Tidak dinafikan, bahaya itu ada di mana-mana. Bukan sahaja di luar, tetapi juga boleh berlaku dalam kawasan rumah kita sendiri.
Dan biasanya jika situasi ini berlaku membabitkan anak-anak disebabkan mereka yang masih tidak dapat membezakan mana satu bahaya atau tidak barang disentuh.
Seperti perkongsian Dr Lyana Kamal ini yang memberitahu bahaya kesan daripada seorang kanak-kanak ini bermain ‘solder paste’ milik ayahnya.
Menurut Dr Lyana lagi, ‘solder paste’ ini umpama gam kuat yang digunakan untuk melekatka besi dan perlu berhati-hati menggunakannya kerana mungkin mengandungi asid yang kuat.
Ayuh, ikuti perkongsiannya di laman twitter menggunakan akaun nama @Dr_Aween_LiaNa memberitahu kesan kulit yang terbakar disebabkan bahan kimia yang terkena pada kulit.
Dia juga turut mengingatkan mereka yang ada anak kecil supaya baca dan faham apa yang ingin disampaikannya.
Ads
Kesian adik ni. Meraung sakit di klinik saya. Sebab kulit yg paling atas tu (epidermis) sudah mati. Dan sudah ada yang melecet. Bayangkan kalau kulit kita tersiat, sakit boleh menggelupur kita kita kan? Macam tu la kalau sakit chemical burn.
1) Chemical burn boleh berlaku dengan pelbagai jenis produk yang ada di rumah kita – bahan cucian, bleach, fertilizers, gam kuat, paint thinner, disinfectants. Maka, tolong simpan semua ini di tempat yang selamat dan susah dicapai oleh anak-anak.
2) Mangsa keadaan di rumah selalunya kanak-kanak. Mereka mungkin main dan terpegang mata, atau kulit bahagian badan lain. Ada kes telan bahan toksik itu.
3) Tanda-tanda awal chemical burn adalah sakit, kulit merekah, kulit mejadi merah, menggelupas, lepuh air dan bengkak.
Ads
So, apa yang kena buat kalau anak kita yang jadi mangsa chemical burn?
1) Jika ada pakaian yang terkena, guna sarung tangan dan gunting pakaian tu.
2) Jika bahan toksik tu kering dan berserbuk, buang gunakan brush. Jangan sapu dengan kain basah!
3) Jika terkena mata atau kulit, lalukan dengan air secepat mungkin. Air yang digunakan mestilah suam, banyak dan tekanan yang tidak kuat. Pressure air yang terlalu kuat boleh menyebabkan bahan kimia itu masuk lebih mendalam dalam kulit dan menyebabkan luka yang lebih teruk.
Batuk 3 Hari Tanpa Henti, Mujur Paru-Paru Tak Kena Tebuk. Aiman Tino Baru Sedar Bahaya Hisap Vape! Baru-baru ini penyanyi Aiman Tino terpaksa dimasukkan ke hospital setelah mengalami gejala batuk tidak henti.
Malah disebabkan itu juga, telah menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Sebelum itu memberitahu dia mula berdepan masalah sakit tekak sejak tiga minggu lalu.
Ini adalah kerana tabiat suka menghisap rokok elektronik atau vape. Kejadian yang menimpa ini seperti memberi peringatan buat penyanyi lagi Ku Rela Dibenci ini.
Batuk 3 Hari Tanpa Henti, Mujur Paru-Paru Tak Kena Tebuk
Gambar sekadar hiasan.
Dia nekad untuk tidak lagi meneruskan tabiat menghisap vape dan turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya menghentikan perbuatan itu kerana boleh memudharatkan kesihatan.
“Sebelum ini hanya dengar kisah orang sahaja tentang akibat penggunaan vape, sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujurlah paru-paru saya tidak ditebuk kerana kata doktor masih belum kronik.
“Ketika menerima rawatan doktor juga beritahu ramai yang mengalami masalah sama, ini merupakan satu pengajaran buat saya.
“Jadi kepada semua orang, ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku ini. Mungkin saya tidak boleh nak halang semua orang hisap vape, tetapi haruslah beringat soal kesihatan diri sendiri,” katanya kepada Mstar.
Sebenarnya untuk kelihatan cantik tidak perlukan produk mahal yang ada antaranya boleh rosakkan kulit wajah.
Sebaliknya hanya guna bahan dapur untuk mengekalkan rahsia kecantikan semulajadi.
Bukan saja selamat, tetapi juga jimat dan mudah diperolehi. Rahsianya hanya gunakan kunyit yang sebelum ini terkenal digunakan dalam bahan masakan.
Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook, May Vo Dyakonov mengakui keturunannya juga turut menggunakan kunyit untuk tampil cantik dan awet muda.
Ikuti perkongsiannya.
Rahsia Kekal Cantik Semulajadi Guna
Remedy turun temurun keluaga saya. Untuk sihat Dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit.
Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit.
Resepi senang je budak kecik pun boleh buat.
Kunyit hidup basuh bersih-bersih blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus
Dalam pantang minum sehari 2 kali
Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala. AWAS JANGAN MINUM SELALU JIKA BUKAN DALAM PANTANG.
Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot
Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit. Betul kan kalau saya salah
Sebab mak saya dah tua pun period elok je Mak saya Dalam pantang lagi ganas minum dalam 4 5 kilo kot
Cara Membuatnya:
1. Potong kunyit & kisar
2. Kisar halus seperti ini
3. Letakkan dalam kain dan perah untuk dapatkan airnya
Lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran secara terbuka menyebabkan ramai rambang mata melihat promosi dilakukan penjual tanpa melihat adakah produk ini selamat atau tidak dibeli.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,orang awam digesa elak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya.
Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut digesa untuk menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta, malah ia turut melanggari Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang disabit bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, serta denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Manakala syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan seterusnya.
“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” tambahnya lagi.
Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.