
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan berat badan asal jika tidak menjaga pemakanan dengan betul.
Apatah lagi faktor kenaikan berat badan adalah disebabkan mengandung dan terpaksa melalui proses pembedahan ketika bersalin.
Namun dek kerana keinginan yang kuat untuk mendapay berat sebelum, wanita ini Nurul Aimi Mohammad Kamil dari sahabat Diet Suku Suku Separuh akhirnya berjaya melenyapkan hampir 13 kg dalam masa 3 bulan.
Artikel Lain: Kena Kecam Sebab Berisi, Wanita Tekad Buat Diet Suku-Suku Separuh. Lepas Setahun Berjaya Kurus!


Dalam perkongsian di media sosial, dia memberitahu jika kita menjaga makan betul-betul pastinya tidak akan mengalami kenaikan berat badan.
Sebelum itu telah mencuba pelbagai diet termasuk intermittent fasting dan hanya mengamil telur saja tetapi semuanya tidak menjadi.
Angka berat badan masih statik tidak berubah. Dia akhirnya cuba menggunakan kaedah diet suku-suku separuh dan berjaya mendapat berat ideal.
Jika sebelum ini beratnya hampir mencecah 70 kg tetapi akhirnya berjaya turun ke angka 55.8kg dan mendapat berat ketika bergelar anak dara.

Menu lunch saya setiap hari lebih kurang macamnilah, nasi 3sudu
Alhmdulillah akhirnya skrg dah masuk fasa maintain.
Tetap jaga makan jugak yer.. taknak gemok lagi
Lost 14kg dlm masa 3-4bln
Kembali dah zaman kurus zaman ank dara dulu
Buat DSSS ni hati kena kental, wajib bagitau semua orang kita tengah berDiet, barulah mereka paham dan support terutama pasangan kita
Abaikan mulut longkang orang sebab hasilnya kita yg dapat
Nak kurus bukan sebab nak cantik jer tapi nak sihat
Artikel Lain: 5 Bulan Diet, Wanita Berjaya Transformasi Diri. Dedah Rahsia Kembali Langsing Tanpa Guna Produk!

DIET SUKU SUKU SEPARUH TERBAIK
Terkini 55.8kg
Tinggi 162cm
Bmi 20 (normal/ideal)
good luck untuk semua
Aim dari sekarang nak turun berapa kilo
Biasa sebulan boleh turun 4-5kg jika betul-betul disiplin



Artikel Lain: Solat Dah Tak Perlu Guna Kerusi. Wanita Usia 57 Tahun Ini Buktikan Hanya Amal Diet Sihat Boleh Hilang Berat Badan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gosok Gigi Pun Mulut Masih Berbau, Ini 6 Makanan Boleh Ambil Untuk Hilangkan Mulut Berbau

Tidak dinafikan kita akan jadi kurang selesa jika orang di sebelah mempunyai mulut yang berbau.
Terutamanya apabila setelah makan bawang atau petai yang meninggalkan bau tidak menyenangkan. Hendak ditegur bimbang membuat rakan sebelah terasa.
Sebenarnya selain menggosok gigi atau menggunakan pembersih mulut, ada lagi beberapa jenis makanan boleh membantu hilangkan bau mulut ini.
1.Makan Epal
Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut. Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.

2. Pilih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering. Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.

3. Kayu Manis
Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.

4. Ambil Timun
Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.

5. Sentiasa Minum Air Putih
Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.

6. Amal Minum Air Lemon Setiap Pagi
Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi. Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.

Artikel Berkaitan:
Wanita Ini Kongsi 16 Barangan Peribadi Patut Bawa, Jika Positif Covid-19 & Jalani Kuarantin Di MAEPS
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setahun Buat Diet Intermittent Fasting, Wanita Ini Akhirnya Miliki Berat Idaman!

Mempunyai berat badan melebihi 100 kg memang satu pengalaman yang tidak begitu menyeronokkan. Ada yang menjadi mangsa kecaman dari orang sekeliling.
Namun daripada kata-kata hinaan diterima seseorang itu akan berusaha untuk memastikan mendapat berat badan yang ideal.
Perkongsian Farhana Nazli memberitahu bagaimana dia berjaya menghilangkan 28kg dalam masa hampir setahun.
Artikel Lain: Amal Diet Suku-Suku Separuh & Rajin Puasa Sunat! Lepas Setahun Berjaya Dapat Tubuh Langsing!
Dia yang memulakan diet pada April 2019 ketika beratnya mencecah 104kg. Namun ketika beratnya mencecah 70 kg dia terpaksa berhenti seketika kerana mengandung.

