Kuasa magis bedak asas dalam teknik solekan memainkan peranan yang sangat penting sehingga mendapat jolokan kunci kepada solekan sempurna.
Tetapi, sehingga kini masih ramai wanita yang keliru dan tidak tahu memilih bedak asas dengan tepat.
Bedak asas tidak seperti pengalit mata, jika tersalah langkah boleh diperbetulkan. Bila tersalah aplikasi bedak asas tidak ada cara untuk menyembunyikannya.
Jadi tidak mustahil ramai wanita memilih menggunakan krim BB sebagai jalan keluar.
Ramai wanita yang mengaku memilih tekstur bedak asas yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit sebagai cabaran.
Apatah lagi apabila melihat deretan bedak asas yang beratur di kaunter kosmetik. Wanita semakin keliru untuk memilih rona yang sesuai dengan kulit dan kadang-kadang membeli bedak asas tanpa mencuba dan apabila pula ke rumah menyesal.
Satu lagi masalah yang berkaitan dengan bedak asas adalah tidak tahu aplikasi yang betul.
Ads
Bagi mengatasi masalah kekeliruan ini cara yang tepat untuk mengetahui bedak asas yang terbaik untuk kulit adalah dengan mendapat khidmat nasihat daripada jurusolek professional.
Mereka akan melakukan diagnosis untuk anda dan mengajar bagaimana mahu memilih bedak asas dengan betul serta teknik yang bersesuaian.
Pilih Bedak Asas Betul & Teknik Sesuai
1. Eksfoliasi dan hidrasi
Sebelum menyapu bedak asas pastikan kulit wajah bersih dan jika perlu lakuakn eksfoliasi terlebih dahulu. Kulit yang kering, berkuping dan sel kulit mati akan menyebabkan bedak asas tidak dapat disapu dengan sempurna di atas kulit.
Singkir segala sel kulit mati dan segarkan kulit dengan menyapu pelembap dan serum. Selepas itu baharu melakukan aplikasi bedak asas. Sebaik-baiknya gunakan bedak asas yang ringan pada waktu siang dan tebal sedikit untuk solekan malam.
2. Adun dengan span
Menggunakan jari untuk mengadun bedak asas di wajah tidak salah tetapi apabila menggunakan bedakasas dalam bentuk cecair span adah medium yang betul demi menghasilkan solekan yang halus dan sempurna.
Ads
Span akan menyerap bedak asas yang tidak diperlukan oleh kulit yang menyebabkan solekan berkuping-kuping atau bedak asas berlebihan melekat pada kulit. Apabila anda rasa sudah cukup biarkan bedak asas seketika di atas wajah.
Teliti dengan sempurna setiap perimeter wajah terutama di bahagian tulang rahang untuk mengelakkan solekan yang bercapuk.
3. Penyamar Noda
Menyapu penyamar noda sebelum aplikasi bedak asas membuatkan anda menggunakan lebih banyak penyamar noda daripada yang diperlukan. Apabila menggunakan penyamar noda berlebihan akan membuat solekan Nampak berkuping.
Langkah yang betul adalah setelah menyapu bedak asas dengan sempurna baharu letak penyamar noda di daerah yang diperlukan atau menutup kekurangan di wajah. kemudian adun sempurna dan hasilnya anda akan mendapat solekan yang semprna dan mulus.
Ads
4. Guna Berus
Ramai wanita yang tidak menggunakan berus ketika menyapu bedak asas di wajah. Tetapi, kebanyakan jurusolek menggunakan berus untuk menyapu bedak asas agar solekan sempurna dan rapi.
Berus pula bukan boleh mengguanakan sebarang berus malah perlu menggunakan berus yang direka khusus untuk menyapu bedak asas. Teknik yang betul menyapu bedak asas menggunakan berus adalah dengan gerakan membulat.
Teknik ini bukan sahaja menjimatkan penggunakaan bedak asas malah menjadikan sapuan menyeluruh. Jangan lupa bersihkan wajah dengan sempurna daripada sebarang solekan sebelum tidur.
Rahsia Terbaik Turunkan Berat, siapa kata orang berbadan besar tak boleh jadi slim. Dan siapa cakap orang badan besar tak guna, tiada nilai dan tak boleh diharap!
Rapi memang pantang bila orang memandang serong kepada orang bertubuh besar dan gemuk.
Orang berbadan besar pun manusia juga. Ada banyak cerita yang dikongsi bagaimana seorang wanita yang berbadan besar berazam untuk menurunkan saiz tubuhnya dek kerana dihina oleh pasangan sendiri.
Lagipun, orang berbadan besar agak sukar untuk melakukan rutin harian terutamanya solat. Bagi memudahkan melakukan ibadat harian, gadis tersebut nekad menurunkan berat badannya.
