Tidak dinafikan, bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Walaupun hanya sedikit penurunan berlaku tetapi memberi kegembiraan atas usaha dilakukan sebelum itu.
Apatah lagi jika usia masih muda, dan tidak mahu berterusan menanggung berat badan berlebihan.
Seperti perkongsian Siti Aishah melalui Grup Diet Suku-Suku Separuh, memberitahu bagaimana dia berjaya menurunkan berat sehingga 11 kg hanya dalam masa 2 bulan.
Berkat disipln dengan amalan dilakukan, wanita ini akhirnya berjaya mendapat berat ideal diimpikan.
Bukan itu sahaja, jika sebelum ini ketika berat badan berlebihan mengalami sakit kaki dan lutut, tetapi kini badannya rasa lebih sihat dan mudah untuknya melakukan kerja rumah terutama senang dalam melakukan ibadah.
Lewat usia 40an mampu naik Motor, menyelam & tunggang kuda. Rahsia Fauziah Latiff kekal cantik & fit! Sejak awal kemunculan di era 90an hingga kini, penampilan penyanyi ini masih sama. Tetap cantik, cergas dan menawan biarpun usia sudah mencecah 50 tahun.
Dia antara selebriti yang dikenali ‘tak makan tua’ kerana sentiasa tampil jelita dan energetik.
Fauziah Latiff yang lahir tahun 1970 ini masih aktif dalam dunia seni terutamnya menjadi juri untuk program realiti. Sering tampil cantik biarpun hanya duduk di kerusi saja sambil memberi komen dengan persembahan artis.
Senyumannya yang kekal manis cukup terserlah dengan kelembutan personaliti yang menyenangkan mata memandang.
Memasuki usia 30an, 40an dan kini 50an, pastinya pemilik nama penuh Siti Fauziah Abdul Latiff atau mesra dipanggil Gee ini sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dirinya mengikut fasa berbeza.
Menyelam & Tunggang Kuda
Dalam satu temubual di Astro Gempak dua tahun lalu, Gee memberitahu memasuki fasa hujung 40an dia sangat mementingkan aspek kesihatan.
Malah memberitahu apabila usia sudah memasuki begini, pemeriksaan kesihatan itu lebih baik dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Menurutnya dia cuba kurangkan dan paksa diri untuk kurangkan makanan berminyak. Walaupun sangat enjoy untuk makan tetapi dalam masa cuba setkan dalam fikiran untuk sekat atau kawal makanan/minuman yang manis dan berkalori tinggi.
“Bukannya saya tak makan langsung, contoh jika makan di luar teringin untuk makan chicken wing atau crab with salted egg atau butter prown, cuba kawal pengambilan dalam kuantiti sederhana.
“Oleh kerana saya juga adalah Coffee drinker jadi akan gantikan gula dengan stevia dan ada kalanya terlajak juga minum yang 3 in 1.
“Manakala pengambilan nasi pula saya ambil sekali sehari dan dalam seminggu lebih kurang tiga ke empat kali saya makan nasi. Saya juga kurangkan pengambilan daging dan ayam dan lebihkan makan ikan. Kaedah memasaknya pula saya lebihkan kepada teknik mengukus untuk kurangkan penggunaan minyak.
“Kalau guna minyak pun saya tukar guna minyak zaitun dan banyakkan makan sayur-sayuran.
“Ada yang berpendapat makanan untuk diet ini tidak menyelerakan tetapi sebenarnya jika kita sudah mulakan dan memahami keperluan tubuh, pasti ia jauh tidak mudah sekaligus kita boleh mempelbagaikan kaedah dan menu dalam diet seharian,” katanya turut mengambil Vitamin E dan C sebagai suplemen bagi menguatkan tulang.
Selain itu, Jee juga suka mendapatkan rawatan urutan badan di spa. Tetap menurutnya hanya berkesempatan melakukan jika masa mengizinkan.
“Kalau badan terasa lenguh atau sakit-sakit, saya akan ke pusat refleksologi untuk mendapatkan rawatan mengurut.
“Dari segi rawatan pula saya akan memilih spot massage dan kadang-kala memilih relaxing massage,” katanya yang mula menjaga kecantikan wajah dan tubuh secara berperingkat mengikut perubahan usia.
Dan ramai juga tahu Fauziah Latiff juga memang sangat gemarkan aktiviti lasak dan bersukan untuk membantu mengekalkan kecergasan tubuh badan.
“”Seperti semua tahu saya gemar melakukan aktiviti luar dan lasak misalnya berenang, menyelam, menunggang motosikal, menunggang kuda dan sesekali masuk hutan bersama kawan-kawan. Dan terbukti aktiviti ini memberi manfaat pada tubuh.
“Aktiviti yang dekat dengan alam semulajadi itu yang saya gemari. Misalnya aktiviti menyelam dasar laut kemudian berenang pula di permukaan ia memerlukan penggunaan pelbagai otot.
