Tidak dinafikan usaha bagi seseorang itu mahu menurunkan berat badan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi.
Tanpa itu semua, pasti impian untuk memiliki saiz badan idaman tidak tercapai.
Apatah lagi jika mahu bergelar sebagai selebriti, pastinya sangat perlu untuk menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil cantik di khalayak.
Bagi anak kepada aktor Said Ali Khan, Sara Ali Khan yang juga anak tiri kepada Kareena Kapoor turut berkongsi kesusahannya yang pernah menghidap PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) yang menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan.
Justeru dia berusaha untuk menurunkan beratnya sebelum berani tampil di layar perak.
Bagi memastikan impiannya untuk muncul di layar perak, Sara berlatih bebeapa senaman seperti kathak, yoga, pilates, boxing dan juga senaman dengan penuh bersungguh-sungguh untuk mendapat badan yang fit.
Hasilnya Sara berjaya mendapat berat badan ideal dan fit. Ternyata kesungguhan Sara dengan berdisiplin bersenam dan menjaga pemakana untuk hasil yang mengkagumkan.
Jadi kepada yang masih cuba untuk menurunkan berat badan idaman boleh cuba cara Sara ini yang lebih menitik beratkan senaman workout untuk mengeluarkan peluh.
Tahun berganti tahun namun kelihatan pelakon jelita Song Hye-kyo tetap tak dimamah usia. Tetap cantik malah semakin jelita dengan berkulit putih gebu tanpa sebarang cela.
Figura bertubuh genit ini sememangnya cantik semula jadi walaupun tanpa solekan. Potongan bentuk badan yang langsing membuatkan teruja dan memuji anugerah yang dia miliki.
Bagi peminat pelakon Korea ini, anda patut tahu serba sedikit amalan gaya kehidupannya.
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Urut wajah dengan ais
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
3. Guna produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat.
BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN MEMANG WAJIB ADA DALAM DIET HARIANNYA TERUTAMA LABU.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli.
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah madu asli
Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Sekadar info, Song Hye-kyo pertama kali debut sebagai watak utama dalam drama Autumn in My Heart, memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin.
Beliau sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang kita kalau nak awet muda, biasanya amal makan ulam. Pahit-pahit ulam itu yang bagus untuk kesihatan dan sangat berkhasiat.
Namun berbeza dengan orang Jepun, ada beberapa amalan yang mungkin kita boleh cedok dan jadikan rutin untuk elak nampak tua sebelum usia.
Nah, ini antara rahsia dan tabiat ketika makan wanita Jepun yang anda boleh cuba jika ingin kurangkan berat badan dan inginkan kulit cantik!
Awet Muda Macam Wanita Jepun
1. Pilih Makanan Sihat
Salah satu tip awet muda masyarakat di Jepun adalah makan makanan yang sihat dan seimbang.
Bak pepatah You are what you eat seorang pakar kecantikan di Jepun dan Ketua Pegawai Eksekutif Yibu Beauty, Steve Jan berkata apa yang dimakan akan mempengaruhi keadaan kulit seseorang itu.
Katanya, orang Jepun lebih gemar makanan yang berasaskan sayuran dan ikan, namun mereka kurang mengambil daging dan makanan tinggi gula.
Wanita Jepun juga percaya bahawa teh hijau merupakan antara sumber yang menjadikan kulit seseorang itu cantik bercahaya.
2. Suka Urut Wajah
Selain pemakanan, wanita Jepun juga percaya bahawa urutan wajah boleh membantu menghilangkan kedutan pada kulit.
Kebiasaannya mereka akan memakai produk skincare kemudian mengurut lembut wajah dalam gerakan berpusing.
Amalan anti penuaan ini juga dapat membantu otot wajah rileks disamping meningkatkan peredaran darah.
Kalau urutan ke atas pula dilakukan untuk membantu kulit muka yang jatuh.
Selain menggunakan tangan, aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan alatan mengurut.
3. Tak Skip Pakai Skincare
Menurut HealthSite, wanita Jepun melakukan sekurang-kurangnya empat rutin penjagaan kulit iaitu cuci pembersihan berganda dan pelembapan berganda.
Pembersihan berganda ini bermaksud pembersihan menyeluruh pada kulit dengan menghilangkan solekan, sel kulit mati, minyak dan kotoran pada wajah.
Pembersihan pertama menggunakan pembersih berasaskan minyak diikuti dengan pembersih berasaskan air sabun.
