Sambutan Syawal yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun kerana inilah masanya tuan rumah ambil peluang mengadakan jamuan rumah terbuka bagi merai tetamu yang datang berkunjung.
Dan pastinya pelbagai juadah enak tersedia menanti tetamu seperti ketupat, lemang, kuah lodeh, sate ataupun pelbagai jenis rendang serta kuih muih dan manisan.
Rugi pulak tak menjamahnya kerana sajian disediakan semuanya enak dan menyelerakan.
Namun begitu perlu diingatkan jangan terlalu beri-ia menjamah semua makanan ini kerana sudah tentu mengandungi kolesterol, karbohidrat, garam dan gula yang tinggi.
Jika tidak ambil mudah, dibimbangi pelbagai penyakit lain yang datang seperti kencing manis, serangan gout dan sebagainya.
Keracunan Makanan
Mengulas lanjut, Pakar Endokrinologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ng Ooi Chua, keracunan makanan sering berlaku jika terdedah dan dihinggapi serangga atau lalat, selain yang tidak dipanaskan secukupnya.
“Tanda keracunan apabila mengalami sakit perut, cirit-birit, loya, muntah dan pening,” katanya.
Dr Ooi Chuan berkata, bagi yang serius ia boleh menyebabkan koma atau pengsan. Namun yang tidak serius perlu rehat dan minum banyak air dan garam hidrasi oral (ORS) bagi menggantikan kehilangan garam galian penting dalam darah.
Gambar sekadar hiasan
Penyakit Kencing Manis
Bagi penderita kencing manis, mereka perlu lebih berwaspada kerana akan menjadi lebih teruk ketika Aidilfitri disebabkan terlalu banyak mengambil makanan manis.
“Pengambilan karbohidrat berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Juga kerap membuang air kecil dan rasa haus kerana badan menjadi semakin kering.
Pesakit kategori ini perlu berhati-hati memilih makanan dengan kurangkan makanan laut seperti kerang dan udang.
“Bagi pesakit kali pertama mendapat gout adalah disebabkan asid urik dalam darah menyerang sendi. Gout selalunya menyerang sebelah kaki biasanya pada jari kaki dengan tiba-tiba.”
“Justeru, jaga makan dan banyak minum air kerana jika dehidrasi pembentukan asid urik menjadi lebih mudah,” sambil menegaskan pesakit perlu mengambil ubat anti radang bagi mengurangkan kesakitan.
Ads
Jika pesakit cuai dan paras asid urik terlalu tinggi ia boleh merosakkan buah pinggang pesakit dan batu karang.
Penyakit Gastrik
Gastrik berpunca daripada keracunan makanan, pedih ulu hati dan penghasilan asid berlebihan
“Ketika raya ramai kena gastrik kerana terlebih makan yang mengakibatkan refluks asid perut ke hujung esofagus serta mendapat radang yang teruk.
“Bagi ada simptom refluks yang serius seperti sakit pada abdomen, loya atau muntah boleh mendapatkan rawatan dengan makan ubat penyekat pam asid (PPI),” katanya.
Jangkitan COVID-19
Katanya, negara masih dilanda COVID-19 dan dijangka penyakit itu mungkin akan merebak dengan teruk pada sambutan Aidilfitri kali ini.
Ini berlaku kerana ramai akan berkumpul di bawah satu bumbung atau kawasan sesak nanti, sekali gus berisiko tinggi terdedah kepada udara tercemar dengan virus itu.
Ads
“Oleh itu, mereka mendapatkan suntikan COVID-19, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika berasa tidak sihat atau mempunyai simptom seperti demam, sakit tekak atau batuk segera asingkan diri.
“Bagi yang disahkan positif, perlu mengambil langkah kuarantin bagi mengelak menjadi penyebar virus,” katanya.
Obesiti Ketika Aidilfitri
Mereka yang berpuasa lazimnya akan turun berat badan pada Ramadan, namun berat naik semula selepas Aidilfitri.
Ini berlaku disebabkan gangguan hormon leptin dihasilkan oleh sel lemak dan dibawa oleh darah ke otak untuk bertindak pada pusat kawalan selera makan.
“Kebanyakan mereka menghidap obesiti kerana kesan hormon leptin pada pusat selera makan semakin lemah dengan penambahan berat badan.
“Penurunan berat akan membawa kepada penurunan paras hormon leptin seterusnya akan meningkatkan selera makan, iaitu dua hingga tiga minggu selepas Aidilfitri.
