Doktor, apabila ibu menghidap Covid-19 semasa hamil, bagaimanakah kondisi anak di dalam kandungan? Mungkin doktor boleh ulas dari segi tahap kesihatan dan jangka hayat bayi?
JAWAPAN:
Pertama sekali, kita perlu memberi fokus kepada keadaan bayi yang dikandung itu.
Sekiranya ibu mempunyai komplikasi disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19, kebiasaannya bayi dalam perut turut mempunyai masalah seperti mengalami kekurangan oksigen seperti yang terjadi kepada si ibu.
Oleh itu, kita kena faham, kemelut kekurangan oksigen dalam darah boleh menyebabkan masalah kegagalan beberapa organ seperti buah pinggang, jantung, otak dan sebagainya.
Ads
Jadi, dilema yang sama juga boleh berlaku kepada bayi yang sedang dikandung. Selain itu, mungkin masalah-masalah lain juga boleh tercetus, misalnya keracunan di dalam darah disebabkan oleh jangkitan kuman.
Pada masa sama, ibu-ibu hamil yang dijangkiti Covid-19, mereka juga berisiko untuk melahirkan bayi pramatang iaitu bayi dilahirkan tidak mengikut usia yang sepatutnya.
Bersalin Lebih Awal
Bayi yang sihat sepatutnya dilahirkan pada usia sekitar 35 hingga 36 minggu. Namun untuk pesakit Covid-19, kadangkala kandungan terpaksa dikeluarkan awal untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Kesannya, bayi yang dilahirkan pada usia tersebut cenderung untuk mendapat komplikasi seperti paru-paru yang tidak matang dan memiliki organ-organ yang belum sempurna pembentukannya.
Ads
Dalam pada itu, bayi yang mempunyai tempoh hayat kurang 22 minggu juga tidak dapat diselamatkan.
Namun, bayi yang berumur lebih daripada 22 minggu atau yang mempunyai berat 500 gram ke atas mungkin masih boleh diselamatkan dengan bantuan di unit khas sesebuah pusat perubatan.
Ads
DR NURUL YAQEEN MOHD ESA
Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur
Rasanya masih ramai yang belum tahu macam mana nak pakai skincare dengan betul bagi kulit berseri tanpa cela.
Kali ini bukan tentang urutan skin care tetapi cara pemakaian yang betul dan juga macam mana langkah-langkah pakai set penjagaan pada wajah.
Tak perlu produk maham pun tetapi cukup jika anda boleh amalkan waktu pagi dan sebelum tidur. Sebagai contoh, apa yang perlu dibuat sebelum mencuci muka dan sebagainya.
Sebelum bersihkan wajah, tangan mestilah bersih kan? so cuci tangan dulu barulah apply cleanser pada wajah.
Untuk dapatkan kulit yang extra bersih perlulah buat double cleanser. Tetapi macam mana nak bersihkan wajah dengan betul? Jom teruskan membaca.
•Buat buih
•Mula membersihkan muka dengan cleanser
•Cuci muka
•Ulang langkah yang sama sekali lagi.
• Elakkan dari menggunakan kain dengan permukaan yang kasar agar kulit tidak luka dan juga menipis.
• Sebaliknya, lap wajah dengan tisu atau kain yang lembut agar kulit tidak tegang.
• Jangan sapu toner secara kasar.
• Sapu toner dengan lembut agar terkena seluruh permukaan wajah.
• Mula-mula sapukan moisturiser pada wajah.
• Kemudian sapu sambil mengurut wajah.
• Jangan gosok secara kasar supaya bawah mata tidak kering.
• Jangan lupa sapu eyecream secara perlahan sahaja ya.
Begitu mudah rutin jaga kulit wajah pada waktu pagi dan malam, jadi kenapa masih malas nak konsisten pakai? Nak kulit tanpa cela kena rajin, tau!
Kehilangan orang tersayang disebabkan pandemik Covid-19 memang sangat memeritkan. Walau sukar untuk menerima hakikat itu tetapi perlu menghadapinya dengan lebih kuat.
Ini kerana untuk yang masih hidup, perjalanan masih luas dan perlu diteruskan. Ternyata pengalaman bergelar pesakit Covid sekaligus kehilangan orang tersayang akan tetap dikenang sampai bila-bila.
