Selain bawang merah dan besar, bawang putih menjadi salah salah bahan perencah bagi menyedapkan sesuatu masakan.

Tetapi bawang putih dengan ulas kecil ini juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.

Malah bawang putih juga dikatakan telah digunakan semenjak 510 SSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Sedikit Berbau & Ulas Kecil, Tapi Banyak Manfaat Untuk Kesihatan. Bawang Putih Boleh Atasi Masalah Batuk!

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

IKLAN

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.

Sedikit Berbau & Ulas Kecil, Tapi Banyak Manfaat Untuk Kesihatan. Bawang Putih Boleh Atasi Masalah Batuk!

Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil.

Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.

IKLAN

Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.

Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dipenyek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng.

Selain itu:  Positif Covid-19, Nabila Huda Kongsi Vitamin & Suplemen Diambil Sepanjang 10 Hari 'Self Quarantine'

Sedikit Berbau & Ulas Kecil, Tapi Banyak Manfaat Untuk Kesihatan. Bawang Putih Boleh Atasi Masalah Batuk!

Selain itu, bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

IKLAN

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Sumber: Website HKP

Artikel Berkaitan:

Zucchini, Khasiat Tersembunyi Sayuran ‘Rare’ Untuk Kesihatan. Vitamin Paling Optima Jika Dibuat Salad!

Ambil Buahan & Sayuran Ini Sebagai Ganti Suplemen Dalam Diet Harian. Lebih Jimat & Selamat!

Campuran Makanan Laut & Darat Tak Hasilkan Toksik Mudharat Kesihatan. Pakar Kimia Ini Jelaskan Sebabnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI