Sejak tersebarnya virus Covid-19 di seluruh dunia, kita digalakkan melindungi diri dan salah satunya adalah dengan memakai pelitup muka atau facemask.
Pemakaiannya adalah diwajibkan sekiranya keluar ke tempat awam yang ramai orang bagi mengelak jangkitan virus ini.
Namun bagi mereka yang tidak tahan dengan pemakaian pelitup muka ini boleh menyebabkan masalah jerawat atau dikenali mask acne.
Menurut pakar dermatologi, Dr Sonia Hanifati, berikutan penularan Covid-19 yang berlaku di seantero dunia masyarakat sentiasa dinasihatkan berwaspada dengan memakai penutup muka.
“Pun begitu, dek kekerapan memakai topeng muka majoriti individu mengeluh kerana mereka kini terpaksa berdepan pula dengan masalah mask acne (jerawat dan iritasi).
“Perlu difahami masalah kulit wajah berkenaan berpunca apabila kelembapan terperangkap di dalam topeng muka.
“Secara tidak langsung, pori-pori tersumbat lalu meningkat pertumbuhan kuman atau bakteria penyebab jerawat,” jelasnya.
Ads
Justeru, bagi mengatasi masalah mask acne dan iritasi, terdapat 3 tip mudah boleh dilakukan. Antaranya ialah:
1. Tukar Topeng Muka
Disebabkan pihak kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng bermula pada 1 Ogos lalu, pastikan korang sentiasa memakainya sebelum keluar rumah.
Pada masa sama, simpan beberapa helai pelitup muka di dalam bekas atau pek yang bersih di dalam beg tangan. Langkah ini bertujuan memudahkan proses untuk menukar mask sekurang-kurangnya setiap tiga jam.
Ads
Elak menggunakan topeng muka sama dari pagi hingga malam supaya wajah tidak ‘berdampingan’ dengan bakteria yang melekat lama pada mask.
2. Sentiasa Pakai Krim Pelembap & Serum
Sebelum keluar bersantai, membeli-belah atau ke pejabat pastikan kulit wajah dilapisi krim pelembap dan serum bagi mengekalkan kelembapan berpanjangan. Selain itu, pastikan krim pelembap pilihan mengandungi agen pelembut yang membantu meredakan jerawat dan masalah kekeringan.
Ads
3. Elak Pakai Krim Asas
Tidak salah untuk bersolek supaya wajah tidak kelihatan pucat. Bagaimanapun, wanita disarakan agar tidak menyapu krim asas terlalu tebal kerana ia mendorong pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.
Viral baru-baru apabila pasangan Neelofa dan suaminya Pendakwah Bebas, Harris Ismail memberitahu kutipan duit raya anak sulung mereka mencecah RM14K.
Walaupun baru pertama kali sambut Syawal memang menjadi rezeki Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu mengutip duit raya sebanyak itu.
Dalam pada itu selain keterujaan menyambut Syawal bersama anak sulungnya, Neelofa juga turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anakandanya Bilal kerana menjadikan dirinya seorang ibu.
Dalam ciapan di Twitter sempena hari ibu baru-baru ini, Neelofa meluahka rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat bergelar seorang ibu.
Ternyata pengalaman mengandung dan melahirkan Bilal adalah perkara yang melengkapi kehidupan bagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.
Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter yang turut tumpang gembira serta mengucapkan selamat hari ibu kepada selebriti itu.
Biarpun sehingga kini ramai menantikan wajah Bilal, namun pasangan ini belum bersedia mempamer wajah Bilal kepada umum.
Neelofa dan suami berkahwin pada 27 Mac 2020 lalu di sebuah hotel dalam satu majlis penuh meriah.
Setahun berkahwin pasangan ini dikurniakan cahayamata pertama Muhammad Bilal yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu kota Januari lalu, setelah mengalami kontraksi selama 14 jam sebelum proses melahirkan selamat.
Ada banyak pilihan sunscreen kulit berminyak di pasaran, jadi agak surak untuk memilih yang terbaik dan sesuai dengan kulit.
Namun perkongsian saudari Fara Juliana ni mungkin boleh membantu anda untuk membuat pilihan sunscreen terbaik mengikut masalah kulit wajah anda, terutama anda yang kulit berminyak.
Pilihan Sunscreen Kulit Berminyak
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan ada jerawat, cari moisturizer tak ada greasy texture, no white car dan masih rasa hydrate bila sapu . Jadi ini antara yang terbaik pernah diguna.
1. Aloe Soothing Sun Cream
Bila asapu kat kulit dan bila nak apply makeup, memang cantik tak usik base makeup dan ada sedikit white cast dan ada sedikit bau. Masih okay lagi tak terlampau wangi tetapi kalau kulit anda sensitif, lebih baik elakkan.
2. Cetaphil UVB/UVA sunscreen
Ini kurang sesuai untuk oily. Akan rasa berat dekat muka but if dry skin mmungkin boleh consider tetapi tidak sesuai untuk kulit kering.
3. My clinic Sunscreen
No white cast senang nak apply dan sapu juga. But a bit sticky dan greasy tapi kena tunggu lama dan mahal.
4. Roundlab Sunscreen
One of the best sunscreen ever! Selesa dan bila sapu kulit rasa hydrate, no white cast dan kulit akan nampak cantik.
5. Skin Aqua Sun-play Brightening Sunscreen
Ini paling senang nak dapat dekat Watson dan ada watery texture senang nak glide and easy nak reapply juga.
6. Beauty Of Joseon Sunscreen
Viral dan no white cast at all, senang nak sapu. Dalam sesaat sahaja boleh nampak hilang white cast. Easy serap dalam kulit.
Jadi terpulang pada anda mahu mencuba yang mana satu, pasti ada pilihan sunscreen yang terbaik untuk wajah anda dilindungi daripada sinaran UV. Yang penting, wajib sapu setiap hari walau cuma duduk di rumah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mudah nak cari produk sesuai untuk hilangkan jerawat, tetapi ini salah satu yang tular di media sosial baru-baru ini setelah ramai yang kata berkesan!
Hah, pernah dengar tentang jenama Korea ‘Axis-Y’? Tular di media sosial kerana memberi kebaikan pada kulit, sekaligus merawat kulit berjerawat.
Cara Ini Mampu Hilangkan Jerawat, Patutlah Ramai Yang Guna!
Rata-rata pengguna berpuas hati dengan magik yang diberikan oleh produk k-beauty ini. Antara yang digemari adalah powerful duo ‘Spot Treatment dan Dark Spot Serum’.
Pakai kedua produk ini, jerawat dan parut jerawat boleh hilang!
Produk ini mengandungi bahan aktif yang baik untuk merawat kulit, iaitu Niacinamide dan AHA/BHA. Niacinamide mampu untuk meredakan keradangan, yang boleh membantu menenangkan keadaan kulit seperti jerawat, rosacea dan ekzema. Manakala, Alpha Hydroxy Acids (AHA) dan Beta Hydroxy Acids (BHA), kedua-duanya adalah pengelupasan kimia yang membantu menanggalkan sel kulit mati dari lapisan atas kulit.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya, tapi nak lagi berkesan pakai keduanya. Ada yang kata dalam seminggu dah boleh nampak hasil. Parut jerawat mulai pudar, jerawat mula mengecut dengan baiknya.
Nak tahu tahap mana berkesan pada kulit, anda kena lah cuba dulu dan konsisten pakai ya. Yang penting selamat dan ada dijual di kedai ‘hijau’.