Nampanya kes baru penularan kes covid-19 semakin menaik. Hari ini saja kes harian kembali merekodkan angka 4,000, di mana menyaksikan 4,008 aktif dalam tempoh 24 jam.
Laporan terkini dikeluarkan oleh Kemneterian Kesihatan Malaysia (KKM) itu membabitkan 2,082 membabitkan warga tempatan, mankala 1,201 pula bukan warganegara.
Manakala selebihnya adalah kes import dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 169,379.
Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah kes aktif terus catat peningkatan yang mana kini sejumlah 41,087 kes aktif keseluruhan.
Ads
Sementara itu, sebanyak 2,374 lagi kes sembuh dicatat, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih ialah sebanyak 127,662.
Malaysia juga merekodkan pertambahan kes kematian COVID-19 iaitu sebanyak 11, dan menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini 630.
Ads
Justeru orang ramai dinasihatkan terus kekal berada di rumah dan jangan keluar jika tiada urusan penting. Teruskan amalkan SOP dan pastikan sentiasa ada kawalan kendiri.
Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.
“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.
Dr. Arisman, MD. “Sama-sama belajar” Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah. (Gambar adalah contoh sahaja)
Farah Lee atau Nurfarahin Romli membuktikan kemampuannya walaupun berstatus ibu tunggal dan mempunyai seorang anak apabila berjaya menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University Of Leeds, United Kingdom. Farah juga merupakan selebriti popular di media sosial serta mempunyai bisnes sendiri.
Membesarkan anak sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah. Beban yang dipikul menjadi berganda kerana peranan seorang ‘ayah’ juga turut dipikul bersama.
Namun begitu, berbekalkan ketabahan hati dan semangat yang tidak pernah luntur, ibu tunggal juga mampu mencapai kejayaan yang luar biasa.
Pernah berkongsi kisah hidupnya menerusi kapsyen laman media sosial, terlihat jelas dia seorang yang wanita yang berjaya.
“Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang yang mereka kenali, gaya hidup selesa demi ilmu.
“Dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Kenangan, keringat, air mata, kesakitan, senyuman, tawa dan kasih sayang, semuanya membuatkan ia menjadi hari terindah!”
Begitulah tulisan Farah Lee yang juga mesra dipanggil Omma oleh anaknya, Mariam Esabel. Dia juga turut membuat dedikasi istimewa buat Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.
“Alhamdulillah Maryam, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka menolong dan tabah.
“Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream,” ujarnya.
Kejayaan yang dicapai beliau wajar dijadikan inspirasi untuk semua wanita di luar sana. Tiada apa yang mampu menghalang kita daripada mencapai kejayaan selagi mana kita mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain sayuran, kita juga digalakkan untuk mengambil buah-buahan sebagai diet untuk suplemen tambahan.
Buah-buahan adalah makanan yang mengandungi vitamin yang dapat membantu memberi nutrisi kepada kulit.
Tidak hanya itu, kandungan antioksidan di dalamnya juga dapat mencegah keradangan. Tanpa produk mahal, 5 pilihan buahan ini dapat mencantikkan kulit anda secara semulajadi.
Kandungan vitamin A dan C pada epal boleh membantu kulit anda bercahaya. Antioksidan, kalium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga dapat melindungi kulit dan merawat kerosakan akibat paparan radikal bebas.
Tembikai kaya dengan vitamin C, A dan B1 yang mampu membuatkan kulit seseorang sihat dan bercahaya. Ini kerana nutrisi di dalamnya mampu memperbaiki tekstur kulit tidak sekata, mencegah kerosakan kulit dan mengurangkan keradangan.
Tidak hanya mencerahkan kulit, kandungan vitamin C pada lemon juga mampu melindungi kulit daripada paparan radikal bebas.
Selain itu, lemon juga bekerja untuk mengurangkan bintik hitam, hiperpigmentasi, jerawat dan menutup parut kecil pada wajah.
Tidak hanya mempunyai rasa yang enak, mangga juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit memandangkan ia kaya dengan vitamin A, E, C dan K serta serta flavonoid, polifenol, betakaroten, dan xantofil yang semuanya menjaga kulit tetap sihat dan bercahaya.
Mangga juga dapat membantu mengurangkan jerawat dan memperbaiki tekstur kulit.
Selain vitamin C, nanas juga mengandungi vitamin A dan K yang mampu membantu mengatasi jerawat dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Tidak cukup dengan itu, ia mampu melambatkan proses penuaan wajah dan membuatkan kulit nampak lebih cerah dan bercahaya.