Bagi mereka yang baru berkahwin sering dikaitkan dengan masalah kedatangan haid yang tidak teratur.
Situasi ini sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan terutama bagi mereka yang sangat menginginkan kehadiran cahayamata.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor dapat mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Antaranya umur, kehamilan dan berat badan.
Perkongsian Pakar Obstrerik dan Ginekologi Dr Anna Liza Roslani, mengulas lebih lanjut mengenai berat badan dan kitaran haid tidak teratur.
Ayuh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.
“Doktor, sebelum kahwin haid saya elok teratur. Selepas dah kahwin, jadi tak teratur.”
Saya tidak tahu berapa kali saya sudah mendengar ungkapan ini. Kerap sangat sehingga tidak terkira!
Ads
Saya juga kurang faham maksud ayat ini. Adakah wanita itu hanya mengatakan apa yang dia perhati (observation)? Atau adakah wanita tersebut mempercayai bahawa dengan berkahwin (iaitu melakukan hubungan kelamin dengan suami) boleh menyebabkan haid bermasalah? Maknanya, mungkinkah dia mengalami penyakit akibat daripada penyakit kelamin?
Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan saya seterusnya kepada wanita itu ialah ‘Berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’
Biasanya, jawapannya ialah ‘Berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’
Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.
Ads
Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin! Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!
Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).
Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.
Ads
Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon.
Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.
Dr Anna Liza Roslani, Pakar Obstetrik & Ginekologi
Kalau nak tahu, guna air beras adalah salah satu rahsia kulit orang Korea jadi sihat dan cantik. Bukan hanya buat kulit cerah dan bersih tetapi juga awet muda. Best, bukan?
Disebabkan ada banyak kemunculan produk penjagaan kecantikan bebas toksin kebelakangan ini, orang ramai kini beralih menggunakan air beras untuk pemutihan kulit.
Guna Air Beras Glowingkan Kulit
Trend ini adalah kemunculan semula yang besar sebagai penyelesaian yang mudah dan selamat untuk pelbagai isu penjagaan kulit.
Kenapa Guna Air Beras?
Air beras ialah kanji yang tertinggal selepas beras direndam dalam air. Air ini paling bermanfaat untuk kulit dan rambut kerana mempunyai bahan kandungan semual jadi yang tinggi khasiat seperti inositol dan asid ferulik.
Inositol, atau vitamin B8, adalah gula semulajadi. Cukup membantu menjadikan kulit lebih anjal, mengurangkan rembesan sebum, dan mengurangkan pelbagai tanda penuaan. Asid Ferulik pula merupakan antioksidan yang hebat seperti vitamin C dan E.
Ini sangat sesuai untuk melawan kerosakan radikal bebas berbahaya dalam sel, sekali gus menjadikan kulit kekal muda.
‘Inositol sangat baik untuk persekitaran rambut dan kulit kepala. Banyak kajian telah mengesahkan bahawa inositol boleh menembusi dan membaiki rambut yang rosak juga.’
Ini lima manfaat air beras yang paling efektif dan bagaimana anda boleh menggunakannya dirumah. Kaya dengan banyak nutrien seperti vitamin, serat dan magnesium yang membantu menyuburkan sel kulit. Penggunaan biasa boleh membantu anda mempunyai penampilan yang berseri dan sihat.
1. Kulit Glowing
Orang yang tinggal di Asia Tenggara terkenal dengan kulit mereka yang sempurna seperti kaca bersinar. Kebanyakan pakar penjagaan kulit percaya bahawa air beras pada rawatan muka memberi manfaat kepada kesan pemutihan dan pencerahan kulit kerana sumber vitamin dan antioksidan yang baik.
Air putih susu ini juga membantu pengelupasan kulit secara semula jadi dan lembut menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit wajah.
2. Anti Penuaan
Penggunaan air beras mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus. Kaya dengan antioksidan yang mengurangkan elastase yang menyebabkan penuaan pramatang pada kulit.
Jadi anda boleh menggunakan air beras sebagai penyelesaian untuk mengurangkan garis halus, tanda penuaan, dan bintik hitam serta melambatkan proses penuaan.
3. Melegakan Kulit ‘Hangus’ Terbakar
Biasanya ada yang alami kulit ‘hangus’ disebabkan berjemur terlalu lama di luar, air beras ini akan jadi’ubatnya’. Jadi jangan risau! Malah berfungsi dengan baik untuk mengurangkan keradangan, kegatalan, dan kemerahan.
Penggunaannya yang kerap akan membantu anda mengurangkan bintik-bintik gelap dan bintik matahari. Tetapi bukan lah sampai jadi pelindung UV macam guna SPF 30 ketika berjemur di tengah panas.