Untuk kelembapan berganda pula, lotion digunakan untuk melembutkan dan menghidrasi kulit.
Kebanyakan wanita Jepun melakukan aktiviti membersih wajah di malam hari sebelum tidur dan mereka melakukannya walaupun tidak memakai solekan di wajah.
4. Selalu Pakai Pelindung Muka
Percaya atau tidak, wanita Jepun menggunakan pelindung matahari tidak kira apapun cuacanya.
Menurut doktor kulit, Dr Jenny Liu kebanyakan pelindung matahari yang digunakan wanita Jepun dan Korea dihasilkan dengan tekstur yang lebih ringan serta mudah diserap kulit agar si pemakai terasa nyaman dan selesa untuk menggunakannya di sebalik solekan.
5. Mandi Air Panas
Mandi air panas sambil menghidu essense oil dan menikmati minuman teh adalah antara rutin kecantikan wanita Jepun.
Menurut Stylist, sebuah kajian dari Ehime Universiti di Matsuyama, Jepun mendapati bahawa mandi air panas secara teratur dapat membantu mengendurkan otot serta menyihatkan jantung dan membantu peredaran darah yang lebih baik.
Orang yang mandi air panas sekurang-kurangnya lima kali seminggu menunjukkan simptom aterosklerosis atau penumpuan plak di arteri lebih rendah.
6. Minum Teh Hijau
Wanita Jepun juga minum dua hingga empat cawan kecil teh hijau sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit mereka.
Japanese room
Teh hijau dikatakan tinggi antioksidan dan sangat baik untuk membantu melindungi tubuh daripada rosak akibat terdedah kepada alam semulajadi dan penuaan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang
Di Jepun, kebanyakan keluarga akan duduk dan makan bersama. Mereka juga akan berhenti makan ketika perut mereka baru 80 peratus penuh atau berhenti makan sebelum kenyang.
Pensyarah imunologi dari Universiti Sussex, Dr Jenna Macciochi menjelaskan, usus dan proses penghadaman memberi tekanan yang boleh membawa kepada keradangan yang dikatakan antara pendorong utama penuaan.
Otak memerlukan sekitar setengah jam untuk menyedari bahawa kita sudah berasa kenyang justeru itu adalah penting untuk kita berhenti lebih awal.
8. Banyak Bergerak
Wanita Jepun juga aktif bergerak dan melakukan aktiviti fizikal. Mereka akan mengayuh basikal atau berjalan kaki serta melakukan aktiviti tai chi di taman.
Ketua perubatan di Now Patient, Dr Andrew Thornber menyarankan kita mengubah posisi duduk di kerusi setiap 30 minit atau berjalan kaki sebentar untuk mengendurkan sendi.
Thomber turut menyarankan supaya kita memulakan hari dengan melakukan rengangan supaya darah tetap mengalir dengan lancar.
Haa… kalau kita nak cantik dan sihat macam orang Jepun, kita kena lah ubah mana patut. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat untuk penyakit singgah waktu muda-muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan ramai yang menggemari hidangan mi segera sebagai pilihan menu paling ringkas dan cepat untuk disediakan.
Namun dikatakan mi segera ini tidak elok untuk dimakan kerana kandungan Mono Sodium Glutamate (MSG) tinggi yang tidak sihat.
Walau bagaimanapun, CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini menjelaskan cara terbaik untuk kita menikmati mi segera tanpa risau.
Menurutnya ramai yang takut untuk makan mi segera kerana kandungan MSG yang tinggi. Tetapi sebenarnya mi segera tidak berapa nak bagus bukan hanya disebabkan MSG yang tinggi sahaja, itu juga disebabkan kandungan sodium yang tinggi.
“Kandungan sodium yang tinggi datang daripada garam sendiri atau daripada perisa-perisa yang lain.
“Mi segera itu sendiri mengandungi karbohidrat, protein ditambah dalam itu dan juga lemak. Dia bukan makanan yang berkhasiat sebab tidak ada nutrisi penuh diperlukan untuk kesihatan. Jadi sekali sekala makan tidak salah.
“Cuma tambahkan sayuran hijau tambahkan telur ikut kesukaan untuk menikmati. makan bersederhana dan ingat mi juga diletakkan minyak di bahagian luar supaya tidak bergumpal,” ujarnya dalam satu perkongsian video satu minit.