“Sebaiknya kawal ketat pengambilan kalori secara konsisten setiap hari dan jika berjaya dilakukan, respons otak terhadap hormon leptin akan pulih,” katanya.
Percayalah, tidur berkualiti boleh baiki kulit yang kusam dan garisan halus yang muncul. Sebab itulah anda akan kelihatan lebih tua bila suka berjaga malam berbanding orang tidurnya cukup dalam 8-9 jam setiap malam.
Cuba lah tanya dengan pakar dermatologi, salah satu rahsia untuk kulit yang bersih adalah mendapatkan tidur yang cukup.
Cerita pasal tak cukup tidur, pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad turut menghadapi pengalaman tak cukup tidur selepas seminggu melahirkan anak sulungnya, Raja Urhan.
Namun walau wajahnya nampak lesu, ada yang memuji kecantikkan Uyaina yang tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya itu.
Tidur Berkualiti Boleh Baiki Kulit, Itu Kunci Nak Wajah Cantik!
Putaran tidur yang tidak betul, bukan sahaja akan memberi kesan kepada minda, tubuh badan, malah terlihat dengan jelas pada kulit wajah. Kulit kelihatan lebih kering, kesat, nampak tua dan tidak bermaya, keseluruhannya tidak sempurna.
Jika anda mendapat kurang daripada 6 jam, ini mungkin menjejaskan penampilan. Di sinilah timbulnya peningkatan hormon stress dan keradangan. Kekurangan tidur menyebabkan penurunan aliran darah ke kulit di sekeliling wajah. Malah, terjadilah kulit kusam dan tidak cantik.
Dipetik daripada Web MD, sekiranya anda tidur dalam keadaan stress, badan akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.
Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun. Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.
Proses Tidur Jadikan Kulit Cantik
Tidur adalah masa untuk seluruh badan menjana semula, termasuklah kulit. Kalau tidur lebih lama, ini meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.
Jadi semasa tidur, badan anda memperbaharui, menyembuh dan menyingkirkan toksin dari kulit. Tabiat tidur yang sihat dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengehadkan masalah jerawat.
“Kulit menghasilkan kolagen baru apabila anda tidur, yang menghalang kendur. Itu sebahagian daripada proses pembaikan. Lebih banyak kolagen bermakna kulit lebih gebu dan kurang berkedut. Hanya mendapat 5 jam semalam boleh menyebabkan garis halus dua kali ganda lebih banyak daripada 7 jam.” – Dr. Patricia Wexler
Tip Awet Muda, Amal Sebelum Tidur
Cuci muka
Walau penat sekalipun rutin ini harus dibuat. Ia bagi membuang sisa solekan, debu dan peluh yang melekat pada wajah. Jika tidak proses pertumbuhan semula kulit akan terbantut. Malah mungkin wajah akan ditumbuhi jerawat, gatal dan iritasi.
Tapi AWAS, pastikan pencuci muka tu jenis sesuai dengan masalah kulit! Kalau silap pakai, lagi lah kulit tu banyak masalah. Seperti yang diterangkan oleh Puan Sue Aini, salah pakai pencuci muka, kulit akan bertambah kering.
Tip terakhir sebelum tidur amalkan pemakaian masker atau topeng penjagaan kulit. Ini membantu menaikkan seri wajah, cukup amalkan tiga atau empat kali seminggu.
Minum segelas air lemon
Manfaat air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Kulit akan lebih anjal dan berseri-seri apabila bangun tidur. Ini juga membantu mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga serta emosi.
Sapu pelembap malam
Ramai yang tidak suka pelembap kerana merasa wajah akan melekit ketika tidur. Sebenarnya jika anda pakai pelembap ini membantu mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur. Terutama jika anda tidur di tempat sejuk atau berhawa dingin. Apabila kulit kering, penuaan cepat berlaku.
Haaa… selepas ini, kalau ada majlis keesokkan hari, anda kena dapatkan tidur yang cukup. Barulah wajah nampak lebih berseri dan awet muda!
Bersungguh Lepas Geram Pada ‘Punching Bag’. Shila Amzah Enjoy Pilih Muaythai Urus Tekanan! Lain orang lain caranya untuk menghilangkan tekanan atau stress dialami. Ada yang suka menghabiskan masa dengan makan, travel bersama buddeis dan ada juga melepaskan rasa stress dengan sesuatu yang berbeza.
Antaranya melakukan sukan ektrem kerana ia dikatakan mampu melegakan pelbagai rasa yang bersarang dan menghimpit di dada.
Memlih senaman workout ektrem seperti sukan Muaythai dan pergi ke gim. Melihat latihan dilakukan oleh peserta Gegar Vaganza 9 ini dapat dilihat Shila seakan puas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan latihan Muaythai melalui Coachnya.