Dan kemudian menyambung semula perjalanan diet selepas 2 bulan melahirkan bayinya.
Buat masa sekarang berat badannya adalah 77 kg dan masih kekal pada angka itu. Menurutnya sebelum itu faktur utama menurunkan berat badan adalah disebabkan masalah period tidak teratur dan kecaman diterima dari orang sekeliling.
Hilang 28KG Dalam Masa 2 Tahun Amal Kaedah Intermittent Fasting
Saya start pada 10 Apr 2019.. masa itu berat 104kg macam tu. Selepas itu sampai berat saya turun 79kg. Saya tak stop.. cuma saya stop kejap masa pregnant lepas melahirkan baby umur 2 bulan saya start semula
Dah lama tak share tips diet. Macam mana aku lost 28kg. From 98kg to 70kg. Ok meh nak citer.
Ok first apa kau kena buat untuk start diet?
1. ELAKKAN SEGALA MINUMAN BERGULA.
Minum air masak je. Tak perlu 2 – 3 liter. Cukup sekadar kau haus, then teguklah air masak. Tak kisahlah air dalam peti, air luar peti, air berais. Semuanya lulus sebab air batu atau air peti tak berkalori. Jangan takut dengan mitos-mitos yang mengatakan bahawa minum air sejuk peti atau berais ni membuncitkan perut. Jangan kau teguk air panas mendidih sudahlah
2. AMALKAN DIET INTERMITTENT FASTING (IF)
IF ni macam puasa, tapi bukan macam puasa kita umat islam selalu buat tu. IF ni puasa yang tak boleh makan dan dibenarkan minum sahaja. Itupun minuman tak berkalori. Air kosong!
Kalau ada yang kata, lebih baik kau puasa sunat. Itu terpulang. Pergi main jauh-jauh, jangan memekak islamik bagai kat posting aku

Kau puasa sunat niat nak puasa sunat demi Allah ke demi nak kurus? #sistanyejeh
Ok, berbalik kepada topik asal. IF boleh dibuat ikut keselesaan kau. Ada orang buat 12:12 atau 16:8. Apa tu? 12 jam puasa, 12 jam lagi boleh makan. 16 jam puasa, dan 8 jam boleh makan.
Jam yang boleh makan tu jangan kau mentekedarah tanpa henti dalam masa 8 jam atau 12 jam tu. Biarlah berjadual ok.
Ini contoh jadual masa makan untuk IF 12:12
– Sarapan 8 am
– Snack 10am
– Lunch 1 pm
– Snack 5 pm
– Dinner 7 pm
Selepas pukul 8 pm kau dah tak dibenarkan ambil apa-apa makanan dan minuman berkalori. Cuma air kosong SAHAJA.
Artikel Lain: Lepas 9 Bulan Diet, Berjaya Dapat Berat Ideal. Gadis Kongsi Menu Sihat Seminggu Diamalkan!

3. SARAPAN SEKADAR ALAS PERUT.
Pagi-pagi perut masih kosong. Janganlah kau kejutkan dia dengan makanan berat. Nasi lemak, nasi minyak, nasi nasi nasi. Makanlah sekadarnya sahaja.
2 biji telur separuh masak dan 2 keping roti bakar. Atau; Sandwich telur
4. SNACKING
Beberapa jam selepas sarapan tu comfirm kau laparkan? Makanlah. Tapi, cukup dengan buah-buahan sahaja dan sekadar alas perut juga. Masa inilah nak latih “makan ketika lapar” Macam tu juga dengan snacking petang.
5. AMALKAN SUKU-SUKU SEPARUH (SSS)
Jika kau memilih untuk makan nasi untuk lunch dan dinner amalkan pinggan SSS. Apa tu?
– Suku Pinggan Nasi
– Suku Pinggan Lauk
– Separuh Pinggan Sayur
Jangan gatal tangan repeat pinggan SSS kau tu untuk kedua kali pula. Walauapapun yang terjadi, tolong berhenti makan selepas pinggan SSS kau tu licin. Masa inilah kau nak latih diri kau ‘berhenti sebelum kenyang’.

6. NO KUIH MUIH OR JUNK FOOD
Segala kuih, kek, makanan ringan, makanan segera tolong elakkan. Nak kurus tak? Kau sekolah tak? Nak kurus tolong ikutlah. Tinggalkan sekejap kuih muih, kek, pastry semua tu.
7. SENAMAN
Pilihlah apa-apa senaman yang kau mampu. Ringan-ringan saja. Search di Youtube. Buat 30 minit setiap hari.
Ok. Itu saja tips dari aku. Rasanya dah tak ada yang tertinggal kot
Aku bercerita melalui pengalaman aku dan aku bukanlah seorang coach. Jadi kalau tak setuju dengan cara diet aku, itu terserah kau orang. Yang rasa diet aku tak ok untuk kau, sila main jauh-jauh.

