Sejak mengenakan hijab, pelakon Kilafairy dilihat semakin cantik dan berseri-seri dengan penampilan lebih santun.
Tanpa solekan tebal atau baju terlalu berfesyen, penampilan anak dara Rohana Jalil ini sering dipuji pengikutnya di media sosial.
Jika dilihat di laman Instagramnya, Kilafairy seorang yang sangat menjaga kecantikan dirinya.
Menggunakan barangan kosmetik jenama pilihan, Kilafairy sangat teruja berkongsi apa yang digunakan kepada pengikutnya.
Selain rajin membuat rawatan muka di klinik terpilih, Kilafairy juga turut meminati aktiviti sukan lasak seperti Gokart yang menjadikan dirinya lebih energetik.
Ayuh kita lihat penampilannya yang ringkas tetapi tetap kelihatan cantik serta bergaya.
Kebiasannya jika kita pergi ke pasar malam dan membeli nasi kerabu, pasti akan menambah lauk daging bakar bersama dan dengan bawang putih jeruk.
Namun ada kalanya bawang putih jeruk ini ada yang bertukar warna menjadi kebiruan. Persoalannya apakah bawang bertukar warna ini selamat dimakan atau sebaliknya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa tentang perubahan warna jeruk bawang putih yang menjadi biru.
Seperti penulisan saya sebelum ini, bawang merah atau bawang putih mengandungi bahan kimia semulajadi bersulfur.
Apabila ianya dikisar bahan kimia bersulfur ini boleh bertindakbalas dengan mengoksida bahan kimia logam seperti kuprum, zink, zat besi (aka ferum) atau manganese, lalu menghasilkan bahan kimia logam bersulfur aka bahan kimia kompleks.
Pembentukan bahan kimia kompleks ini adalah penyebab warna bawang berubah. Maksudnya di sini perubahan warna tidak semestinya biru sahaja, boleh jadi kelabu, kebiruan, kehijauan atau sedikit kemerahan bergantung kepada jenis logam berat yang wujud dan tahap pengoksidaan yang berlaku.
Untuk warna biru kehijauan ini adalah disebabkan oleh tindakbalas bahan kimia bersulfur dalam bawang dengan logam kuprum.
Dari mana datangnya logam-logam ini? Mereka boleh jadi terdapat dalam bawang itu sendiri atau luntur (leak) dari bekas penyimpanan, peralatan pengisar atau air paip. Dalam kes bawang jeruk, tentunya dalam bawang itu sendiri.
Adakah bawang yang telah bertukar warna ini selamat dimakan?
YA, ianya selamat untuk dimakan. Ini kerana logam berat tersebut tersangatlah sedikit dan jika berjaya diserap, kuprum boleh digunapakai oleh badan untuk membantu zat besi membentuk sel darah merah.
Kebiasannya bahan kimia sulfur pula akan dibebaskan sebagai kentut. Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman pula, bahan kimia bersulfur ini boleh mengakibatkan kembung aka ‘angin’.
Nota kaki: Sebenarnya jenis tindakbalas sama juga berlaku apabila kita merebus telur dengan lama. Ya, pengoksidaan zat besi aka ferum menjadi ferum(II) sulfat adalah punca adanya lingkaran hijau pada telur kuning itu. Selamat saja makan kan?
Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda.
Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda.
Jangan risau dengan sedikit keazaman dan disiplin berterusan anda akan dapat mengecilkan bahagian peha dalam masa sebulan, melalui beberapa senaman yang dicadangkan oleh Pakar Kesihatan dan Kecergasan, Kevin Zahri.
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
– Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
– Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
– Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
– Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
– Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas.
Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.
Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati!
Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.
Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.
Tak mudah nak suaikan warna tudung dengan kulit, kadang kalau salah sarung wajah nampak kusam dan pucat.
Situasi tersebut pastinya sering membelenggu sesetengah wanita ketika memilih warna tudung yang sesuai untuk dipakai.
Kalau boleh nak sedondon dengan baju yang dipakai supaya kelihatan vouge dan menarik untuk OOTD (outfit of the day).
Bagi yang alami situasi ini, anda boleh ikuti perkongsian Ain Shahar supaya masalah dapat diatasi, yang penting tak nampak seperti anda baru bangun tidur.
Buka wardrobe anda dan ambil setiap selendang atau tudung yang ada.
Padankan pada wajah untuk memastikan warna tersebut sesuai atau tidak. Kalau kena dan muka nampak lawa, maksudnya memang sesuai warna tu dengan kulit.
Kaedah ini paling mudah untuk dilakukan tapi makan masa.
Selepas mengetahui warna shawl dan tudung yang membuatkan anda nampak cantik, barulah ‘kaji’ tona warna berkaitan sama ada jenis sejuk atau panas.
Salah pemilihan tona menyebabkan segala ‘cacat cela’ di wajah akan kelihatan tau!
Kalau urat tangan berwarna biru keungguan, anda sesuai tona warna sejuk manakala panas jika urat kelihatan kehijauan.
‘Musim’ warna dibahagikan mengikut tona iaitu sejuk dan panas.
Kalau anda kategori sejuk, maka winter dan summer adalah yang sesuai, manakala spring dan autumn bagi panas.
Anda boleh muat turun sahaja pallet warna di Google untuk mengetahui warna-warna yang sesuai dipakai.
Selepas mengetahui kesemua di atas, bolehlah dapatkan warna tudung yang sesuai, pasti wajah anda tak kelihatan kusam atau tidak mandi.
Koleksi juga boleh bertambah, selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!