3. Lahir di England dan mula mengenali Islam ketika sambung pengajian di kolej. Memeluk agama Islam pada usia 18 tahun.
4. Berada dalam keluarga Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris.
7. Lebih 10 tahun mencipta identiti sebagai pereka fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.
Nak cantik jimat, pakai yogurt sahaja pada kulit muka! Memang berkesan cuma ini pilihan jika anda tak berapa rajin pakai set penjagaan kulit yang banyak.
Cukup dengan menjadikan yogurt sebagai masker, kulit jadi anjal dan hilang masalah jeragat yang ada di wajah.
Ini terbukti apabila model dan anak angkat kepada Steve Harvey iaitu Lori Harvey rajin berkongsi tips dan rutin kecantikannya di lama TikTok.
Video masker yogurt Lori telah menerima 3.1 juta tontonan ternyata ramai yang bersetuju dengan tips Lori. Rata-rata komen di video menyukai yogurt dan sudah mengetahui manfaat yogurt pada kulit.
Tidak susah pun dan tak perlu beli produk mahal, Lori hanya guna Greek yogurt atau plain yogurt sebagai masker malam setelah selesai membersihkan wajah. Hasilnya, pigmentasi pada kulit kelihatan pudar dan kulit lebih lembut.
Walaubagaimanapun, rutin menggunakan yogurt begini akan mengambil masa yang lama. Ini kerana kandungan lactic acid pada yogurt agak rendah, sekadar 1 peratus!
Jadi untuk mengatasi hiperpigmentasi atau tompok hitam anda memerlukan produk yang lebih kuat dan berkesan. Jangan ingat hiperpigmentasi hanya pada permukaan kulit, tapi ia jauh kedalam kulit.
Kalau anda tak nak membazir makanan atau risau menggunakan produk makanan pada kulit. Alternatif yang lain ialah guna produk dengan kandungan lactic acid atau lebih dikenali alpha hydroxy acid (AHA).
Bukan setakat hilangkan tompok hitam pigmentasi tapi ia boleh mengurangkan jerawat sekaligus mencerahkan dan memberi tekstur kulit yang lebih sihat.
Anda boleh jumpa banyak AHA dalam produk kecantikan samada pembersih wajah, serum, skrub dan pelembap.
Ini antara yang laku keras dan berkesan untuk buat kulit cantik tanpa jeragat dan parut jerawat:
Hah, jadi pilihan di tangan anda! Nak ikut guna cara jimat dengan menggunakan yogurt atau beli produk dah siap di kedai. Janji rajin pakai je lah.
Siapa kata kecacatan jadi penghalang untuk berjaya. Tanpa sebarang usaha dan kerja kuat, pasti yang diimpikan tidak akan tercapai.
Diuji Tuhan apabila dia yang dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, buat Khairul Anisa Mat Samsuddin, 32 tahun, tidak pernah berputus asa untuk berjaya seperti insan normal lain.
Kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah menjadi batu penghalang buat wanita ini untuk melakar kejayaan dan mencari rezeki halal seperti insan sempurna lain.
Mesra disapa Anisa, ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.
Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.
“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.
“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang tidak minta lahir sebegini.
“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.
“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)… bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.
“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya yang berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shakir dan wanita itu terus diuji.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.
“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.
“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.
“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.
Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya sebenarnya selalu melihat iklan produk Nurraysa mengajak ramai menjadi pengedar. Tetapi ia berlalu begitu saja. Saya pun tak pernah didedahkan dengan jenama itu.
“Dipendekkan cerita, teman saya mengajak menjadi pengedar jenama itu. Produk pertama yang saya cuba ialah Glowing DD Moist Cake. Saya jatuh hati dengan foundation muka itu dan terus jadi pilihan.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.
“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling.
“Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya lagi.
Nurraysa Global Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 diterajui Nur Aini Zolkepeli. Bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.
Memasuki tahun baru 2022, founder Nurraysa komited dan berazam untuk bantu 400,000 orang untuk berjaya bebas dari bebanan kewangan melalui kempen NAK
BERJAYA 2022.
Setakat ini, sudah ada 32 ‘billboard’ jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan dengan ‘tagline’ Kosmetik Mesra Wuduk.
Ramai yang suka guna warna putih untuk naikkan seri, tetapi cara basuh cadar langsung tak peduli. Akhirnya lama-lama nampak kuning dan kena beli baru.
Haaa… tahu tak, ada cara yang betul kalau anda nak basuh kain warna putih, semak langkah-langkah yang dikongsikan Puan Zaza Zalina ini. Tanpa clorox ya, tetap bersih elok!
Cadar putih memang nampak minimalist dan membuatkan bilik kelihatan kemas dan berseri tetapi penjagaan cadar putih agak susah kerana jika salah cara membasuhnya akan menyebabkan kekuningan.
Begitu juga dengan tuala putih, perlu cara menggunakan cara betul supaya kekal putih dan tidak kekuningan.
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu. Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sdikit.
Hasilnya! Cantik putih berseri-seri macam baru dibeli di kedai kan?
Nila jadi cair begini ya tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Jadi selepas ini tak perlu lah beli baru cadar putih sebab anda dah tahu cara macam mana nak putihkan kain baju putih jadi bersih.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!