Tambahnya menghadapi kehidupan dan kebimbangan dalam masa sama bukanlah mudah. Bukanlah sesuatu itu datang bergolek begitu saja tetapi dia perlu bekerja untuk memastikan dia mendapat apa yang sepatutnya.
Ujar Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah juga dia juga memerlukan banyak masa untuk menjadi lebih sihat dari segi mental dan fizikal. Baginya tiada yang kekal dan semuanya hanya bersifat pinjaman semata-mata.
People asked me how do I manage stress ? I workout , I do muaythai , I go to the gym. Try and get enough sleep daily. Coping with life and anxiety wasn’t easy. I never had anything easy on my plate.. I worked my bum off ,and I don’t need your validation on how worthy I am.
It took me a lot , to be healthy mentally and physically. I have made peace with every single thing in my life. Tiada apa yang kekal di dunia ini, segala apa yang ada bukan lah milik mutlak kita , Semuanya pinjaman sahaja
Untuk record, Shila sebelum ini mengesahkan telah bercerai dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias pada Februari lalu setelah empat tahun mendirikan rumahtangga. Pasangan ini juga dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais berusia setahun.
Senyuman pengacara, Dayah Bakar cukup mempersonakan apatah lagi melihat kulitnya yang begitu cantik dengan penampilan bertudung.
Namun semua orang akan ada fasa tertentu sebelum mendapat kepuasan dalam kecantikan kulitnya yang membuatkannya maintain pakai produk tertentu.
Begitulah juga yang dilalui oleh wanita yang aktif dalam bidang pengacaraan ini, kulitnya pernah ada beberapa masalah sebelum nampak mulus dan sihat seperti hari ini.
Kulit Dayah Bakar Pernah Bermasalah, Ini Yang Dibuat Untuk Pulihkan
“Jujurnya bila bercakap mengenai skin breakdown. Tipu lah kalau kata tiada, meskipun nampak flawless dan saya tidak mempunyai masalah kulit serius seperti jerawat. Tapi saya punya muka, jenis yang cepat kering, mudah terbakar (Sunburn) dan berjelaga (tiny bumps). Lagi tak best apabila kulit saya akan ambil masa yang lama untuk dia recover semula,” ujar Dayah Bakar.
Tambahnya lagi, antara amalan yang dilakukan apabila mukanya berjelaga atau sedang mengalami fasa terbakar (sunburn) Dayah Bakar akan merehatkan mukanya daripada mengenakan sebarang solekan yang tebal agar kulit dapat bernafas dan kembali seperti sediakala.
“Jadi apa yang saya selalu amalkan, adalah cuba rehatkan muka daripada ‘heavy make-up’ setiap kali saya tiada kerja, sebab kalau kerja kita memang tak boleh nak elakkan,” jelasnya.
Amal Pakai Aloevera
Selain mengelakkan muka mengenakan solekan yang tebal, Dayah Bakar juga mendedahkan bahawa dia akan memakai Aloevera gel pada wajah. Tapi tip yang paling penting tanpa perlu mengeluarkan kos adalah seperti berikut.
“Lepas tu saya akan selalu pakai Aloevera gel daripada Wardah dan juga minum banyak air, sebenarnya Air kosong ini adalah tip kecantikan yang paling murah dan tidak memerlukan kos pun sebenarnya,” dedahnya.
Jangan Guna Produk Sebarangan
Elakkan daripada terus ikut cadangan orang lain untuk menggunakan sembarangan produk kecantikan, itu paling anda kena jaga. Mungkin produk itu berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak memberi kesan kepada kita.
Sebaiknya kita perlu memberikan masa yang sewajarnya untuk kulit sembuh, tanpa menggunakan terlalu banyak produk yang kita tidak tahu kemampuannya untuk menyembuhkan masalah kulit yang kita hadapi.
“For you to recover your skin and bagi saya satu lagi jangan mudah terpedaya dengan dakyah ‘yang ini elok, yang itu elok’ dan melompat-lompat produk.
“Kalau cuba sesuatu produk tu, ambil waktu lama sedikit, lagi-lagi kita nak bagi peluang dekat kulit kita untuk bernafas kan. Jadi itu je rutin yang saya amalkan,” katanya.
Agak disiplin juga Dayah Bakar dalam bab menjaga kulit wajah ya, jadi selepas ini anda pun boleh ikut tip cantiknya untuk bebas daripada sebarang cela. Paling penting, konsisten!