4. Mengurangkan Masalah Jerawat
Kanji beras membantu memulihkan kulit sambil menguatkan dinding wajah secara semula jadi terhadap tekanan persekitaran. Penggunaan air beras secara kerap membantu merawat jerawat dan melindunginya daripada pencemaran dan mengelakkan risiko keadaan kulit seperti dermatitis.
Jadi kalau rasa tak mampu sangat nak beli set penjagaan kulit, cuba lah beralih guna air beras. Mana tahu, kesannya elok dan serasi untuk anda amalkan setiap minggu. Sekurang-kurangnya jimat poket tapi kulit maintain sihat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum bersolek bagai, anda patut tahu cara cuci berus mekap yang betul untuk mengelakkan kulit muka jadi rosak dan berjerawat.
Menurut pakar dermatologi, berus yang kotor sebenarnya mengumpulkan sisa produk, kotoran, dan minyak yang banyak.
Ya, ini lah yang akan jadi penyebab kulit jadi kemerah-merahan gatal dan ada yang naik jerawat halus.
Cara Cuci Berus Mekap
Sebenarnya tak susah pun nak mencuci berus mekap. Jom baca tip daripada Puan Cik No mengenai cara mudah untuk membersihkan berus mekap:
1) Tuangkan satu sudu besar syampu bayi ke dalam mangkuk kecil. Boleh juga gunakan syampu organik atau cecair pencuci.
2) Tambahkan sedikit air suam agar berbuih.
3) Celupkan satu berus dahulu ke dalam campuran air tadi, pusingkan dengan lembut untuk membersihkan sisa solekan pada berus
4) Rendam berus sekitar lima hingga 10 saat, kemudian cuci dengan air paip yang mengalir.
5) Lap berus perlahan-lahan dan lembut pada kain bersih dan biarkan berus kering dengan sendiri.
6) Ulang langkah yang sama untuk berus-berus yang lain.
Mudah bukan? Tiada jumlah kekerapan yang ditetapkan oleh pakar namun mereka mengesyorkan untuk mencuci berus solek sekurang-kurangnya setiap dua minggu.
Sekiranya anda sangat kerap bersolek, pastikan berus dibersihkan dengan kerap untuk mencegah bakteria melekat yang boleh menyebabkan jerawat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya pakai toner ini untuk buat kulit muka jadi segar dan lembap selepas mencuci muka. Fungsinya boleh membersihkan, menyegarkan, menghaluskan, mengawal pengeluaran minyak, dan melembapkan kulit muka.
Malah toner juga boleh jadi langkah pertama selepas cuci muka yang bertindak sebagai persediaan kepada kulit (skin prep). Toner ada 3 kategori iaitu Hydrating, Exfoliating, dan Treatment.
Pakai Toner Pun Salah Satu Cara Tolak Masalah Jeragat
Bukan semua produk dengan label toner adalah sama. Bergantung kepada formulasi serta bahan utama. Anda kena ambil tahu jenis toner terlebih dahulu sebelum menggunakannya supaya tidak tersilap langkah.
Berbeza Dengan Face Mist
Face mist pula digunakan untuk memberikan instant hydration serta menyegarkan kulit pada bila-bila masa. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang sedikit berbeza.
Fungsi utama face mist adalah:
Menghidrat serta merta dan dalam masa yang sama turut menyegarkan kulit.
Memberi lebih kelembapan pada pemakaian skincare melalui ‘mist sandwich technique’.
Melegakan iritasi pada kulit sensitif dengan kandungan soothing ingredients seperti aloe vera dan chamomile.
Bertindak mengawal minyak dengan kandungan oil absorbent ingredients seperti Silica dan oil production regulation seperti Niacinamide.
Toner pula boleh dipakai menggunakan cotton pad, sapuan terus dengan tangan, atau spray hingga titisan toner melekat pada muka dan tepuk perlahan-lahan untuk membantu penyerapan.
Face mist digunakan dengan cara memegang botol dalam jarak 20cm dan spray 2 hingga 3 kali ke serata muka. Titisan air yang melekat pada kulit adalah seperti kabus, sangat halus, serta hampir tidak kelihatan. Jangan sentuh muka dan biarkan ia air-dry lebih kurang seminit. Kulit muka pasti dapat merasai kesegaran dengan serta merta.
Nak guna face mist sebagai toner?
Kandungan face mist adalah lebih ringan dan mengandungi lebih banyak air. Jadi face mist tidak cukup untuk digunakan sebagai toner dan tidak memberikan kesan kepada kulit sebaik toner.
Sebaliknya, hydrating atau soothing toner boleh digunakan sebagai face mist.
Haaa.. kalau dah tahu perbezaan dua ini, anda boleh lah pilih yang terbaik ikut kesesuaian kulit.
Ada banyak jenis toner muka di pasaran, kalau tak tahu nak pilih yang mana, rujuk perkongsian Nur Sumayyah ini, ada beberapa toner yang bagus untuk anda pilih.
Selamat becantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!