Jerawat dianggap musuh paling ditakuti setiap wanita. Kehadirannya boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan.
Lebih-lebih lagi jika jerawat tumbuh di bahagian Tzone seperti hidung dan dahi.
Mulalah tangan akan bertindak untu memicitnya. Namun sebenarnya perbuatan ini salah dan jangan tak tahu salah picit boleh undang masalah lain.
Memetik laporan artikel Dr Latif Saad dari TheDiagnosa, terdapat risiko memicit jerawat terutamanya pada bahagian Dangerous Triangle atau segitiga bahaya di muka.
Ia boleh menyebabkan nyawa anda terancam jika memecahkan jerawat dibahagian tersebut
Menurut perkongsiannya seorang pesakit dibawa ke jabatan kecemasan disebabkan tidak sedarkan diri.
Pesakit ini berumur 28 tahun, seorang wanita. Dimukanya terdapat jerawat muka yang besar dan merah menyala.Jerawat tersebut terletak dibahagian pangkal hidung iaitu diantara mata.
Tekanan darah normal. Cumanya, pesakit sedang demam dengan suhu 39 darjah. Sampai di zon merah, pesakit mula sawan.
Ads
Penyiasatan di dalam wad mendapati pesakit mengalami jangkitan selaput otak dan bakteria yang terlibat adalah Staphylococcus areus.
Perlu diketahui bahawa jangkitan staphylococcus areus pada kawasan selaput otak adalah satu yang jarang berlaku kecuali jika terdapat jangkitan ketika pembedahan dilakukan ataupun ia berasal daripada jangkitan kulit.
Tetapi bagi pesakit ini, ia berasal daripada jangkitan jerawat dibahagian muka pesakit. Ahli keluarga pun mengakui bahawa pesakit cuba untuk mengeluarkan jerawat di bahagian hidung tersebut sebelum insiden ini berlaku.
Segitiga bahaya di bahagian muka
Segitiga ini bermula daripada pangkal hidung dan ia membawa kepada hujung bahagian mulut. Kesemua kawasan ini akan membawa darah terus ke satu kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus.
Kawasan segitiga yang berbahaya
Ads
Cavernous Sinus ini pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. Jika terdapat jangkitan dibahagian Segitiga yang dikatakan ini, maka jangkitan tersebut boleh masuk ke dalam ruangan ini dan mendatangkan beberapa kesan.
Kawasan Cavernous adalah kawasan yang berwarna biru (rujukan: EBM Consult)
1. Cavernous Sinus Thrombosis
Dimana terdapat pembentukan darah beku di dalam kawasan sinus. Darah beku ini boleh bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok
2. Jangkitan Otak
Saluran darah ini akan membawa darah berdekatan dengan otak dan menyebabkan jangkitan pada otak dan selaput otak. Disebabkan lokasinya yang sangat dekat dengan otak, ia boleh menyebabkan kesan yang cepat seperti pesakit yang saya ceritakan ini
Ads
3. Lumpuh Saraf
Di dalam Cavernous sinus ini pun menjadi laluan beberapa jenis saraf. Jangkitan kuman dalam kawasan sinus ini akan menyebabkan saraf ini lumpuh. Hasilnya otot dibahagian mulut akan terjejas dan penglihatan akan menjadi kabur.
Cara Pengecahan
Jadi untuk anda mengelakkan masalah yang kami ceritakan ini, elakkanlah diri daripada menekan atau memecahkan atau mengeluarkan jerawat yang berada dibahagian segitiga yang kami katakan ini.
Jika anda mempunyai jerawat yang besar, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
Arahan Work From Home (WFH) disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, menyebabkan ramai yang perlu menggunakan telefon atau pelbagai gajet untuk berhubung.
Bukan itu sahaja, malah gajet ini jugalah yang menjadi penghubung kepada kita untuk mengetahui perkembangan terbaru isu semasa dan juga bertanya khabar ahli keluarga masing-masing.
Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.
Jadi ada beberapa senaman jari dan tangan boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.
Kredit: Pexel.com
Senaman Hilangkan Lenguh Tangan
1. Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.
2. Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.
3. Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.
4. Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.
5. Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.
6. Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.
Kebanyakan golongan wanita obses nak kulit putih, padahal warna kulit asli Melayu itulah cantik. Begitulah pandangan pelakon dan pengara wanita, Nabila Huda tentang warna kulit.