Perkongsian Mazura Shafii di laman Instagram memang sangat menyentuh hati. Dia yang turut positif Covid-19 sebelum itu tidak menyangka virus ini turut membawa cinta hatinya sekali.
Suami tersayang, Hazard Safeei telah dijemput menemui penciptaNya pada 9 Ogos lalu setelah hampir sebulan bertarung melawan Covid-19.
Walaupun berdepan kehilangan yang sukar, dia yang juga menghidap Anxiety perlu bangkit meneruskan kehiduoan di samping empat orang anak cahayamata ditinggalkan.
“Puan, jantung suami puan dah stop..Kami doktor di HDU ni terpaksa buat CPR padanya..kami beri masa hanya dalam 30 minit..harap puan bersabar”..
Allahuakhbar..sekuat mana pun hati seorang isteri tatkala mendapat panggilan seperti itu pastinya hancur berkecai berkeping-keping..mengigil habis seluruh badan.. speechless..
Apatah lagi panggilan trauma itu berlaku di dlm kereta yang sememangnya sedang menuju ke tempat si suami dengan harapan si isteri dapat bisikkan sesuatu sebagai penguat semangat supaya suami terus bertahan.
Zura tak pernah selamanya menduga pengakhiran cinta kita akan menjadi sangat tragik seperti ini..sepanjang abang di hospital selama 22 hari termasuk 9 hari ditidurkan tak pernah sekalipun Zura putus harapan dan percaya bahawa umur abang akan panjang dan dapat menempuhi dugaan kesakitan ini..Zura amat percaya abang akan pulang balik ke rumah..galas semula tanggungjawab menjaga Zura dan anak-anak..tapi harapan itu hanya tinggal harapan yang semakin sirna..
Abang..dalam kepayahan Zura gagahkan juga melangkah kaki ke tempat pengakhiran hayatmu..jauhku rentas negeri abang..besar harapan utk melihatmu dalam keadaan masih bernyawa tapi siapalah Zura untuk menidakkan takdir Allah..
Zura hanya dapat menatap wajahmu waktu abang dah terbujur kaku..Innalillahi wainna lillahi Rajuun.
Abang dah tenang di tempat pembaringan abang..tiada lagi reaksi, tiada lagi nafas turun naik..semuanya kaku, sepi, sunyi….
Ia menyedarkan Zura dari lamunan yang tamatlah sudah urusan abang di dunia..abang pergi dengan redha..tenang muka abang..Zura percaya abang pergi dengan Husnul Khotimah..
Abang berikan senyuman sama seperti waktu hidupnya abang yang memang suka tersenyum dan menceriakan keadaan.. Allahuakhbar.Abang..pergilah..syurga sedang menunggumu..
Tinggalkan sengsara kesakitan di dunia ini..virus covid yang kejam yang menyakitkan tubuhmu, namun ia juga mahkluk Allah..takkan terjadi sesuatu dgn keizinan Allah juga..kesakitan yang abang rasa adalah penghapus segala dosamu dgn izin daripadaNya juga.
Abang sayang..tahun ni genap 20 tahun cinta kita bersemi dengan ikatan perkahwinan..
Namun Allah telah tarik abang daripada gengaman tangan Zura..20 tahun yang bukan sekejap kita cipta memori indah bersama..kini hanya tinggal cebisan kenangan yang sangat-sangat meluluhkan hati Zura sebagai seorang isteri dan ibu..
Abang, Zura tahu abang telah redha dengan takdir ini seusai perbualan kita sebelum abang ditidurkan..sempat lagi abang cantumkan gambar selfie abang dan Zura masa tu..momen mahal tu biarlah Zura simpan dalam hati yg paling dalam..
Abang kata ini takdir hidup abang.. abang tak takut, tenang je rasa..seboleh mungkin Zura cuba sorokkan kesedihan pada masa tu..padahal hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.
Allahuakhbar, sakitnya sebuah perpisahan..sakit lagi kenangan-kenangan yang ditinggalkan.. segalanya seperti wayang gambar yang sentiasa bermain-main di fikiran dan bersemadi di hati..
Zura ingin berdamai dengan takdir Allah.
Takdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Abang bukan kepunyaan Zura selamanya..abang cuma pinjaman kiriman Tuhan utk membahagiakan hidup Zura untuk satu tempoh yang telahpun dimeteraikan..
