sambung semula guna krim ini selama 7 hari berikutnya.
Dengan krim jerawat Himalaya ini, tiada lagi masalah jerawat besar pada wajah sehingga menyebabkan anda kurang keyakinan diri.
Produk yang telah diuji secara dermatologi ini bukan hanya dapat mengawal jerawat, malah ia juga boleh mengurangkan jerawat daripada muncul semula pada wajah.
Ini kerana ia mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan jerawat seperti Silk Cotton Tree, Barbados Aloe dan Five-leaved Chaste Tree. Ia juga boleh digunakan oleh lelaki dan wanita yang ada mempunyai masalah jerawat.
Produk Aiken terkenal dengan kualiti sabunnya kerana mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia).
Bahan ini dapat melindungi kulit daripada jerawat tanpa menyebabkan wajah mengelupas. Memang sesuai digunakan pada wajah yang cenderung tumbuh jerawat dan berminyak.
Lebih elok sapu krim ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk kesan lebih sempurna.
Bagi yang ingin memudarkan tompokan hitam bekas jerawat, produk Hiruscar Post Acne adalah pilihan yang tepat.
Ubat parut jerawat jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung naik jerawat.
Mengandungi vitamin B3, Allantoin dan MPS (Mucopolysaccharide) yang boleh mengurangkan parut jerawat. Sekali gus boleh juga menghalang pembentukan parut jerawat baru.
Paling penting, anda boleh pakai mekap seperti biasa walaupun lepas guna produk ini. Krim hilangkan parut jerawat ini juga tidak melekit dan boleh disapu pada kawasan bermasalah 2-3 kali sehari (pagi dan malam).
Bagi yang mahukan ubat jerawat murah yang boleh didapati di farmasi, disarankan untuk cuba krim bentuk gel jenama T3 yang boleh mengecutkan jerawat degil.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kesan jerawat dan turut berkesan untuk mengawal penghasilan minyak kerana ada Niacinamide.
Ekstrak kulit kayu Willow dan ekstrak herba Willow Kanada pula boleh membersihkan pori serta melegakan jerawat untuk kurangkan kemerahan.
Manakala minyak Tea Tree semula jadi Australia dalam produk yang tak melekit ini mengandungi bahan antimicrobial semula jadi untuk kurangkan keradangan. Untuk kesan yang terbaik, digalakkan untuk guna 2 kali sehari lepas cuci muka.
Penyanyi, Wany Hasrita naik berat badan dan mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja.
Menerusi satu portal hiburan, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita, 32, rasa dia terlalu mengikut perasaan sehingga duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa selain menonton televisyen sehingga memberi kesan kepada fizikal dan mentalnya.
“Saya dalam fasa keluar dari gua. Pernah tak rasa macam tak nak buat apa-apa, tak ada semangat, nak duduk makan coklat sambil tengok Netflix sahaja. ‘Skincare’ ke laut, berat badan pun dah naik. Ketagih manis lagi.
“Bagi seminggu sahaja tak bermotivasi macam ni, berat badan saya naik hingga 59kg. Masa dalam pantang lagi kurus daripada ini. Okey, berat tolak tepi tapi badan tak ramping.
“Entahlah nak cakap normal rasa macam ini, tak normal sangatlah sebenarnya. Melayan sangat perasaan,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.
Enggan terus terperangkap dalam situasi sedemikian, pelantun lagu Menahan Rindu itu mengakui sudah mula merancang beberapa aktiviti berfaedah supaya masa senggang terisi dengan perkara bermanfaat.
“Jadi, dengan beribu sesalan, memulakan hidup baru, semangat baru dan rutin yang baharu. Pertama, mula kelas mengaji. Amira Othman dah lama ajak sampai dah khatam, saya baru nak mula masuk kelas. Tak apalah janji mula kan?
“Seterusnya, dari dulu lagi rancang nak bawa Aishah (anak perempuan) ke kelas renang sebab nak tunggu bapanya ajar kena balik Kuching setiap minggu la jawabnya. Ibu suka tapi akaun bank bapa dia tak.
“Lepas itu nak mula kelas tinju balik. Kali terakhir saya bertinju tiga hari sebelum nikah. Lama sungguh, maka marilah ambil kesempatan ini untuk mula balik,” tuturnya panjang lebar.