Memiliki rupa paras dan bakat yang seiring menjadikan Nabila Huda ini antara selebriti yang memiliki pakej lengkap dalam industri hiburan tanah air.
Nabila Huda Pelik Orang Obses Dengan Kulit Putih
Namun baru-baru ini menerusi luahan Nabila Huda di Twitter, pelakon ini meluahkan rasa peliknya apabila ramai perempuan yang obses untuk miliki kulit dengan warna cerah. Umum sedia tahu pelakon ini memiliki kulit sawo matang yang diakui kecantikannya.
Menerusi ciapannya di akaun Twitter milik peribadi pelakon ini, Nabila Huda pelik wanita Melayu nak kulit cerah.
“Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih. Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik. Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it..”
Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih..Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik..Brown sugar is sexy you know.. i love my skin so much and i am so proud of it..
Pesannya ringkas, “Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Hargai lah kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri awak ok. We are beautiful in our own way! Tak perlu nak jadi orang lain. Just be you and love yourself more.”
Baginya, kalau semua wanita melayu berkulit gelap bertukar jadi putih, hilang lah keaslian orang kita sebagai wanita Melayu.
Malah, dia turut mengatakan bahawa ketagihan mengubah warna kulit asal juga akan mengundang pelbagai penyakit kerana kemasukan bahan kimia merbahaya menerusi rongga kulit.
“Seriously, rugi gila kalau korang ubah warna tu sebab once korang ubah the colour,dah macam-macam chemical masuk dalam kulit. Imagine bila dah tua nanti, adakah dia akan kembali brown seperti asli atau mungkin dia akan jadi kelabu sebab yang putih dibuat-buat tu dah expired?” Terangnya untuk memberikan kesedaran kepada golongan wanita yang obes dengan warna kulit putih.
Nabila Huda juga turut akui yang warna kulit ‘brown’ inilah yang paling senang untuk dijaga. Sempat juga pelakon ini memberikan tips.
“To be honest kan, our brown skin ni lah yang paling senang jaga and tak banyak kerenah. Korang hanya perlu jaga dia untuk sihat and glow. Brown skin paling cantik kalau kena cahaya matahari sampai boleh bertukar jadi golden brown! Sexy.” Tulisnya di Twitter.
Sekadar info, Nabila Huda selamat disatukan dengan suaminya Mohd Izwan pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama. Namun hasil perkahwinan pertamanya dahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan yang semakin cantik, Keisya Laila.
Pembedahan bariatrik ini adalah sejenis pembedahan yang dilakukan untuk membantu seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Malah tidak dinafikan ramai antara golongan selebriti yang telah berjaya melakukan pembedahan ini dengan tujuan untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami sebelum itu.
Salah seorang yang turut melakukan prosedur ini adalah penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan yang mengakui menjalani pembedahan bariatrik pada 21 Mac lalu.
Menurutnya dia melakukan pembedahan ini bukanlah untuk mendapatkan tubuh badan lebih cantik, tetapi bagi merawat masalah gastrik serius yang dihadapinya sejak sekian lama.
Masalah gastrik yang dialami ini menyebabkan dia telah mengalami pertambahan berat badan sebanyak 18kg.
“Bila ada masalah gastrik saya sentíasa makan tidak tentu dan kerap. Apabila berat badan naik, saya rasa susah untuk bergerak, solat dan tidak selesa ketika menyanyi.
“Menerusi pertemuan dengan pakar bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher, beliau mencadangkan saya menjalani pembedahan bariatrik.
“Pembedahan itu bukan sahaja mengatasi masala gastrik, tetapi juga mengurangkan risiko saya mengalami masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau kolesterol pada masa akan datang,” katanya kepada Media Hiburan.
Dia juga turut menafikan tujuan untuk melakukan bariatrik adalah untuk mendapatkan berat ideal dan tubuh menggiurkan, sebaliknya bagi memastikan kesihatan berada dalam tahap terbaik.
“Pertamanya saya buat ini memang untuk kesihatan, bukan untuk kecantikan. Cuma bila kita sihat, secara automatik penampilan kita akan cantik, bukan sahaja luraran, tetapi juga dalaman.
“Sya juga menjalin kerjasama dengan Dr Mustafa untuk mendidik dan menjelaskan kepada umum bahawa pembedahan bariatrik ini bukanlah untuk tujuan kecantikan semata-mata,” tambah isteri kesayangan kepada komposer, Datuk Ramli MS.