‘Sakit tekak, sukar bernafas bila tonsil terlalu bengkak.’ Periksa dulu tahap penyakit tonsilitis, baru on antibiotik. Tidak semua kes tonsil bengkak perlukan rawatan antibiotik.
Kongsi lelaki ini, Dr Arisman, MD :
Sakit Tekak
Semalam waktu on duty dapat 1 kes seorang ayah bawa seorang anaknya sebab sakit tekak sahaja dan katakan anaknya ada tonsil bengkak.
Ayahnya mahu rawatan antibiotik. Saya ambil sejarah dan buat pemeriksaan mendapati tonsil bengkak tahap 2 sahaja dan tidak ada tanda peradangan, maka antibiotik tidak perlu lagi. Saya berikan info ini kepada ayahnya.
Tonsil yang bengkak dan meradang ini kita panggil tonsilitis. Bila tekak turut sakit dan menjadi merah (tanda peradangan) ini kita panggil tonsilopharyngitis or pharyngotonsilitis.
Penyakit tonsilitis ini kebanyakan kami jumpa dan rawat pada golongan kanak-kanak terutamanya. Dan jika ada ibu bapa bawa anak kecil mereka berjumpa saya sebab demam atau tak nak makan, saya akan wajib periksa tonsil anak tersebut.
Tonsilitis penyakit jangkitan kuman dan peradangan. Dan jika ianya disertai dengan demam, sudah pasti ibu bapa datang ke klinik dengan tujuan nak antibiotik. Betul tak?
Keadaan tonsilitis tidak semuanya memerlukan rawatan antibiotik. Kita boleh bezakan secara pemeriksaan keadaan mulut dan tonsil itu sendiri (seperti dalam gambar di bawah)
Bila Tonsil Terlalu Bengkak
Kita juga perlu tahu tonsil yang bengkak mempunyai 5 tahap atau grade. Grade 3 dan 4 adalah kes di mana pembuangan tonsil boleh dipertimbangkan jika ianya perlu.
Gejala tonsilitis biasanya demam disertai batuk, sakit tekak, anak tekak sakit bila menelan, nafas berbau atau merasa sukar bernafas jika tonsil terlalu bengkak.
Ads
Apa yang perlu ibu bapa lakukan jika anak suspek tonsilitis? Sila bawa ke klinik terdekat jika ;
Demam berterusan tinggi
Anak tidak dapat makan atau minum dengan baik akibat sakit tekak
Benjolan (lymph nodes) dirasakan pada bahagian leher atau tepi telinga
Lihat tekak anak puan, jika tonsil terlalu bengkak iaitu grade 3 atau 4 (lihat gambar di bawah) sila bawa ke klinik.
Jika doktor mengesahkan tonsil anak berlaku peradangan dan kemungkinan penyebabnya adalah kuman bakteria, maka antibiotic adalah perlu diberikan.
Kebanyakkan kes tonsilitis adalah jangkitan kuman virus (misalnya herpes simplex virus, adenovirus, dll). Hanya 15 hingga 30 peratus disebabkan oleh kuman bakteria dan memerlukan antibiotik. ( most common GABHS (streptococcus pyogens)
Tahap Penyakit Tonsilitis
Perlu antibiotik kuat ke doktor?
Ini tergantung dengan pemeriksaan doktor tersebut. Biasanya saya akan mengambil ujian darah jika demam terlalu tinggi (39 degree ke atas atau demam 3 hari berterusan) sebelum memutuskan untuk beri antibiotik jenis kuat atau biasa dahulu.
Jika tonsilitis anak anda adalah suspek berpunca dari kuman virus. Maka kes begini sama sekali tidak memerlukan antibiotik!
Kenapa doktor tak nak start antibiotik?
Soalan ni kerap ibu bapa tanya saya, selepas saya terangkan baru lah mereka faham dan setuju tak nak start antibiotik.
Pertama. Antibiotik tidak membunuh kuman virus.
Ads
Jika diberikan antibiotik pada anak-anak yang tidak memerlukannya, ianya hanya meningkatkan risiko kepada antibiotik resistance, risiko kepada alergi ubat, dan risiko menurunkan imunity anak (antibiotik tersebut akan membunuh kuman bakteria yang baik di dalam badan yg bertindak sebagai pertahanan tubuh).
Baru On Antibiotik
Tapi doktor, anak saya sudah banyak kali kena macam ini, doktor selalu bagi antibiotik selepas 1 atau 2 hari demam sudah ok.
Betul puan. Tapi kena tahu kes sebelum ini mungkin anak memang memerlukan antibiotik. Tapi kes kali ini tidak perlu.
Pertama. Kita buat ujian darah untuk menentukan sama ada kuman yang menyerang anak kita suspek bakteria atau virus. Ini boleh dilihat dengan bacaan sel darah putih (white blood cell, granulocytes count, lympocytes count).
Kuman virus adalah self limiting disease. Maksudnya kuman virus akan mati sendiri akibat diserang oleh pertahanan tubuh yang baik. Makanya selepas beberapa hari demam anak akan sembuh sendiri.
Demam Tak Semestinya Perlu Antibiotik
Pernah dapat kes anak demam 1 atau 2 hari, bagi ubat demam sahaja lepas itu anak sudah sembuh total? Pernah dapat kan? Nah itu kemungkinan besar hanyalah jangkitan kuman virus biasa. Tak perlu antibiotik pun.
