Penyakit jantung adalah antara pembunuh senyap yang paling ditakuti ramai. Tanpa tanda, seseorang boleh mengalaminya di mana saja atau bila-bila tanpa kehadiran seseorang di sisi.
Namun begitu, sebagai langkah pencegahan, kita sebenarnya boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung.
Terbaru sekumpulan doktor Fakulti Perubatan Universiti Yale mendedahkan individu boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung dengan menggunakan ujian ibu jari, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Bagi menjalankan ujian mudah tersebut, individu hanya perlu menggunakan sebelah tangan dan membuka tapak tangan dalam keadaan rata.
Ujian Guna Ibu Jari
Seterusnya, letakkan ibu jari di sepanjang tapak tangan sejauh yang mungkin.
Ads
Jika ibu jari mereka boleh melepasi hingga ke luar kawasan tapak tangan, ini bermaksud individu tersebut berisiko menghidap aneurisme (arteri tersumbat) tersembunyi.
Hal ini kerana kemampuan seseorang untuk menggerakkan ibu jarinya melepasi kawasan tapak tangan adalah petunjuk terdapat masalah pada sambungan sendi tubuhnya.
Individu boleh melakukan tiga langkah mudah untuk menjalankan ujian ibu jari bagi mengetahui risiko masalah jantung yang berbahaya. – The Sun
Keadaan itu merupakan antara tanda penyakit tisu yang menghubungkan sendi di seluruh badan termasuk aorta, iaitu arteri terbesar dalam badan yang mengalir dari jantung ke perut.
Ads
Keputusan Positif
Penyelidik telah menjalankan ujian tersebut ke atas 305 individu dan menerbitkan hasil kajian mereka dalam Jurnal Kardiologi Amerika Syarikat.
Individu yang positif dalam ujian tersebut berupaya menggerakkan ibu jari mereka melepasi kawasan tapak tangan. – Fakulti Perubatan Universiti Yale/The Sun
“Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit aneurisme tidak memberikan keputusan positif dalam ujian ibu jari-tapak tangan.
“Namun, pesakit yang positif ujian tersebut berkemungkinan tinggi mengalami aneurisme,” ujar penulis kanan jurnal tersebut, Dr. John A. Elefteriades. – Agensi
Kisah Supermodel Bella Hadid begitu viral baru-baru ini. Ini kerana beliau dikatakan lantang bersara mengutuk kekejaman rejim Zionist terhadap Palestin di Brooklyn , Amerika Syarikat.
Dek kerana sokongan dan turut terbabit demonstrasi berkenaan, salah satu jenama popular telah menggugurkan Bella Hadid menjadi model mewakili jenama terkenal berkenaan.
Bella sebelum ini sudah beberapa tahun menjadi wajah untuk kempen kecantikan jenama mewah dari Perancis itu.
Rupanya cerita sebenar Bella Hadid ini mempunyai darah palestin. Ini kerana ayahnya Mohamed Hadid yang dilahirkan 1948 di Nazareth, Palestin dan berketurunan darah Raja Palestin berkongsi kisah duka bagaimana beliau pada ketika itu berusa lebih kurang sebulan serta ahli keluarga menjadi pelarian setelah rumah dan tanah milik mereka dirampas Yahudi Israel.
Selain itu nama Bella Hadid juga bukan sebarangan kerana beliau juga dinamakan sebagai wanita paling cantik di dunia mengalahkan beberapa jelitawan lain termasuk saudaranya, Gigi Hadid.
Turut tersingkir dalam senarai calon adalah selebriti seperti Beyonce, Cara Delevingne dan Katy Perry.
Menurut Golden Ratio of Beauty Phi – skala pengiraan untuk kecantikan fizikal yang dibangunkan di zaman Greek menggunakan Matematik mendapati model berusia 25 tahun itu mencapai markah tertinggi iaitu ketepatan 94.35 peratus.
Malahan dagu Hadid, kedudukan mata dan dahinya didapati antara yang paling sempurna menurut teknik penghasilan gaya.
Berdasarkan skala pengiraan itu, Beyonce menduduki tangga ke dua dalam senarai, diikuti Amber Heard, Ariana Grande dan Taylor Swift.
Menurut laporan media, penilaian dilakukan pakar bedah kosmetik wajah terkemuka di Londor, Dr Julian De Silva.
“Jelas sekali Bella Hadid adalah pemenangnya apabila semua elemen pada wajah yang dinilai menjurus kepada kesempurnaan fizikal.
“Dia memperoleh markah tertinggi untuk dagunya dengan 99.7 peratus hanya 0.3 peratus daripada kadar kesempurnaan,” kata Dr Julian mengenai model Amerika Syarikat itu kepada The Daily Mail.
Berikut antara penampilan menarik Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid.
Siapa yang tidak suka pada makanan manis terutamanya desert. Lebih enak dinikmati bersama kopi panas petang hari bersama tersayang.
Namun begitu, bukan kita tak boleh menikmati makanan manis ini tetapi kenalah berpada-pada. Terutama bagi mereka yang ada diabetes. Walau bagaimanapun kita masih boleh mengawalnya.
Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad memberitahu cara terbaik untuk turunkan gula dalam darah
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan Senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal Pengambilan Karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan Pengambilan Serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum Banyak Air & Kekal Hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal Pengambilan Makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih Makanan Yang Kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal Stress & Dapatkan Tidur Mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau Tahap Gula Dalam Darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan Makanan Kaya Magnesium & Kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan Berat Badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Sesekali masak menu Hari Raya, anda kena ambil tahu macam mana nak simpan rendang tahan lama sampai 3 bulan. Sebab kalau salah gaya, boleh buat anda sakit perut!
Isyh, nak masak rendang memang lah tak susah sangat tetapi kenapa nak membazir. Sayang kalau nak buang dan dibiar cepat rosak. Haaa… jangan risau, Public Health Malaysia ada kongsikan cara simpan rendang. Boleh lah anda makan berulang kali sekali masak.
Simpan Rendang Tahan lama, Cara Ini Boleh Makan Sampai 3 Bulan
Masak sehingga kering untuk menyingkirkan air. Kelembapan adalah punca utama pertumbuhan bakteria.
Selepas masak sehingga kering, masukkan di dalam bekas-bekas kecil dan masuk ke dalam peti sejuk.
Hidang dalam kuantiti sedikit. Jangan hidang dalam bekas besar dan ceduk daripada bekas tersebut.
Makanan selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimum selama 4 jam. Selepas dari tempoh itu, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif.
Panaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata. Jika disimpan dalam peti sejuk beku, nyahbekukan dalam ketuhar gelombang mikro atau suhu bilik sebelum dihangatkan.
Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti sejuk beku.
Simpan dalam peti sejuk boleh tahan selama 3 hari. Simpan dalam peti beku boleh tahan selama 3 bulan.
Tip di atas bukan sahaja untuk elakkan daripada rendang cepat rosak tetapi untuk mencegah keracunan makanan juga.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!