Anak jati Kuala Lumpur itu turut memohon sokongan dan doa orang ramai agar segala perancangannya berjalan lancar serta membuahkan hasil.
“Pokoknya, saya rasa kena buat benda baharu. Entahlah. Doakan moga saya terus bersemangat.
“Bagi yang sedang melalui fasa-fasa terendah, tak mengapa. Asal diri masih bernafas, sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita berubah dan menjalani kehidupan dengan sebaiknya,” ujarnya menutup bicara.
Tidak kecam dengan masalah penyanyi ini, ramai yang mmemberikan sokongan kepada ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu selain turut berkongsi mereka juga sering berdepan masalah sama.
Apabila masuk 30-an, golongan wanita kena usaha keras untuk menjaga kecantikan kulit agar tidak tua sebelum waktunya.
Tidak dinafikan ramai wanita sudah kurang menjaga penampilan dan kulit kerana sibuk dengan kerjaya dan juga keluarga.
Namun harus diingat, tindakan anda itu akan menjadikan anda menyesal di kemudian hari. Mungkin anda akan terlihat lebih tua dari usia jika tidak bertindak dengan lebih awal.
Nak pergi lebih jauh soal penjagaan penampilan dan wajah, jom baca perkongsian Juara Pencarian Nona Manis, Naseha Uyaina Arshad agar kulit nampak sentiasa sihat.
Saya tidak perlu bersusah-payah untuk memiliki kulit anjal dan gebu memandangkan usia masih muda remaja. Sebenarnya tidak juga sebab kulit saya sering berdepan dengan masalah jerawat.
Apabila mengendalikan rancangan, bermekap itu wajib bagi saya. Jadi, kulit saya perlu dibiasakan dengan penggunaan mekap saban hari. Walau gebu dan cerah, namun saya perlu menjaganya sejak usia muda.
Saya memiliki kulit sensitif maka penjagaannya juga memerlukan kesungguhan. Saya lebih suka menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memelihara kesihatan kulit saya. Kalau boleh buat sendiri, saya buat misalnya pupur muka yang dihasilkan daripada madu. Produk cantik yang digunakan perlulah sesuai dengan jenis kulit saya dan masalah kulit yang mahu diatasi.
Selain itu, saya amalkan pengambilan jus tomato yang dikisar bersama buah-buahan seperti epal atau sayuran seperti lobak. Petua ini saya dapat daripada kakak saya, Umairah. Kulit dia memang cantik, macam kulit bayi.
Kini saya amalkan pengambilan jus ini sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Saya minum jus tomato sebelum ke tempat kerja. Ia bagus untuk detoks sekali gus mencantikkan kulit kita.
Bagi memastikan kulit pada tahap terbaik, saya sentiasa pastikan solekan dibersihkan sebelum masuk tidur. Penat macam mana sekalipun, utin membersihkan sisa solekan perlu dilakukan.
Memandangkan kulit saya jenis bermasalah maka saya perlu menggunakan makeup remover daripada jenis berminyak kerana ia cukup efisien untuk menanggalkan solekan, kemudian barulah saya cuci muka menggunakan facial foam, lalu dioleskan dengan penyegar dan pelembap. Selain itu, saya tidak pernah lupa menyapukan krim tabir suria sebelum keluar rumah.
Walau berhijab, rambut tetap saya jaga biar berbau harum dan terurus. Saya cuci rambut selang dua hari sekali, itu pun paling lama ya!
Saya juga amalkan mencuci rambut pada waktu petang atau malam (sekitar jam 6.00 petang dan ke atas). Ini kerana jika saya cuci pada waktu tengah hari misalnya, rambut saya jadi kering dan mengerbang.
Saya tak sukalah! Saya juga elakkan menyikat rambut ketika mahu mengeringkannya kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan kutikel pecah seterusnya membuat rambut rosak.
Saya turut menyapukan minyak Argan tulen pada helaian rambut bagi memastikan kelembapan dapat dikekalkan. Jika ada masa, saya buat sendiri masker rambut daripada campuran mayonis dan madu sementelah saya bukan jenis yang pergi ke salun.
Masuk 30-an, cantik itu seharusnya iaitu luaran dan dalaman. Definisi cantik yang kita faham adalah cantik luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar. Dan cantik merangkumi ciri dalaman misalnya cara kita bercakap dengan orang dan bagaimana kita membawa diri.
Sumber: myinfomaya
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.