Sedalam mana pun cinta Zura padamu..Allah lebih sayangkan dirimu..Abang terlalu baik..maka Allah ambil balik apa yang Allah telah pinjamkan pada Zura..Allah juga duga Zura dan anak-anak kerana sayangnya Allah pada kami..
Kami sentiasa dalam permerhatian Dia..Kami dicintai Dia..tidak akan beriman seseorang itu kalau dia tidak diuji dan dia kalah dalam ujian tersebut.
Abang..walaupun kita dah terpisah dunia..kasih sayang cinta kita akan bersemi selamanya.
Zura berkali-kali bisik dalam diri sendiri yang Zura dah redha.redha ditinggalkan.. redha keseorangan hidup tanpa cinta hati..Zura redha menjalani kehidupan dengan 4 orang cahayamata kita..
Abang jangan risau..walaupun sepanjang umur abang bersama Zura..Zura memang nampak lemah, kuat nangis, ada anxiety lagi..yelah mungkin manja sangat dan semuanya mengharapkan bantuan abang..
Tapi Zura dah nekad dengan ketiadaan abang Zura boleh bangun kembali..Zura percaya Allah akan beri kekuatan yang luar biasa pada Zura..
Kadang-kadang tanpa disedari, kita turut terdedah dengan pelbagai jenis bahaya. Antaraya adalah gigitan serangga kecil.
Walaupun kecil tetapi sebenarnya berbisa dan boleh nmenyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan pada kulit.
Perkongsian dari laman web Farmasi @Farmacora ini memberitahu bahaya serangga yang boleh hidup bawah kulit manusia dan tanda-tanda perlu tahu sebelum itu.
Kutu suka kawasan yg hangat tetapi tersorok seperti ketiak & kepala untuk menghisap darah. Digigit kutu tak bahaya tapi ada beberapa jenis kutu yang bawa kuman berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit seperti demam tompok Rocky Mountain (RMSF) atau penyakit Lyme.
Hama gatal betina duduk pada bawah lapisan kulit manusia untuk bertelur selama berminggu-minggu lamanya tanpa dikesan oleh perumah. Haiwan ini cuma bertelur dan tidak akan membiak di bawah kulit manusia.
Skabies boleh menjangkiti orang lain dengan sangat cepat menerusi sentuhan fizikal. Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, doktor selalunya akan mencadangkan satu keluarga mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Doktor akan merawat hama gatal menggunakan sejenis racun. Selalunya, ia boleh didapati dalam bentuk krim dan losen dan amat efektif dalam membunuh hama dan juga telur-telurnya.
Sesiapa yang pernah tinggal di asrama kebiasaanya pernah terkena skabies ni.
Ulat skru merupakan serangga pemakan daging yang berbahaya dan boleh mencetuskan pelbagai masalah. Rupanya yang sama macam ulat sampah membuatkan ramai yang keliru.
Ulat skru dewasa akan jadi lalat dan mencari perumah yang mempunyai luka terbuka. Kemudian, lalat ini akan bertelur pada kawasan tersebut. Selepas beberapa jam, telur akan menetas dan mengeluarkan larva.
Larva ini ada garisan pada badannya yang menyerupai skru. Ulat ini akan makan tisu di sekelilingnya dan jangkitan hanya boleh dibuang melalui pembedahan.
Jangkitan oleh serangga berbahaya ini susah dirawat. Oleh itu, sebarang luka yang dijangkiti ulat skru perlu ditutup secepat mungkin.
Buat masa ini, hanya pembedahan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah jangkitan oleh ulat skru. Selepas serangga ini dibuang, doktor akan menggunakan antibiotik untuk elakkan jangkitan pada kawasan luka.
Kalau mengalami masalah kulit disebabkan gigitan serangga, sila berjumpa doktor secepat mungkin.
Perhatikan tanda-tanda seperti ruam yang merebak dan sukar sembuh, rasa ketulan atau pergerakan di bawah lapisan kulit, demam, susah bernafas, tak dapat melihat dengan baik & sawan.
Sila berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut. Jangan sesekali abaikan rasa sakit yang dialami disebabkan gigitan serangga. Jika tak berhati-hati, boleh membawa maut!
Untuk info kesihatan setiap hari, jangan lupa follow @Farmacora