Yang rasa diet ni ok, ambil dan amal. Jangan buat pekasam. Sampai bila nak ternak lemak tu? Pastu salahkan aku bagi tips tak menjadi.
Goodluck gais. Enjoy your diet journey
Farhana Nazli
#tipskurusfarhananazli1
Artikel Lain: Rajin Buat Rutin Penjagaan Wajah Sejak Dulu. Rahsia Awet Muda Pak Nil Walau Usia Cecah 59 Tahun!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serangan Anxiety, Orang Tengok Macam Sihat Tapi Dalaman Tu Tak Kuat!

Serangan anxiety ini boleh berlaku tanpa disangka-sangka dan bila-bila masa, tanpa mengira had umur dan jantina. Namun macam mana keadaan orang yang berdepan dengan masalah ini, anda patut ambil peduli.
Cuba bayangkan, apa yang anda akan lakukan jika dikejar anjing? Pasti anda akan lari menyelamatkan diri bukan? Begitu jugalah dengan mereka yang menghidap anxiety.
Untuk memahami apa itu anxiety, cuba baca perkongsian Puan Siti Ainur, dia sendiri juga pernah kena serangan ini.
Serangan Anxiety
Macam mana mahu cakap eh. Orang yang tak rasa dia tak akan paham. Sakit dia lagi perit. Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat. Rasa dia memang rasa nak mati. Memang sakit dia tidak ada luka, tidak ada lebam, tiada apa apa pun.
Bila pergi jumpa doktor, check memang tak ada-apa. Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah, gila lah mental lah. Sebab tak rasa kan? Kalau dah rasa barulah tahu ya. Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint. Sesiapa je boleh kena sebenarnya.
Saya terangkan dengan ringkas dan mudah faham. Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab, sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tak boleh tidur, terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa, pikiran kacau bilau, yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian. Yang kena gestrik, gerd pun akan camni.
Dengar memang orang akan ketawa. Kalau cerita pada orang pun, orang akan cakap gila. Gila itu lain, tekanan itu lain. Rata-rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan. Dan banyak faktor juga.
![]()
Anxiety ini nak pulih memang ambil masa. Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa. Ada yang hidap bertahun tahun. Ada yang meninggal dunia. Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa. Memang kalau dilihat dengan mata kasar, penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk. Selalu menangis tanpa sebab krana ketakutan dan cemas.
Bila nak tidur takut, semua takut. Keluar rumah takut. Senang cerita semua takut dan cemas. Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering. Tidak keluar rumah seolah-olah merasakan ada sesuatu akan terjadi padahal tidak. Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku. Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku.
Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih. Tapi dia tak akan pulih 100%. Bergantung pada seseorang itu juga. Yang menentukannya ialah MINDSET. Tak ada seorang pun yang mahukan jadi macam ini, malah saya juga.
Ada yang tak paham mereka akan cakap macam-macam, kurang iman lah, kurang agamalah dan memacam lah. Salah!
Solat Pun Tak Khusyuk!
Saya kongsikan sikit, apabila pesakit anxiety mahu solat, solatnya pun memang tidak akan khusyuk. Macam mana saya tahu? Saya juga pernah alami anxiety jadi saya sangat memahmi.
Di sini saya nyatakan cara mengubati anxiety secara umum. Kalau ada yang nak tambah pun boleh.
1) Dekatkan diri dengan Tuhan. Banyakkan istighfar, selawat, zikir.
2) Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif. Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Bila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety.
3) Mindset. Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat, tak takut.” Kadang sebab mindset kita lemah. Betulkan mindset.
4) Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami kita dan percaya. Luah segalanya, mesti lega.
5) Buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu.
6) Jangan tidur keseorangan, sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Contoh anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.
7) Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psy. Anxiety bukan gila. Jangan takut. Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami, dapatkan nasihat mereka. Makan makanan yang sihat. Banyakkan minum air masak.
9) Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut. contohnya takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin. Tukar mindset. Inshallah boleh.
10) Sokongan moral mental dan fizikal. Sokongan daripada Keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety. Sentiasalah bagi dorang support.
Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety?”. Hmm… seperti apa yang saya tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat, lemah, kerap berfikir, stress sebab jaga anak, kerja, bisnes, stress pasal orang, dan sebagainya (sila rujuk pakar).
Kalau benda nak datang kita pun tidak akan jangka. Sesiapa akan kena. Artis pun kena apatah lagi kita orang biasa.
Akhir kata, anxiety datang tanpa kita jemput. Dan tak semestinya macam apa saya nyatakan di atas. Mungkin sebab gastrik, gerd dan sebagainya. Ini saya ceritakan apa yang berlaku kepada saya dan macam mana saya atasi semuanya saya nyatakan di atas.
Jika ada cadangan lain, terserah mahu ikut atau tidak. Setiap orang berbeza dan saya nyatakan cara-cara di atas adalah umum.
I’m not doctor, but Im sharing my experince only.
Please lah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ini. Bagi support each other dan inshaa Allah semua akan jadi sedia kala.
Anxiety and panic attack berbeza. Sila tanya yang lebih arif.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


