Semakin hari kita lihat angka kes baru Covid-19 tinggi dan turut juga mencatat kematian baru setiap hari.
Terbaru, virus yang mula dikesan hujung tahun 2019 ini telah mengorbankan seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sungai Buloh.
Artini Dzolkarnaini yang juga petugas barisan hadapan ini meninggal dunia awal awal pagi tadi disebabkan oleh komplikasi Covid-19.
Berita ni dikongsi oleh Faculti Perubatan UiTM melalui hebahan di laman sosial Facebook hari ini.
“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.
Ads
“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,”
Laporan portal memberitahu, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu.
Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.
Ads
Menurut sumber juga, allahyarham Artini merupakan penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM dan bertugas sebagai jururawat program pemulihan jantung dan merupakan ibu kepada lima anak, termasuk baru dilahirkan.
Marilah kita sedekah Al-Fatihah (dengan bacaan) dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.
Jangan bagi alasan malas lagi sebab ada 11 senaman kecilkan kaki, barulah ringan dan nampak cantik bahagian kaki. Nak pakai seluar apa pun mudah! Yang paling penting, kaki kuat untuk beribadat.
Nah, ini adalah beberapa senaman yang sangat berkesan yang boleh membantu anda buang lemak di bahagian kaki.
Untuk melakukan latihan ini, anda perlu terlebih dahulu berdiri dengan tangan di sisi dan dumbbell di setiap tangan. Sekarang, pegang dumbbell dekat dengan sisi badan, letakkan satu kaki di hadapan dan satu lagi bengkok ke belakang, seperti dalam kedudukan lunge. Apabila dalam kedudukan ini, lompat ke atas dan kemudian tukar kaki.
Latihan kedua paling mudah, boleh melakukan yang ini sama ada di tempat kerja atau di rumah. Hanya berdiri rata di atas kaki anda dengan punggung lurus dan angkat tumit perlahan-lahan, menurunkannya semula. Jangan bengkok ke hadapan atau ke belakang semasa melakukan ini. Badan anda harus bergerak ke atas sahaja.
Walaupun ia boleh dilakukan secara sporadis semasa anda berada di luar rumah, jangan mencubanya apabila memakai kasut tumit, atau mengalami masalah lutut atau buku lali. Anda boleh mengalami kecederaan serius! Walau bagaimanapun, berjalan naik dan turun tangga selama kira-kira 10-15 minit beberapa kali setiap minggu boleh menyegarkan betis anda dengan baik!
Berdiri tegak dan sambungkan tangan anda di hadapan seolah-olah anda mempunyai pistol di tangan. Pastikan tangan anda berada pada paras bahu dan lengan diregangkan sepenuhnya. Seterusnya, angkat satu kaki dan bengkokkannya ke dalam posisi mencangkung sejauh yang anda boleh. Tahan sebentar, berdiri dan kemudian ulangi dengan kaki yang lain.
Agak seperti lunge biasa, satu-satunya perbezaan ialah dalam yang ini anda perlu melangkah ke belakang ke dalam lunge daripada melangkah ke hadapan seperti biasa. Pegang dumbbell di tangan, letakkan tangan anda di sisi, dan pastikan kaki yang anda di hadapan membentuk sudut 90°. Jeda, kembali ke kedudukan asal dan tukar kaki.
Ini adalah latihan lanjutan jadi jika anda seorang pemula, jangan mencubanya sehingga anda bersedia. Untuk latihan ini, anda memerlukan kettle bell. Jika anda tidak mempunyai satu, anda boleh menggunakan dumbbell sebaliknya. Pegang kettlebell dekat dengan dada dan lakukan mencangkung, pergi serendah yang anda boleh. Pegang kedudukan, bangkit semula dan ulangi.
Walaupun lebih berkesan dengan dumbbell, anda juga boleh melakukannya tanpa itu, supaya anda mendapat kebebasan untuk melakukannya di mana sahaja anda mahu.
Apa yang anda perlu lakukan ialah berjalan di atas jari kaki selama kira-kira seminit. Rehatkan kaki anda dan kemudian ulangi. Apabila melakukannya dengan dumbbell, pastikan tangan anda melekat pada sisi badan.
Ini adalah senaman paling mudah yang boleh anda lakukan! Dan sama seperti berjalan berjinjit, anda boleh melakukannya dengan atau tanpa dumbell. Duduk di atas kerusi dan hanya angkat tumit. Tahan sebentar dan kemudian ulangi. Walau bagaimanapun, semasa melakukan senaman ini pastikan anda memilih kerusi yang membolehkan lutut anda bengkok pada sudut 90°.