“Malah menunggang kuda pula membantu daripada segi imbangan selain mendapatkan postur badan yang baik,” katanya yang sentiasa memastikan wajahnya sentiasa terjaga dan tidak berdepan dengan masalah kulit yang teruk.
Dia turut berpesan bagi kaum wanita itu bukan saja menjaga kecantikan luaran, dalaman juga penting.
Caranya adalah bersihkan hati dengan bersikap ikhlas dan sebolehnya sematkan aura positif kerana kecantikan ini akan terpancar jua pada wajah. Tidak guna cantik bersolek, tetapi hati di dalam yang merana.
Mempunyai daya tarikan mempesonakan, pelakon Daiyan Trisha kelihatan cantik dan manis dengan aura tersendiri.
Berkulit cerah dan mempunyai sepasang yang cantik, pastinya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Dari rambut sampai ke kaki, memang nampak ‘segak’ dalam usia 29 tahun.
Agaknya, macam mana Daiyan menjaga kulit wajahnya sehingga nampak natural beauty, tak perlu pun nak solek tebal.
Kongsi Tentang Penjagaan Rambut
Menerusi satu temu bual EH!, Daiyan pernah berkongsi soal kecantikan. Bila disoal tentang penjagaan rambut, biasanya jika di rumah dan tidak bekerja, dia lebih senang membiarkan rambut kering sendiri. Penggunaan pengering rambut selalu sebenarnya tak bagus sebab boleh membuat rambut menjadi kering.
Dan macam biasa, alat solek yang sering ada di dalam beg tangan Daiyan ada dua item iaitu bedak kompak dan lip balm. Kedua-duanya wajib ada untuk cantik!
Cara Daiyan Trisha Bersihkan Solekan
Aktif dalam bidang lakonan, jadi wajah akan selalu dihias dengan mekap. Jadi untuk bersihkan kulit daripada solekan, biasanya dia akan menggunakan micellar water dalam dua ke tiga kali sebelum pencuci muka.
Jika solekan ada menggunakan produk yang kalis air (waterproof), Daiyan akan gunakan pencuci berasaskan minyak. Jika tidak dicuci betul-betul akan membuatkan mata tak selesa.
Tentang Jodoh
Pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu juga menyerahkan perihal jodoh atau siapa bakal imamnya nanti kepada Allah.
Daiyan juga memaklumkan, buat masa sekarang, dia mahu lebih fokus kepada kehidupan dan kariernya sendiri tanpa diganggu perkara yang tidak penting.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajib dijadikan salah satu rutin, jaga waktu tidur setiap hari untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.
Seperti yang kita tahu, waktu malam kulit anda akan bekerja untuk merawat kulit pada kadar maksima. Jadi elok lah anda tidur awal cukupkan tidur selama 8-9 jam setiap malam.
Jaga Waktu Tidur, Kulit Jadi Anjal Dan Lambat Kedut
Jika anda dambakan kulit yang glowing dan mulus, pastikan anda menjaga dengan teliti waktu tidur anda. Waktu yang disarankan untuk tidur adalah diantara jam 9 hingga 11 malam.
Sebab pada waktu ini, paling baik untuk kulit menyerap kandungan yang terdapat dalam produk penjagaan kulit (Skincare).
Malah, pada jam 9 hingga 11 malam ini juga tubuh anda akan mula merembeskan hormon tidur yang dipanggil sebagai melatonin yang meningkatkan rasa letih supaya badan dapat berehat dan dalam masa sama meningkatkan kemampuan kulit memberi rawatan dari dalam di malam hari.
Hormon melatonin juga aktif merawat kerosakan yang berlaku di bawah lapisan kulit akibat terdedah terlalu lama kepada pencemaran udara dan sinaran Ultra Violet (UV) di siang hari.
Jika mengikut waktu tidur yang disarankan dan menjaga kulaiti tidur dengan baik, kulit akan menghasilkan hormon yang baik dan merejubenasi kulit agar kelihatan lebih glowing dan sihat keesokkan harinya.
Segelas Air Masak Sebaik Sahaja Bangun Tidur
Haa.. sebaiknya bangkit sahaja dari tidur, terus minum air putih! Ini kerana setiap pagi kulit akan mengalami fasa yang dikenali sebagai trans-epidermal water loss.
Ini terjadi kerana kehilangan air dalam semalam ketika proses rejuvenasi kulit berlaku, jadi apabila anda bangun tidur di waktu pagi kulit akan berada dalam keadaan kering.
Lebih memburukkan keadaan, jika anda mengabaikan masalah kulit kering ini, ia bakal mengganggu dan merosakkan skin barrier.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini berlaku dan mendapatkan kulit wajah glowing di waktu pag, amalkan minum segelas air setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.
Owh ya, jangan lupa pakai skincare yang tepat untuk merawat kulit pada waktu malam juga amat penting!
Ini yang sepatutnya:
Pencuci, serum, pelembap, dan bahagian mata boleh sapu krim khas untuk mata. Sesekali boleh amalkan pakai mask juga dalam 2 kali seminggu. Barulah kulit lebih anjal dan lambat berkedut!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!