Rahsia Terbaik Turunkan Berat
Ini antara amalan yang boleh diamalkan, lebih memilih makanan yang direbus atau dibakar dan sebolehnya dia akan mengelakkan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi. Nur Leeza turut kongsikan pelan pemakanannnya seperti di bawah ini.
Sarapan: segelas susu rendah lemak bersama oat
Makan tengah hari: Segenggam nasi beras perang, salad dan dada ayam sama ada dibakar.
Makan petang: Dua biji buah epal hijau.
Setiap hari juga Nur Leeza akan membuat senaman cardio selama 30 minit dan dia wajib meminum empat liter air kosong.
Semoga semangat yang ditunjukkan oleh Nur Leeza ini boleh jadi inspirasi kepada anda di luar sana yang mahu turunkan berat badan.
Orang lain boleh buat, tak kan kita tak mampu? Yang penting ada nawaitu yang tinggi dan tak mudah mengalah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wooww, nampak hot dan seksi! Haa… generasi 90-an pasti familiar dengan telenovela “Yo Soy Betty, La Fea“.
Telenovela yang pernah mencetuskan fenomena ini dibintangi oleh Ana Maria Orozco, aktres Colombia yang memiliki kecantikan yang memukau.
“Yo Soy Betty, La Fea” yang mengisahkan tentang gadis bernama Betty ini sering dipandang hina kerana wajahnya yang kurang cantik. Signature look Betty adalah kaca mata tebal, rambut bang, pakaian oversized dan braces.
Mencecah usia 49 tahun, dalam diam ramai yang kagum dan terpesona dengan kecantikannya. Bukannya makin meningkat usia, makin nampak tua. Tetapi makin lama makin nampak muda, langsung tak menua!
Aktres dan juga ibu kepada dua anak ini sering tampil bergaya seperti orang muda. Dengan rambut panjangnya yang hitam lebat itu, naikkan lagi seri dan kecantikan semula jadinya. Lihat gambar terkini Ana di bawah;
Nampak ‘teduh’ melihat kecantikan pelakon dan pengacara, Lisa Surihani, dengan penampilan bertudung dan menutup aurat selengkapnya, lagi lah nampak manis.
Malah isteri kepada pengarah, Dato’ Yusry Abdul Halim ini semakin menjadi idola dari sudut penampilan kepada golongan wanita untuk menjaga aurat sepenuhnya.
Cara Cantik Lisa Surihani, Tak Mekap Tebal Pun Manis Orangnya
Namun apa yang menarik perhatian, wajahnya walau kurang mekap, tetap naik serinya. Haaa.. nak tahu tak apa rahsinya? Jom kita selongkar tup cantik Lisa Surihani…
1. Jarang Bersolek
Solekan selalunya menjadi ‘teman karib’ bagi wanita kerana ia mampu merubah penampilan seseorang itu menjadi luar biasa. Solekan juga mampu meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Tetapi sejak mula istiqamah berhijab Lisa dilihat semakin jarang mengenakan solekan yang tebal kecuali atas tuntutan kerja bagi menghadiri majlis-majlis formal.
Malah, Lisa lebih selesa hanya mengoleskan perlindung sinaran UV (Sunscreen) agar dapat melindungi diri dari dimamah panahan mentari. Lisa juga hanya menaikan seri wajahnya dengan menggunakan maskara serta gincu yang dioles nipis pada wajah.
2. Buat Senaman
Selain menjaga kesihatan kulit wajah. Lisa juga rajin melakukan senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, semakin berusia semakin menjadi satu kewajipan untuk menjaga kesihatan tubuh badan jika tidak mahu merisikokan kesihatan. Hanya lakukan senaman ringan seperti turun naik tangga, brisk walking atau bersenam secara santai juga sudah memadai.
3. Pilih Untuk Bahagia
‘Happy wife happy life’ itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kebahagiaan Lisa sejak mendirikan rumahtangga dengan Yusry sejak 11 tahun yang lalu. Malah, pasangan ini sentiasa kelihatan sangat sweet dan romantik dan mereka sering dilihat bersama.
Jelas terpancar kebahagiaan yang dipaparkan pasangan ini. Hasil perkongsian hidup bahagia merpati dua sejoli ini, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Mungkin inilah rahsia sebenar kejelitaan Lisa. Apabila bahagia maka dalaman pun gembira terpancar kecantikan dari jiwa ke wajahnya.
4. Bersihkan Muka Sebelum Tidur
Meskipun sibuk dengan tugasan memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan.
Lisa akan memastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.
Jadi, kalau nak cantik semula jadi macam Lisa Surihani, anda kena lah berubah dan amalkan beberapa tip yang dikongsi seperti di atas. Rajin buat senaman dan jangan sesekali tidur tanpa membersihkan kulit wajah dahulu. Ingat tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!