Ingat. Demam tak semestinya perlu antibiotik. Tonsil bengkak tak semestinya kena makan antibiotik.
Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan mengumumkan tiada lagi suntikan dos pertama percuma untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun bermula 16 Mei nanti.
Dan terbaru, kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan dos penggalak kedua kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi.
Malah, dos penggalak turut disediakan untuk individu yang berusia 12 tahun dan ke atas yang mempunyai masalah sistem imun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian-kajian saintifik serta kajian kohort Malaysia yang diteliti oleh Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG).
Berikut adalah lima fakta terkini tentang pemberian dos penggalak dan dos penggalak kedua;
1. Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos penggalak kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.
2. Pengambilan dos penggalak kedua itu tidak wajib dan diberikan pilihan kepada individu terbabit.
3. Individu yang mempunyai masalah dengan sistem imun (moderate atau severe immunocompromised) berumur 12 tahun ke atas boleh diberikan dos penggalak dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.
4. Bagi individu 60 tahun ke atas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi berisiko tinggi boleh mendapatkan dos penggalak kedua, namun perlu berbincang dengan pengamal perubatan terlebih dahulu.
5. Sehingga ini vaksin Comirnaty Pfizer-BioNtech adalah vaksin yang disyorkan sebagai dos penggalak kedua berdasarkan data saintifik yang sedia ada dan akan diberikan untuk dos berkenaan.
Dalam pada itu, Khairy mengumumkan Kementerian Kesihatan bersetuju menerima permohonan bagi individu yang ingin ke luar negara untuk mendapatkan dos penggalak kedua bagi memenuhi keperluan ke luar negara.
“Sebagai contoh, terdapat sesetengah negara di benua Eropah yang tidak mengiktiraf vaksin Sinovac dan Sinopharm sebagai dos primer dan dos penggalak.
“Justeru, individu yang ingin ke luar negara boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya satu bulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara,” katanya.
Bukan senang nak hapuskan masalah jerawat pada wajah, nak-nak pula kalau muka tengah ‘manja’ dan breakout disebabkan salah pakai produk.
Jadi nak selamat, lebih baik mencuba bahan alami yang digabungkan dan sapu pada wajah. Sekurang-kurangnya anda nampak bahan apa yang anda gunakan untuk redakan masalah jerawat.
Untuk anda yang mencari petua yang lebih selamat pada wajah, boleh cuba gel timun yang disagat dan digaulkan dengan aloevera. Kelebihan lain gel ini, membantu mengecilkan liang pori yang terbuka juga tau!
Hapuskan Masalah Jerawat Guna Gel Timun, Liang Pori Pun Makin Kecil
BAHAN-BAHAN
1/2 Timun
Alovera beli kat watson @ guardian
Penyagat
CARA PENYEDIAAN
Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
Ambil air timun, campur dengan alovera.
Masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Gel timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka tak flawless lagi.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengok pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat, Vanessa Hudgens berkongsi cara pakai foundation, baru rasa yakin nak sapu mekap di wajah. Sebab nampak kemas dan licin betul!
Mudah? Haa.. hanya orang yang kulit berminyak saja tahu betapa struggle nak buat solekan nampak matte bila menggunakan foundation.
Sesetengah orang ada yang menggunakan primer, atau mungkin ada yang ‘bake’ muka dengan bedak, manakala yang lain hanya menggunakan kertas blotting setiap beberapa jam.
Walaupun semua trik ini berfungsi dengan baik pada kulit berminyak, tapi menurut pakar, cara Vanessa Hudgens diakui lebih tepat.
Cara Pakai Foundation Kalau Kulit Berminyak, Ikuti Tip Vanessa Hudgens
Jangan malas, sebelum bersolek, kena prep muka. Vanessa hanya menggunakan satu produk di bawah solekan. Dengan hanya prep paling minimum, anda akan mempunyai lebih sedikit lapisan produk yang boleh menyumbang kepada kilauan berlebihan.
“Saya tidak mahu meletakkan sebarang serum atau minyak, itu semua saya lakukan pada waktu malam kerana saya mempunyai kulit yang sangat berminyak. Saya hanya menggunakan pelembap,” ceritanya.
Guna Concealer Daripada Foundation
Daripada menggunakan liquid foundation, Vanessa memilih concealer untuk litupan yang minimal. Menurutnya ‘less is more’ untuk kulit berminyak. Teknik ini membolehkan dia membetulkan kawasan yang bermasalah tanpa menumpukan terlalu banyak produk, yang membantu mengelakkan kemasan berminyak dan cakey.
Jangan Lupa Powder Foundation
Selesaikan solekan asas anda dengan powder foundation. Liquid foundation bukan pilihan Vanessa tapi dia tidak dapat tolak powder foundation. Itulah yang dia guna untuk menetapkan concealer dan meratakan wajahnya.
“Saya sangat menyukai kerana cara ini mempunyai litupan yang hebat tetapi anda masih boleh melihat kulit di bawahnya. Saya benci apabila tidak dapat melihat kulit. Tip ini bagus sebab kulit saya sangat berminyak, dan powder menjadikan saya kelihatan dewy dan tidak berminyak.
Betul, jangan sesekali tinggalkan powder foundation kalau anda mempunyai kulit jenis berminyak.