Nasib baik untuk yang ini, anda tidak perlu berjalan di atas jari kaki! Tetapi apa yang anda perlu lakukan ialah memegang kettlebell di setiap tangan dan berjalan selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Pastikan cengkaman anda ketat, badan lurus, dan anda mengambil langkah pendek. Anda juga boleh menggunakan dumbbell jika anda tidak mempunyai kettlebell.
Ini adalah satu lagi latihan yang sangat mudah yang boleh anda lakukan untuk menyegarkan betis anda. Selain menjadikan betis kelihatan baik, senaman ini juga bagus untuk seluruh badan kerana ia berfungsi sebagai kardio yang baik!
Tidak sesukar yang didengar dan anda tidak perlu mendaki gunung untuk melakukan ini. Apa yang anda perlu lakukan sebaliknya ialah masuk ke dalam posisi tekan tubi dan cuba dekatkan sebelah lutut anda ke dada anda kemudian tukar kaki dengan pantas.
Untuk latihan ini juga, pastikan punggung anda lurus dan teras anda ketat. Anda juga boleh melakukan regangan asas untuk menguatkan betis anda.
Selain itu, pastikan anda melakukan regangan sebelum setiap senaman kerana ia menghalang kecederaan dan meningkatkan aliran darah serta fleksibiliti otot anda.
Selamat bersenam!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita ketahui, Varian Delta COVID-19 boleh menjangkiti mangsanya hanya dalam 15 saat dan tersebar melalui udara.
Namun kajian terbaru mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.
“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, tadi.
Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.
Mengenai virus Delta, Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.
Beliau berkata tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.
Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.
Perasan atau tidak trend orang yang menjual makanan yang berwarna-warni walaupun untuk kuih tradisional seperti roti jala.
Pastinya kita rasa teruja dan seronok untuk menikmati hidangan ini kerana warnanya yang cantik dan menarik.
Namun sebagai pengguna kita sebenarnya perlu ambil tahu beberapa perkara yang perlu difahami mengenai pewarna makanan yang terkandung di dalamnya dan bahaya untuk keluarga terutama anak-anak.
Menurut Portal MyHealth, pewarna makanan tergolong dalam salah satu jenis bahan aditif dalam makanan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.
Penggunaan pewarna atau bahan aditif ke dalam makanan sebenarnya telah dilakukan sejak beratus tahun dahulu untuk membantu menyedapkan, mengawet, dan mengekalkan kualiti makanan.
Antara tujuan utama menambah pewarna makanan ini adalah untuk meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi).
Bayangkan kalau tak ada langsung pewarna makanan, pelbagai makanan yang dijual di pasaran akan kelihatan sama dan kurang menarik. Maka, bahan pewarna digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan merangsang selera makan.
Sesetengah makanan memang kita nampak pewarnanya dari luaran. Namun, ada keadaan tertentu di mana kita tak perasan kewujudan pewarna ini.
Selain manisan dan gula-gula, kebanyakan kanak-kanak juga terdedah kepada pewarna makanan ini melalui minuman yang kita sangka sihat seperti jus buah-buahan, susu berperisa dan minuman yogurt / probiotik.
Kajian juga mendapati penggunaan bahan pewarna semakin meningkat dalam pembuatan bijirin sarapan yang biasa kita lihat di pasaran.
Untuk mengesan pewarna dalam makanan, ibu ayah perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan “mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan“.
Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif makanan secara spesifik yang telah ditambah ke dalam makanan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)”.
Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan pada label. Contohnya “mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan”.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Pewarna dan bahan aditif yang dijual di pasaran hanya dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
KKM akan meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.
Jadi sebagai pengguna, kita pula perlu peka dan membaca label dengan teliti sebelum membeli sebarang produk di pasaran.
Menurut beberapa kajian, kesan pengambilan pewarna makanan yang berlebihan dikaitkan dengan hiperaktif atau ADHD di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa pewarna tiruan ini boleh menyebabkan alahan serta punca masalah tidur di kalangan kanak-kanak.
Walaupun pewarna makanan adalah selamat dimakan, namun secara umumnya kita harus melihat dari perspektif diet yang seimbang.
Ini kerana kebanyakan pewarna makanan serta bahan aditif terdapat dalam makanan yang diproses dan snek serta manisan yang kurang bernutrisi. Contohnya kek, aising, biskut, gula-gula, minuman berkarbonat, aiskrim dan coklat.
Bagi ibu bapa yang suka menyediakan makanan sendiri, ada pelbagai bahan alternatif yang semulajadi yang boleh kita gantikan untuk membuat pewarna makanan. Antaranya: