Selain pelitup muka, penggunaan hand sanitizer penting bagi memastikan kita dapat mengelak penyebaran virus Covid-19.
Dan biasanya kita akan membeli dalam bekas besar sebagai stok simpanan di rumah.
Namun tahukah kita hand sanitizer ini juga ada tarikh lúput yang kita perlu tahu. Penggunaannya tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman.
Malah jika terlihat seperti ada tompokan (kulat dan bakteria) boleH terus buang saja hand sanitizer berkenaan.
Ads
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu mengenai perkara ini dengan mengingatkan kita semua agar sentiasa memeriksa tarikh luput sesuatu produk berkenaan.
Perhatian kepada mereka yang masih menggunakan hand sanitizer yang dibeli semasa awal pandemik.
Min nak kongsikan sesuatu yang penting. Pastinya ada yang beli dan tidak habis-habis lagi sejak tahun lepas. Hand sanitizer ada tarikh luput. Boleh semak tarikh luput.
Ads
Ia mungkin kurang atau tidak lagi berkesan jika sudah sampai tarikh luput. Kandungan alkohol mungkin sudah tidak lagi mencukupi kerana ia telah meruap.
Jika ia berkulat atau bertompok, ia mungkin sudah tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman. Semoga membantu.
Ramai di kalangan wanita yang hamil penah mengalami simptom sakit belakang terutamanya di bahagian pinggang dan juga pinggul.
Jika situasi ini berlaku sedikit sebanyak akan menganggu urusan aktiviti harian termasuk menyebabkan tidur tidak selesa pada waktu malam.
Dalam satu laman web web spine-health.com, dianggarkan seramai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan wanita akan mengalami sakit belakang apabila hamil.
Portal yang sama turut menyatakan, sakit belakang dan ketidakselesaan pelvis biasanya bermula antara bulan kelima hingga ketujuh ketika hamil.
Sebilangan kecil wanita mungkin mengalami kesakitan seawal empat hingga 16 minggu.
Menghuraikan lebih lanjut mengenai masalah itu, SinarPlus berkongsi pandangan daripada Pakar Fisioterapi Physiomobile, Nurul Farahena Edora Jeffry.
Menurutnya dalam satu tulisan di media sosial, masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya adakah ia penyebab sebenar dalam kalangan ibu-ibu hamil.
“Untuk pengetahuan semua para ibu yang dikasihi, proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsungnya memberi kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran.
“Contohnya seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang,” ujar Nrul Farahena.
Menurutnya lagi, ibu-ibu di luar sana kena tahu bahawa kesan daripada ‘pelembutan’ struktur-struktur ligamen itulah yang membuatkan para ibu juga berisiko tinggi untuk mendapat masalah slipped disc.
Namun, ada juga pendapat mengatakan epidural penyebab kepada masalah sakit belakang yang berterusan. Apakah ia benar?
Katanya lagi, epidural itu adalah salah satu alternatif penahan sakit semasa bersalin.
“Sebenarnya, sakit belakang bukanlah penyakit yang jarang terjadi. Malah terlalu ramai orang ada masalah sakit belakang.
“Tidak kira jantina dan tidak kira ibu hamil tersebut pernah mendapat epidural atau sebaliknya,” ulasnya.
Apa yang pasti, tambahnya, terima epidural ataupun tidak, wanita mengandung pasti akan mengalami sakit belakang.
“Jadi ia adalah normal. Namun demikian jika rasa sakit pada belakang dan pinggul terlalu kuat dan masih tidak berkurangan walaupun sudah berehat, seeloknya lakukanlah pemeriksaan dan dapatkanlah rawatan dengan pakar yang bertauliah,” katanya lagi.
1. Penggunaan epidural semasa bersalin dapat mengurangkan kesakitan melampau yang amat berkesan dalam masa yang pantas. Dalam keadaan yang lebih tenang, ibu dapat mendengar arahan doktor dengan baik dan memudahkan proses bersalin.
2. Ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau pre-eclampsia, mereka amat digalakkan bersalin melalui kaedah ini kerana ia dapat menurunkan tekanan darah.
3. Tidak perlu rasa ngeri dengan jarum suntikan kerana anda akan terlebih dahulu dibius dengan jarum halus. Setelah mendapatkan suntikan ini, epidural akan mula memainkan peranan dalam masa kira-kira 10 minit,
4. Kebanyakan wanita akan meminta suntikan ini apabila bukaan serviks telah mencapai 5-6 cm di mana kontraksi sudah semakin kuat. Setelah mendapat suntikan epidural, ianya akan kekal sehingga selepas bayi dilahirkan. Maka, ia turut memberi rasa kebas sekiranya terdapat jahitan yang perlu disempurnakan.
5. Menurut Babycenter, larutan epidural ini mengandungi opiod, fentanil, atau ubatan lain yang boleh memasuki plasenta. Komplikasi terhadap bayi jarang berlaku, namun kesan sampingan yang ringan antaranya adalah rasa mengantuk.
6. Sesetengah wanita juga akan mengalami kenaikan suhu badan dan mungkin mengalami sedikit demam sebelum melahirkan bayi. Selepas bersalin, umumnya wanita akan mengalami sakit kepala atau sedikit mual. Namun, mereka berasa lebih bertenaga dan seronok.
Suka melihat usaha diet pelakon Atikah Suhaime di laman Tik Tok miliknya, macam-macam menu sihat dia buat untuk dapatkan berat yang didamkan.
Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime sebelum ini menolak banyak tawaran lakonan disebabkan kurang yakin dengan bentuk badannya.
Pernah mengumpamakan badannya persis seekor ikan paus, namun tidak kali ini yang mana dia dilihat sangat kurus seolah tiada langsung lemak di badannya.
Ramai yang memuji dengan hasil diet Atikah menerusi perkongsian foto pelakon itu dalam Instagram miliknya, termasuk rakan artisnya.
Namun ada juga yang komen sebaliknya.
“Kurus sangat sayang,” tegur rakan artis Salina Saibi.
“Kenapa makin kurus Atikah oi!” tegur seorang peminatnya.
“Hebatnya… boleh kurus… aaaaaa bagi lah semangat nak kurus.. mulut dan otak tak bagi kerjasama lah,” tulis pengikut Insgramnya.
“Kurus sangat tak elok,” kata seorang lagi pengguna Instagram.
Amalan Diet Atikah Suhaime
Apa pun pandangan orang tentang tubuh badan Atikah sekarang, terpulang. Kalau anda mahu mencuba diet sepertinya, ini antara menu diet yang pelakon berasal Singapura itu kongsikan, Sambal Matah, Ikan Bakar dan Kubis Mentah. Nampak menarik, bukan?
Malah ada juga menunya viral di media sosial disebabkan nama yang unik Atikah berikan, contohnya Singgang Matsalleh.
Apa pun, syabas atas usaha dan hasilnya! Bagi Rapi, itu yang Atikah target. Jadi dia layak dapat tubuh badan yang cantik dan langsing itu. Jika kita pun mahu ringankan badan dan nak pakai baju saiz kecil juga, kenalah usaha keras sepertinya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!